Juara Olimpik Indonesia mendapat habuan lembu, restoran bebola daging, rumah dan wang tunai £250,000 (RM1.46 juta) selepas meraih emas di temasya Tokyo. Greysia Polii dan Apriyani Rahayu menjuarai beregu wanita pada Isnin lalu dan kehidupan mereka bakal berubah apabila pulang ke Indonesia.
Kedua-duanya muncul wira selepas menewaskan gandingan China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan 21-19 21-15 sekali gus pingat emas pertama negara mereka di Tokyo. Kerajaan menjanjikan ganjaran £250,000 (RM1.46 juta) manakala Apriyani yang berasal dari Sulawesi bakal mendapat lima ekor lembu dari ketua daerah di tempat kelahirannya. Selain itu, mereka juga turut dihadiahkan restoran bebola daging setiap seorang. Pemaju hartanah pula memberikan apartmen di Jakarta dengan sejumlah besar telefon bimbit dan langganan majalah tersedia di atas meja.
Sebuah kafe di Jakarta turut menjanjikan pemenang pingat emas itu kopi percuma sepanjang hayat. Presiden Indonesia, Joko Widodo menyifatkan kejayaan beregu wanita terbabit sebagai hadiah Hari Kemerdekaan pada 17 Ogos. Sumber: Harian Metro
|
CiliPadiSedap replied at 5-8-2021 07:35 AM
rindu taufik hidayat punya back hand smash
ADVERTISEMENT