CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Pun Mewah, Hotel Mayat Bertaraf Tujuh Bintang

5-8-2021 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6018| Komen: 31

JAKARTA – Sebuah pusat penyimpanan mayat di Surabaya, Indonesia menjadi tular kerana keunikan reka bentuk bangunannya yang dibina seperti sebuah hotel mewah bertaraf tujuh bintang, lapor laman berita Suara.com hari ini.


Kemudahan Grand Heaven itu jika dilihat dari luar kelihatan sama seperti hotel mewah yang lain, namun kemudahan yang disediakan, perkhidmatan serta reka bentuk dalamannya membuatkan ramai yang sukar mempercayai bahawa ia merupakan sebuah pusat penyimpanan mayat.

Dalam satu video yang dimuat naik TikTok, seorang pengguna menunjukkan keadaan sebenar di dalam hotel tersebut.

Heaven.co

Terdapat satu ruang utama yang dikatakan merupakan ruang penyimpanan mayat yang kelihatan amat mewah.


Selain itu, terdapat tiga jenis bilik yang disediakan iaitu Suite Presiden, Bilik VVIP dan Bilik Suite.

Suite Presiden dilengkapi dengan kemudahan bilik tidur, set dapur, bilik mandi, ruang tamu dan televisyen yang disewakan pada harga 100 juta rupiah (RM29,491) untuk satu malam.

Menurut laporan portal Akurat.co, Grand Heaven turut mempunyai ruangan tempat penyimpanan abu mayat serta lokasi pengebumian.

Kemudahan yang disediakan merangkumi setiap proses mengurus pengebumian, bermula daripada peti simpanan mayat, membawa dan membakar mayat.

Video yang dimuat naik itu menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ramai yang menyamakan kemudahan itu seperti dalam drama popular Korea, Hotel Del Luna. 

“Ternyata Hotel Del Luna itu wujud,” komen seorang pengguna.

“Saya pernah terbaca bahawa terdapat perkhidmatan spa buat mayat di hotel ini,” kata seorang lagi. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 4-8-2021 09:42 PM
[youtube]CXXshXcxDnA[/youtube]
Quote cmf_premierleag 4-8-2021 09:55 PM
siap ada funeral parlour lg
khelasss ko jah
Quote mizzmimi 4-8-2021 10:05 PM
Boleh sewa jadik rumah duka ke apetu?
Quote boojaat 5-8-2021 12:05 AM
Utk org kaya yg dh mati pun masih nak berbelanja mewah
Quote terma2nkondisi2 5-8-2021 12:10 AM
ini macam pun ada
Quote CARI-MRO 5-8-2021 12:16 PM
JAKARTA – Sebuah pusat penyimpanan mayat di Surabaya, Indonesia menjadi tular kerana keunikan reka bentuk bangunannya yang dibina seperti sebuah hotel mewah bertaraf tujuh bintang, lapor laman berita Suara.com hari ini.


Kemudahan Grand Heaven itu jika dilihat dari luar kelihatan sama seperti hotel mewah yang lain, namun kemudahan yang disediakan, perkhidmatan serta reka bentuk dalamannya membuatkan ramai yang sukar mempercayai bahawa ia merupakan sebuah pusat penyimpanan mayat.


Dalam satu video yang dimuat naik TikTok, seorang pengguna menunjukkan keadaan sebenar di dalam hotel tersebut.


Heaven.co




Terdapat satu ruang utama yang dikatakan merupakan ruang penyimpanan mayat yang kelihatan amat mewah.


Selain itu, terdapat tiga jenis bilik yang disediakan iaitu Suite Presiden, Bilik VVIP dan Bilik Suite.


Suite Presiden dilengkapi dengan kemudahan bilik tidur, set dapur, bilik mandi, ruang tamu dan televisyen yang disewakan pada harga 100 juta rupiah (RM29,491) untuk satu malam.


Menurut laporan portal Akurat.co, Grand Heaven turut mempunyai ruangan tempat penyimpanan abu mayat serta lokasi pengebumian.


Kemudahan yang disediakan merangkumi setiap proses mengurus pengebumian, bermula daripada peti simpanan mayat, membawa dan membakar mayat.


Video yang dimuat naik itu menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ramai yang menyamakan kemudahan itu seperti dalam drama popular Korea, Hotel Del Luna.


“Ternyata Hotel Del Luna itu wujud,” komen seorang pengguna.


“Saya pernah terbaca bahawa terdapat perkhidmatan spa buat mayat di hotel ini,” kata seorang lagi. –CARI


Sumber: Kosmo
Quote exclusive_vvip 5-8-2021 12:37 PM
org yg nak dok situ, kena bayar abih sesiap la sebelum mati..kang setakat nak bayar sewa,lepas setahun dua waris stop bayar..amik mayat @ abu simpan kat area marhaen je..
Quote dua_chzy 5-8-2021 12:44 PM
Edited by dua_chzy at 5-8-2021 12:45 PM

Tu diaaaaaa Indonesia negara caprut tapi banyak benda sebenarnya lagik advance dari Malaysia.
Quote SalenaGomez 5-8-2021 12:48 PM
Ok baru tgk kat ig ..last funeral 2020...huhuhu 2021 xde  
Quote najib888 5-8-2021 12:49 PM
Freddy Krueger: You can check in, but you can't check out...

Inilah kot hotel tu..

Quote SalenaGomez 5-8-2021 12:50 PM
dua_chzy replied at 5-8-2021 12:44 PM
Tu diaaaaaa Indonesia negara caprut tapi banyak benda sebenarnya lagik advance dari Malaysia.

Kita pon ada kan...nirvana tu

Tp yg kat indon tu pon tgk cines2 je...samalh kat malaysia...kubir2 mahal ni cines je
Quote twins 5-8-2021 12:53 PM
org kaya yg nak terus "hidup" kayangan kat situ harus kot kena sign agreement untuk "permanent" kat situ kot... mesti jumlah besar la tu... sbb kalau bayar untuk 1-2 tahun... confirm la lepas tu abu mayat hanyut kat sungai jerrr.... baik la kaum kerabat songlap terus duit tu drp pd bazir bayar kat "hotel abu".... huhuhuu
Quote kelapaparut 5-8-2021 12:59 PM
teringat arwah asyraf ainclair mninggal, c bcl sanggup beli lot kubur rm70k, indon kalu nak mati kubur dgn tempatnye kne exclusive
Quote nakkomenjugak 5-8-2021 01:22 PM
sebolehnya lepas mati still nak merasa exclusive.
lantakkk laa... duit memasing
Quote OyenLemas 5-8-2021 01:39 PM
dunia dpt la mewah. kalau amalan takcukup. hmm paham2 la nasib ko mcm mana
Quote Tinot7 5-8-2021 01:50 PM
Best sgt ke citer hotel del luna nih?

[youtube]1IjMTR2DxlA[/youtube]
Quote dua_chzy 5-8-2021 01:51 PM
Edited by dua_chzy at 5-8-2021 01:53 PM
SalenaGomez replied at 5-8-2021 12:50 PM
Kita pon ada kan...nirvana tu

Tp yg kat indon tu pon tgk cines2 je...samalh kat malaysia...kubi ...


Tapi nirvana kat tanahair, rupa luar macam bangunan bank atau kerajaan. Belum ada yang persis hotel 4 bintang kan.
Quote batmana 5-8-2021 02:03 PM
mayat/abu mayat manala disimpan dlm hotel tu, tu tmpt cm  'majlis tahlil' aja konsepnya, tmpt org ramai jupe jenazah kali terakhir, suite siap tv, dapur,ruang mkn, cm  hotel tu utk waris yg hadir...kot2 nk tdo situ

tkdenya mayat tu menyewa lak..  lepas abis tu, blah, tanam dlm tanah kubur jugak..

takdenya hotel tu nk simpan mayat kt situ..
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 02:09 PM
baru betoi langit ke tujuh

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.068299 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top