CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Upacara Pengebumian Jenazah Covid-19 Jadi Kecoh Tak Terkawal, Ahli Keluarga Ingkar SOP!

13-8-2021 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2407| Komen: 9

Description: Surabaya: Upacara pengebumian pesakit Covid-19 di Probolinggo, Jawa Timur bertukar kecoh apabila keluarga enggan mengebumikan jenazah seorang wanita mengikut protokol kesihatan.
Surabaya: Upacara pengebumian pesakit Covid-19 di Probolinggo, Jawa Timur bertukar kecoh apabila keluarga enggan mengebumikan jenazah seorang wanita mengikut protokol kesihatan.


Video kejadian itu kemudiannya tular di media sosial di Indonesia, beberapa hari lalu.

Kejadian berpunca selepas keluarga enggan mengebumikan jenazah seperti ditetapkan petugas kesihatan walaupun pada mulanya sudah bersetuju untuk berbuat demikian.

Foto: Agensi

Menerusi rakaman video itu, jenazah terpaksa dikeluarkan daripada keranda selepas didesak oleh beberapa ahli keluarga.

Individu terbabit kemudian memasukkan jenazah ke dalam liang lahat walaupun ia melanggar prosedur pengebumian pesakit Covid-19.


Ketua Undang-Undang Pengurusan Covid-19, Ugas Irwanto berkata, wanita itu pada mulanya dirawat di Hospital Tongas.

Pesakit mengalami simptom seperti sesak nafas, batuk dan demam sebelum ujian saringan dijalankan.

Wanita itu kemudiannya disahkan mengidap Covid-19 dan keadaannya semakin kritikal sehingga meninggal dunia pada Ahad lalu.

"Keluarga pesakit pada mulanya setuju pengebumian dibuat mengikut protokol kesihatan.

"Namun, ketika proses pengebumian dijalankan, beberapa ahli keluarga membantah dan memaksa jenazah dikeluarkan dari keranda," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamzam 13-8-2021 11:51 AM
Mungkin dorang dengki tgk soib boleh masukkan arwah sarah kat liang lahat. Kat malaysia pun ramai yg dengki kan?
Quote kivio 13-8-2021 11:52 AM
Indon - the land of pelik-pelik.
Quote Kurex 13-8-2021 11:53 AM
Hanya menatap gambar, dah tau dari mana
Quote Fortiori02 13-8-2021 12:33 PM
Harap x de kluster keranda kat Indon pasni disebabkan golongan2 gini. Tp apa nak tekejut kan, kat sana apa2 pun possible.
Quote shernazz 13-8-2021 12:35 PM
Kluster ingkar cominggg
Quote edayildiz 13-8-2021 12:39 PM
tgk berita pelik2 kt indon..i bersyukur sgt jd org malaysia
Quote nakkomenjugak 13-8-2021 01:12 PM
hmmmmmm entah lerrrr orang seberang
nasib mayatnya tak berguling2 dekat mesin simen
Quote batmana 13-8-2021 02:23 PM
https://www.youtube.com/watch?v=HNhHQFCS_YU

apa nk heran, ni semua pengikut blastoff
[youtube]HNhHQFCS_YU[/youtube]
Quote xy_daen 13-8-2021 02:26 PM
Covid19 adalah antibodi yang di keluarkan oleh Bumi bagi menentang overpopulation virus(manusia) di muka Bumi..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.066416 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top