CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1803|Reply: 12

OLIMPIK: Hadiah lembu, restoran untuk Greysia-Apriyani

[Copy link]
Post time 5-8-2021 07:04 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Lima ekor lembu, restoran bebola daging dan sebuah rumah baharu.

Itu antara sebahagian hadiah dijanjikan buat pemenang pingat emas Olimpik dalam acara badminton dari Indonesia, Greysia Polii dan Apriyani Rahayu apabila mereka pulang dari Tokyo.

Negara terbesar di Asia Tenggara itu amat meminati badminton dan sukan berkenaan sudah menghasilkan semua pingat emas sejak tampil di Olimpik pada 1992.

Pasangan wanita, Greysia dan Apriyani menewaskan wakil China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan 21-19, 21-15 yang memberikan Indonesia pingat emas pertama di temasya Tokyo.

Kerajaan negara itu sebelum ini menjanjikan wang tunai 5 bilion rupiah (RM1.47 juta) dan sejak itu mereka menerima lebih banyak hadiah.

Ketua daerah di bandar kelahiran Apriyani dekat Kepulauan Sulawesi menjanjikan lima ekor lembu dan sebuah rumah manakala rantaian restoran bebola daging berjanji untuk memberikan pasangan itu masing-masing sebuah premis.

Menerusi mesej di Twitter, Presiden Joko Widodo berkata kejayaan pasangan berkenaan yang "mencabar dan hebat" adalah hadiah menjelang Hari Kemerdekaan pada 17 Ogos.

Imelda Wigoeno, bekas pemain dan pegawai di kelab pasangan berkenaan, berkata: "Kejayaan dicipta (Greysia dan Apriyani) akan membawa lebih banyak perhatian terhadap sukan dalam kalangan wanita."

Greysia, 33, berkata kepada laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia: "Saya dilahirkan untuk menjadi pemain badminton. Dan saya ada rasa percaya apabila berusia hanya 13 tahun yang saya mahu mencipta sejarah buat Indonesia." - AGENSI

sumber : BHarian

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2021 07:05 AM | Show all posts

Greysia Polii (kiri) dan Apriyani Rahayu dari Indonesia ketika majlis penyampaian pingat selepas menang acara beregu badminton wanita Tokyo 2020 di Musashino Forest Sports Plaza, Chofu, Tokyo. - EPA
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 07:35 AM | Show all posts
rindu taufik hidayat punya back hand smash
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2021 07:38 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 5-8-2021 07:35 AM
rindu taufik hidayat punya back hand smash

lejen ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Blik jago lombu dn menega
Jaga leklok tk lama lg dh pencen tk do keje
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Part badminton ni aku paling suka tgk china kalah je. Bosan la Balik2 negara tu jah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Restoran meatball dh ada.. lembu dh ada.. okehh.. kna cari tukang jaga lembu n kandang lembu je la.. uishh pening gak.. eh.. mcm aku plak yg dpt hadiah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2021 02:30 PM | Show all posts
masuk saka akak tgk final ritu.. sonok sungguh la
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
bestnyaaa. tahniahhh. lain mciam indon bagi hadiah kt atlet diorg huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Respek Indon ni, mental confident dia tinggi,main tak rasa takut jln terus, kalau boleh disamakan, sama MCM brazil
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangga taw wpon kita seteru. Tahniah! Sememaangnya emas tu sukar utk dicapai
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar mcm sedap kan dapat itu ini.. tp tunggu lah betul2 dapat atau tidak.. kadang certain company ni nk riding on their victory je for marketing purpose. Tup2 habuk pun xde. Dorang nk claim x boleh sbb xde perjanjian kontrak bagai. Mcm kes DSV pemenang GV sampai skrg masih belum dapat hadiah lot tanah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.159426 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list