CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Sebab Boyfriend Atau Nak Kahwin, Scha Elinnea Padam Gambar Seksi

23-7-2021 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7940| Komen: 31

Pelakon seksi, Scha Elinnea mula memadam gambar-gambar seksinya di Instagram dan mengambil teguran-teguran positif diterimanya sebagai satu nasihat yang baik.

Scha ketika ditemubual dalam sidang media drama bersiri SiTik Tok berkata, teguran yang membimbing berjaya melembutkan hatinya.


Foto: IG

"Kita sebagai manusia boleh berubah. Mestilah ramai orang yang marah-marah di media sosial dan bercakap mengenai imej seksi saya. Selalunya, saya akan cakap, doakan yang baik-baik. Alhamdulillah, saya dah padam banyak gambar di Instagram.

"Teguran-teguran itu membimbing dan bila orang tegur dengan cara baik, kita pun lembut hati untuk berubah ke arah kebaikan," katanya.




Menurut pelakon berusia 22 tahun ini, dia juga sedang mendidik dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Saya cuba menjadi orang yang lebih baik. Saya cuba dan tergerak hati untuk melakukannya," katanya.



Menurutnya, situasi pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini banyak membuatkannya berfikir mengenai kesan daripada setiap tindakan.

"Saya menetap sendirian dan saya selalu berfikir mengenai apa yang boleh dan tak boleh dilakukan. Saya belajar untuk terima setiap teguran," katanya.



Terbaru, Scha kini membintangi drama bersiri SiTik Tok yang akan mula bersiaran di TV3 jam malam ini.

Selain Scha, ia turut dibintangi Nadia Aqilah dan Niezam Zaidi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahmenjuyah 22-7-2021 07:55 PM
Ko sapa dek. Akak tak kenal.
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 08:30 PM
Zaman ko masuk malaypretty dulu lain bebeno. Tapi yelah tu zaman bila ye dok.
Quote mendeluk 22-7-2021 09:06 PM
Hehe rse dah kena tegur tu. Nak jadi artis tk boleh tunjuk terover nnt xlaku ke.
Quote bondeh 22-7-2021 10:13 PM
Gambo tagged pun habis didelete.. tapi gambo kat ig kawan dia masih ada lagi berbikini cam ala2 hanak hayam menunggu kedatangan beruang jantan. Tiberr
Quote bankerpencen 22-7-2021 10:21 PM
Muka dia ni ori ke alter? Macam sepesen je dengan bapok siam (lawa tapi macam pelik sikit)
Quote kaedahnya 22-7-2021 10:44 PM
ok la tu. jangan ikut perangai senior senior yang asyik nak bergaduh tu.
Quote rosannazmia 22-7-2021 10:49 PM
Mana dia neh dlm clip drama tu? Yg dayang senandung tu ke yg minah pelat? Kalu minah pelat tu lawa lagi dlm klip berbanding gambar2 dlm ig…yg hero drama ni yg jd jakfer ke? Hun apa ke nama dia? Xde der akk nak tgk.. kat rumah ni 24 jam ryan reviewssss , aku tgk anak aku umur 4 thn tu pelat melayu dia lain mcm.. nth jd mcm dlm klip tu dok besaq nnt?
Quote fealefea 22-7-2021 11:00 PM
Nk acik bawang puja kene ikut nasihat diorg. Kalau x pyh la nk up dlm drama2 picisan.
Quote Raline 22-7-2021 11:19 PM
takutlatue
Quote Rara77 22-7-2021 11:28 PM
so nak gelabah punggung ke kita nih nyahh
Quote mendeluk 22-7-2021 11:51 PM
kaedahnya replied at 22-7-2021 10:44 PM
ok la tu. jangan ikut perangai senior senior yang asyik nak bergaduh tu.

kahkahkah sape? mcm ramai.
tapi terserlah retis2 yang gaduh itu semua bimbo
sebab gado pasal jantanz
Quote kaedahnya 23-7-2021 12:25 AM
mendeluk replied at 22-7-2021 11:51 PM
kahkahkah sape? mcm ramai.
tapi terserlah retis2 yang gaduh itu semua bimbo
sebab gado pasal ja ...

memacam laa. gaduh pasal jantan laa. berebut job laa. siapa berlakon/nyanyi paling best laa. siapa emas siapa gangsa laa. bebaru ni pasal makan pun gaduh.
Quote mendeluk 23-7-2021 07:34 AM
Edited by mendeluk at 23-7-2021 07:36 AM
kaedahnya replied at 23-7-2021 12:25 AM
memacam laa. gaduh pasal jantan laa. berebut job laa. siapa berlakon/nyanyi paling best laa. siapa ...


Itu sebab ada ssetengah orang tak setuju jadi artis ini. Sebab fikiran kot.
Doktor, lawyer etc lain. Bila kira dgn jari je mana elok
Quote Kancilkering 23-7-2021 08:21 AM
sebab dia dh banyak kali masuk tv…sitiktok le cite petang petang tu le…kene clean sket…x leh le nak posing half naked in bed ….see through t shirt….wet t shirt …..production house x suka nak ambil….
Quote rhea85 23-7-2021 08:33 AM
seksi nak mampos minah ni. harap betul la dah berubah ke arah kebaikan
Quote dewi_rina 23-7-2021 09:40 AM
Dia ni cantik tapi bukan cantik sangat la, rupa biasa maybe rambut ke body ke yg nmpak cantik kot
Quote kotakominami 23-7-2021 10:02 AM
Ye la.....kalu nak laku kat malaysia ni...nak watak heroin mane boleh seksi2....nanti dpt watak jahat je....
Quote hidet 23-7-2021 10:06 AM
bawaku_terbang replied at 23-7-2021 08:43 AM
dia berlakon dlm sitik tok tu xboleh ke tayah muncung2 mulut acah2 jadi manja?

semalam tgk jugak drama ni..tak kenal siapa gerangan..la minah ni kee
Quote JohnyEnglish 23-7-2021 10:11 AM
ala nape padam.aku x sempt lg nk tgk

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.042248 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top