CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Orang Terengganu Tapi Jiwa Amerika," -Masuk Penjara Baru Ameng Belajar Alif Ba Ta

23-7-2021 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3464| Komen: 6

"Dalam penjara tak ada muqaddam yang ditulis dalam rumi. Jadi, untuk belajar, saya tulis semula dalam rumi. Saya mulakan dari awal."

Itu kata penyanyi, Ameng menceritakan pengalamannya belajar membaca al-Quran di dalam penjara satu ketika dulu.


Ameng berkata, sebelum dipenjarakan, dia langsung tak tahu membaca al-Quran.


Foto: Harian Metro

"Saya buta al-Quran. Saya orang Terengganu, tapi jiwa Amerika. Masuk dalam (penjara), baru nak belajar alif, ba, ta," katanya.


Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berkongsi perkara itu menerusi panggilan video secara langsung bersama pelakon, Datuk Rosyam Nor, baru-baru ini.


Dalam video sama yang dimuat naik di saluran YouTube Suhan Channel, Ameng turut berkongsi mengenai makanan yang disediakan di dalam penjara di mana ia sebenarnya amat berkhasiat.



"Dalam penjara, bukan makanan teruk tapi cuma tak ada pilihan sebab makanan sama. Tapi, makanan itu berkhasiat. Contohnya ikan dan sayur, semuanya terpilih. Kebanyakannya berprotein. Minuman tak ada gula. Makanan pula direbus," katanya.

Ameng juga mengajak Rosyam untuk bekerjasama dan membuat lawatan ke penjara serta mengadakan bengkel seperti lakonan dan penulisan skrip.




Ameng pernah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dengan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun, hukuman itu dipendekkan kerana kelakuan dan disiplin cemerlang Ameng sepanjang dalam tahanan hingga dia dibebaskan dari Penjara Kluang, Johor pada 14 Jun 2016. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleharmonic 23-7-2021 11:50 AM
tapi rupa jawo?
Quote amyainsamad 23-7-2021 12:04 PM
bagusla.....
Quote exclusive_vvip 23-7-2021 03:05 PM
bagus dah tu…tapi tak perlu kot salahkan Amerika..berlambak je org melayu tak educated yg x pandai mengaji..
Quote hotmak 23-7-2021 03:09 PM
hikmah masuk penjara, dah boleh mengaji, sulu pernah baca dia ckp buka puasa dgn air teh o & biskut lutut, syukur lah Allah bagi peluang baiki hidup

Quote nakkomenjugak 23-7-2021 04:13 PM
bagus laa belajar. kalau tak terhantuk, sampai ke sudah tak belajar.
iols dulu zaman bbnu, pernah keje kat taska/tadika. ada apak ni paksa cikgu ajar anak dia abc bla2 sampai pandai tapi bab iqra' apaknya kata itu tak penting.
Quote dudaberhias 24-7-2021 10:16 AM

tu la... kopok losong tapi gigihnya dia feeling2 jiwa amerika...
agaknya dalam penjara tu je dia dapat merasa tengok diri sendiri dalam cermin... sebelum tengok cermin tu dia berilusi ingatkan rupa dia blonde siap mata biru dalam pantulan cermin sekali keluar gambaran tempe basi.... terus terpijak kepada bumi yang nyata... moga istiqomah abe meng...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.422516 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top