CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota TUDM Tembak Tiga Rakan Sebelum Tembak Diri Sendiri

13-8-2021 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39123| Komen: 386

Description: Kota Samarahan: Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kejadian tembak di Kem TUDM di sini, pagi ini.
Kota Samarahan: Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kejadian tembak di Kem TUDM di sini, pagi ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian berlaku jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.


"Difahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas.

"Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Foto: Harian Metro

Katanya, dua rakannya yang ditembak maut serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.

"Mangsa yang cedera parah sempat memandu kenderaan sendiri mendapat rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan.


"Mangsa yang cedera di bahagian perut dan kritikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan," katanya.

Katanya, pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Forensik Hospital Umum Sarawak hadir di tempat kejadian.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kejadian. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 13-8-2021 10:59 AM
Edited by kelapaparut at 13-8-2021 11:01 AM

omg ni berita gempar ! stress sbb pkp  xleh balik jumpe bini ke ape..
Quote bulan_gerhana 13-8-2021 11:04 AM
Versi berita penuh xde ke?
Quote rospinki 13-8-2021 11:05 AM
apa pulak ni
Quote nakkomenjugak 13-8-2021 11:06 AM
Moga ada update kenapa boleh jadik camni
Quote safriehalim 13-8-2021 11:07 AM
bulan_gerhana replied at 13-8-2021 11:04 AM
Versi berita penuh xde ke?

AMOK: Empat anggota TUDM maut ditembak (UPDATE)

SEORANG anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai mengamuk dan melepaskan tembakan membunuh tiga orang rakan sekerja beliau sebelum bertindak menembak dirinya.

Sumber menyatakan kejadian berlaku dipondok pengawal pagar utama di Control and Reporting Centre (CRC) TUDM di Jalan Samarahan lebih kurang jam 7 pagi tadi.

Suspek, yang berasal dari Lundu dikatakan telah tiba di lokasi kejadian dengan menaiki sebuah motosikal terus memasuki bilik pengawal.

Suspek terus mengambil sepucuk senjata jenis M4 Carbain dan menembak tiga anggota TUDM yang sedang bertugas dipos kawalan tersebut sebelum menembak dirinya.

Difahamkan, dua anggota mati ditempat kejadian sementara seorang lagi cedera terkena tembakan dibahagian perutnya telah dikejarkan ke Hospital Institut Jantung Negara (IJN) berdekatan namun beliau kemudiannya telah meninggal dunia.

Sehingga berita ini ditulis, pihak polis masih berada di lokasi kejadian membuat siasatan ke atas kes ini.

UnReportedNews #iamSarawakian
#copypaste
Quote budaktua 13-8-2021 11:09 AM
mungkin main lawak2 jd betul....
Quote bulan_gerhana 13-8-2021 11:12 AM
safriehalim replied at 13-8-2021 11:07 AM
AMOK: Empat anggota TUDM maut ditembak (UPDATE)

SEORANG anggota Tentera Udara Diraja Malaysia ( ...

Oh . Tq...

Eh sarawak ade hospital institut jantung negara erk??

Ini kes dendam ke hape.. ngamuk sakan nih... Senangnye lah nak ambik nyawa org khennnn...
Quote asma87 13-8-2021 11:13 AM
Mind control ke ni?????
Quote codenamedream 13-8-2021 11:16 AM
bulan_gerhana replied at 13-8-2021 11:12 AM
Oh . Tq...

Eh sarawak ade hospital institut jantung negara erk??

Sarawak ada Pusat Jantung Sarawak.
Quote sarah82 13-8-2021 11:17 AM
Uish.. Kena buli ka apa?
Quote rospinki 13-8-2021 11:18 AM
KIM.K replied at 13-8-2021 11:15 AM
Oh masa aku rotu unimas dulu kami duduk sini. Asalnya tempat ni resort banglo kayu dalam 100 biji, a ...

betul kim uols pernah duk sini..tempat apa ni sampi kerasukan bgitu? La hawla walla kuwata illa billah
Quote mclaren 13-8-2021 11:18 AM
Terkejut baca ni.

Biass berita macam ni dengar kat Amerika.

Ada anak isteri ke yang meninggal ni? Ya tuhan.....
Quote bulan_gerhana 13-8-2021 11:20 AM
codenamedream replied at 13-8-2021 11:16 AM
Sarawak ada Pusat Jantung Sarawak.

Oh... Tq tq.. sbb kadang dlm news x ckp nama tempat yg tepat... Hehheeh

Aisy.. risau lah... Bile dah ade kes tembak2 ni mcm virus kobid juge.. leh jangkit2..

Tau la.skrg ramai org depression ... Ramai yg dah bunuh diri ... Ni kes camni plak kuar... Adehhh
Quote JunkMail 13-8-2021 11:22 AM
Wow .. apa yang berlaku ni.

Fuhhh get ready semua untuk CSI terbaru kita.
Quote isseliparjepun 13-8-2021 11:32 AM
KIM.K replied at 13-8-2021 11:15 AM
Oh masa aku rotu unimas dulu kami duduk sini. Asalnya tempat ni resort banglo kayu dalam 100 biji, a ...

Kim rotu udara ke?
Quote cmf_premierleag 13-8-2021 11:34 AM
baru keluar kat berita terkini tv3 ni
pun sama..tiada maklumat lanjut
yg maklumat diberi sama mcm dlm tred ni
Quote JunkMail 13-8-2021 11:38 AM
Nsass replied at 13-8-2021 11:32 AM
4-4 anggota suami aku ni.. tekejut dpt berita ni pg td..

Sila jalankan tugas untuk mengorek info dari hubsbaby uols dan report kat kami disini..
Quote kakikuDibibirmu 13-8-2021 11:39 AM
Macam mana dia boleh ada 4 suami?
Quote Pixie902 13-8-2021 11:42 AM
Takziah kepada keluarga mangsa...
Apalah sebabnya mengamuk tu...kalau nak bunuh diri buat je sorang2...
Tapi...nilah ajal yg dah tertulis utk mereka...

Lihat semua komen(386)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.069911 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top