NEWFOUNDLAND, KANADA – Sebuah pekan kecil di sebuah pulau dalam wilayah Kanada menjadi tarikan pelancong kerana keunikan namanya iaitu Dildo, lapor akhbar Daily Star semalam.
Nama Dildo adalah sinonim dengan alat mainan seks yang popular. Pekan tersebut menjadi tumpuan pengunjung luar yang ingin bergambar secara dekat dengan papan tanda ‘Dildo’ yang dibina menyerupai papan tanda ‘Hollywood’ di Los Angeles, California. Kewujudan lokasi tersebut mula menjadi perhatian ramai selepas pengacara televisyen dari Amerika Syarikat, Jimmy Kimmel mengetengahkan pekan itu dalam program bual bicaranya. Kimmel yang dipilih sebagai Datuk Bandar Dildo Kehormat oleh penduduk di situ membina papan tanda tersebut dua tahun lepas di atas sebuah bukit yang menghadap pemandangan pekan tersebut.
Bagaimanapun, perhatian luar biasa daripada pelancong telah menyebabkan satu amaran dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Tempatan yang melarang orang ramai daripada menghampiri papan tanda tersebut. Wakilnya, Andrew Pretty berkata, pelancong dinasihatkan supaya hanya mengambil gambar papan tanda tersebut dari jauh. Ini kerana ia dibina di atas sebuah tebing berbatu yang dikelilingi oleh kawasan semak-samun tebal dan boleh mengakibatkan pengunjung jatuh ke dalam gaung sekiranya tersilap langkah. “Papan tanda itu juga terletak dalam kawasan hartanah persendirian. Jadi, secara teknikalnya, sesiapa yang pergi ke situ untuk mengambil swafoto adalah dianggap menceroboh,” katanya. Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan bagaimana pekan itu boleh mendapat nama unik tersebut. Beberapa kempen untuk mengubah nama pekan Dildo kepada satu nama lain yang lebih sesuai telah dilakukan namun semuanya menemui kegagalan. –CARI Sumber: Kosmo
|
Beberapa kempen untuk mengubah nama pekan Dildo kepada satu nama lain yang lebih sesuai telah dilakukan namun semuanya menemui kegagalan
otai_g replied at 5-8-2021 12:38 PM
Papan tanda hollywood teringt dgn papan tanda ipoh.
Kontraktor sama ker?
ADVERTISEMENT