CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tengah Fikir Nak Beli Kereta Baru, Tiba-Tiba Tayar Kereta Uyaina Arshad Pecah Dan Meletup!

23-7-2021 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8612| Komen: 45

Pelakon dan hos, Uyaina Arshad berkongsi pengalaman cemas apabila tayar kereta yang dipandunya tiba-tiba meletup sejurus pulang dari sebuah klinik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Cerita Uyaina, kejadian berlaku dia ‘terfikir’ untuk tukar kereta baru dan dia akui satu kesilapan besar apabila berbuat demikian ketika pemanduan.


Foto: IG

“Cerita semalam. Tayar kereta pecah & meletop. Semalam, masa dalam terowong nak balik dari clinic di KL, I sedar ada bunyi SANGAT KUAT DAN MENAKUTKAN.

“Dan benda yang paaaaling tak boleh blah tu, masa I tengah drive, I baru je cakap2 dengan diri sendiri, cakap dalam hati pasal nak beli kereta baru YA. KESILAPAN PALING BESAR!


“Tengah fikir2 dalam otak, kereta apa yang best. Kereta apa yang sesuai. Bila nak tukar etc (bukan waktu terdekat pun sebab I baru je beli kereta ni last year).

“Dalam dok ralit fikir pasal nak beli kereta lain, tiba2 kereta ni mengaum. Tapi I taktau apa sebab bunyi pelik ni. Ingatkan enjin LOL. So I teruskan pemanduan.

“Jauh jugak I drove the car dalam keadaan tayar dah meletop kebabom macam tu, tanpa sedar. Pastu dah dekat2 dengan OU, I cuba drive lagi tapi kereta tu dah macam takleh go so I stop tepi.

“Elok je stop, I check side mirror, tahu2 tayar dah rabak. Dia dah jadi rambu-ramba tepi tayar tu,” kongsinya.



Cuak atas apa yang berlaku, Uyaina berkongsi dia terus menghubungi kekasihnya, Raja Syahiran dan kemudian mereka turut dibantu seorang lelaki untuk menukar tayar kira-kira 15 minit kemudian.

Dia pada masa sama turut berpesan kepada semua untuk peka melakukan pemeriksaan kenderaan apabila sudah sampai waktunya.

“Tak okay. Sempat la menangis sekejap sebab cuak. Terus call @rajasyahiranmy (nak call siapa lagi.) Kalau harapkan diri sendiri, I dah call tow truck ke apa ke. Sebab langsung tak reti bab2 tukar tayar, or bab kereta langsung. I just tahu start enjin & drive je.

“Dalam 10 minit Syahiran sampai. Syahiran suruh I masuk kereta. Jangan keluar. I pulak risau sebab situ jalan busy. Banyak sangat kereta, bas, motor laju2. Takut benda lain pulak jadi Nauzubillah.



“Dalam beberapa minit lepas tu, ada satu kereta merah stop belakang kereta kitorang. Satu Chinese brader ni turun dan tolong. Baik sangat abang tu.

“Alhamdullilahhh. Dalam masa 10-15 minit settle tukar spare tyre. Tapi, lessons learned. And I learned it the hard way.

“JANGAN LANGSUNG BERCAKAP ATAU FIKIR DALAM OTAK ATAU TERDETIK DALAM HATI PASAL KERETA LAIN, DALAM KERETA YANG KITA TENGAH PAKAI SEKARANG. KERETA TU TAHU. DIA AKAN TERUS BUAT HAL DAN MERAGAM! TRUST ME!




“And of course, check keadaan kereta selalu & hantar servis bila dah tiba masanya. Things could turn really ugly for me but Alhamdullilahhh Allah masih bagi pinjam nyawa ini.

“You guys jaga diri. And in all seriousness, ingat apa yang I pesan! Stay safe!,” kongsi Uyaina lagi.


Perkongsian tersebut dibuat pelakon drama Love Elsa itu menerusi satu hantaran di Instagram yang dikemas kini. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyainsamad 23-7-2021 12:00 PM
so??? kena gelabah ke ni
Quote mawardia 23-7-2021 12:02 PM
WHAT?! "Kereta tu tahu?"
Laaaa bebal nya retis.
Tu kebetulan je lah!
Quote makneng 23-7-2021 12:11 PM
Panjang karangan tayar kereta meletup pun... Agak2 nya kalau zaman sekolah dulu cikgu suruh buat karangan n time tu dah ada instageram.. Konpem semua boleh score good marks regardless karangan english or bahasa.
Quote cheezel 23-7-2021 12:28 PM
teruknya. cmna leh rabak cmtu? kesian si basic number two ni
Quote bakingsoda 23-7-2021 12:56 PM
walaupon bunyi propa  tapi kalau kita terfikir nak ganti sesuatu barang dgn yg baru, kadang2 ada yg pandai 'merajuk'. yg kete ni penah jadi kat ayah aku. dia cakap nak tukar kete baru, dan2 tu la kete lama takleh start masa nak keluar utk urusan penting
Quote LadyCarefree 23-7-2021 02:52 PM
Oooo iols nak try puji kereta iols. Mana tau tengok2 tayar dah baru semula.

Memang blonde ke haper drive kereta tayar dah meletop sampai macam tu? Kan boleh rasa dan boleh dengar kot bunyi lain.
Quote KBW2 23-7-2021 03:32 PM
Aku cakap dia IQ rendah korang marah, kan terbukti.
Quote hasniey 23-7-2021 03:45 PM
Lessons learned dia mengarut betul
Patutnya kalau dh dgr bunyi kebabom tu cepat2 ler brenti tepi
Quote Thunderclouds 23-7-2021 03:59 PM
Not being superstitious or what,tp keta ni pelik sikit imho. Dia sensitip,u mention ja nk angkat baru nk tolak hat lama dan2 dia wat perangai. Smpi nk start pn jd pyh kna pujuk2 dlu br nk hidup. Dh byk i tgk jd mcm ni. And another thing,ada ya kes tayar meletup xperasan? Keta. Kalo 18/16 wheeler tu boleh la kut dh byk tayar kn. Ni 4bj je kot. I yg kdg2 drive lgsung lupa lepas handbrake pn rasa semcm, ni kan pulak tayar meletup sebijik.
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 04:05 PM
nak beli kete baru, tayar kete yang merajuk.

banyak duit tukar kete... bestnya
Quote slyfynx 23-7-2021 04:13 PM
Ini bukan tayar pecah dan meletup.
Ini adelah tayar dah pancit, bawak jugak laju2.
Quote dino 23-7-2021 04:14 PM
LadyCarefree replied at 23-7-2021 02:52 PM
Oooo iols nak try puji kereta iols. Mana tau tengok2 tayar dah baru semula.

Memang blonde ke hap ...

korg ni seme nak serius haha
sbnrnya kite diuji la tu.. nak percaya kbtulan ni semua…

org2 dulu gitu la.. byk pantang mulut takleh sbut sbrg haha

tikus pun kena sbut cik siti.. klau tak tikus gigit kain baju…  haha
Quote Jitu 23-7-2021 04:27 PM
hmmm itulah org pompuan malas nak cakap banyak lah
klu nak beli kereta seken hati2 klu owner sebelum tu pompuan
Quote merrissa 23-7-2021 06:36 PM
mcm kete baru je...saja nk heboh nak beli kete ke apo

seriau aku...pernh nmpk tyr lori meletop..dia senget2 dah...sib bek x langgar aku

kereta dia xde senget2 ke...
Quote JohnyEnglish 23-7-2021 06:47 PM
Patutnya enjin kete yg merajuk sbb nk tukar keter baru.klu nak tukar tayar,baru tayar merajuk
Quote cikgojesss 23-7-2021 06:58 PM
iols pernah memiliki kereta yg hazab nakharom macam2 masalah dari mula beli selalu sgt buat hal padahal takda pun fikir nak berkereta baru tetap jugak ko buat hal.. lepas kerap sgt masalah mana tak setiap jam iols fikir nak beli kereta baru sape suruh kejadian ko hazab sangat masa tu tak kuasa akak nak pikir ko nak merajuk ke apa pergi mampus.. last2 iols tukar kereta baru aman hidup memang haku fobia n block terus dah jenama kereta tu.. orang yang mengalami je faham

kesimpulannya selagi kereta elok bersyukur n pakai je la tak payah gedik nak fikir tukar kereta.. tapi kalau kereta ko memang selalu menyusahkan elok ko makikan aje lepastu terus tukar lain kalau dia nak merajuk pergi mampus!
Quote TomyamPuteh 23-7-2021 07:27 PM
Biasakan buat alignment dgn balancing 6 bln sekali.
Quote dudaberhias 23-7-2021 08:01 PM
sooo dia nak bagitahu tu kete secondhand dan kete tu berhantu ke?
mujur la tayar je pecah...
Quote laradelara 23-7-2021 08:55 PM
Edited by laradelara at 23-7-2021 09:49 PM
KBW2 replied at 23-7-2021 03:32 PM
Aku cakap dia IQ rendah korang marah, kan terbukti.


Sape plak nk marah

Mmg dia mcm tu sejak dulu lagi. Dia ok je sbnrnya tapi gitu lah perangai dia ting tong tin kosong gelak manja gedik ala ayda jebat

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.060537 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top