CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Diambil Sempena Maharaja Mughal Yang Biadab, Nama Anak Kedua Kareena Kapoor Dikutuk

13-8-2021 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3548| Komen: 9

Description: Aktres Bollywood, Kareena Kapoor telah menerima kritikan setelah mendedahkan nama bayinya yang baru lahir, Jehangir Ali Khan.
Aktres Bollywood, Kareena Kapoor telah menerima kritikan setelah mendedahkan nama bayinya yang baru lahir, Jehangir Ali Khan.

Dipetik dari Hindustan Times, Kareena Kapoor telah mendedahkan nama anak kedua dalam bukunya, Kareena Kapoor Khan’s Pregnancy Bible.


Kredit foto: IG


Menerima Kritikan Netizen India

Setelah Kareena Kapoor mendedahkan nama anaknya, beliau menerima pelbagai kritikan, dan ada yang menganggapnya sebagai sekularisme. Rata-rata netizen berang kerana nama yang digunakan oleh Kareena Kapoor adalah Jehangir, nama seorang maharaja Mughal yang biadab yang memenjarakan Guru Sikh ke-5, Guru Arjan, yang diseksa dan dihukum mati.

“Terlalu banyak sekularisme..Pertama Taimur, sekarang Jehangir Ali Khan”-Netizen


“Jehangir bersekongkol menentang Pancham Pita”-Netizen




“Bayangkan seorang Kapoor Punjabi menamakan anaknya sebagai Jehangir yang menyeksa dan membunuh Sikh Guru Arjan dengan kejam.”-Netizen



Nama Jehangir, dieja sebagai Jahangir atau Jangir berasal dari Parsi. Jahan bermaksud alam semesta atau dunia. Nama terbut juga bermaksud “raja dunia”. Maharaja  Mughal Jahangir adalah putera kepada Akbar dan memerintah kerajaan dari 1605 Masihi sehingga 1625 Masihi. Dia juga bertanggungjawab di atas penjarakan dan pembunuhan Guru Sikh ke-5, Guru Arjan Dev Ji.-CARI

Sumber: murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kivio 13-8-2021 11:51 AM
Dia punya anak, dia punya suka.
Nama lucifer sekalipun,  tak kurang duit kau.
😁
Quote Kurex 13-8-2021 11:54 AM
Kakak dia lagi cantik
Quote Ayda89 13-8-2021 12:29 PM
Hahah padan muka. Sebabkan kareena selebriti bising2 kat medsoc jela kome mampu.
Cer kalau dok kat ceruk kampung, mau kena bunuh..
Quote annehuda 13-8-2021 05:10 PM
teringat dulu gosip saif ali khan ni tak dpt jumpe anak-anak. rupe-rupenye sbb tak  bayar hak penjagaan. tp ngan kareena ni kemain mewah lg heols
Quote mama_neko 13-8-2021 09:08 PM
tapi anak depa dua-dua herlokkk... nak buh nama apa pun lantak pi la, netizen india ni mmg la ni cepat sentap bukan2... especially ada nama khan kat belakang tuuuu
Quote Miss_LoveLeen 13-8-2021 11:41 PM
Jahangir khan.. nama suami rohana jalil, bapa kilafairy. Kat malaysia aman2 je half paki pakai nama ni
Quote NurAlia14 16-8-2021 09:59 PM
annehuda replied at 13-8-2021 05:10 PM
teringat dulu gosip saif ali khan ni tak dpt jumpe anak-anak. rupe-rupenye sbb tak  bayar hak penjag ...

agknye bila ank dh besar bru elok kot..muda giler kot kawen dgn bini die dlu..sbb die muda remaja lg bininye dh berusia pdhal ank raja..tp dgn bini skng tgk mcm lps kawen dh xmesra je huhu..
Quote acikhan 17-8-2021 09:13 PM
ank2 die si ibrahim ngan Sara tu cantik n handsome tau....si ibrahim tu sebijik.mcm ayah die saif dan Sara tu sama mcm mak die amrita..menjadi2 la gen ank2 si saif nie dari mak amrita ngan kareena
Quote midori_katana 18-8-2021 07:23 PM
netz sana mmg la rengsa kalau ada yg bau2 muslim ni...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.057651 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top