Marah betul cef selebriti, Cef Wan dengan jirannya yang bersikap sambil lewa dalam bab kebersihan hingga siput babi 'menceroboh' ke kawasan kediamannya. Sudahlah sakit mata melihat keadaan rumah jirannya itu, malah penghuni lain di kawasan perumahan itu pula menanggung akibat sikap acuh tidak acuhnya dalam menjaga kebersihan rumah.
"Nyamuk pun! Ini belum ular lagi seperti mana dialami jiran lain sebelum ini. "Selepas membuat aduan, barulah nak hantar pekerja Bangla untuk membuat kerja pembersihan. "Dah mcm pahat dengan pemukul la pulak. Sekali complain sekali jalan," luahnya kecewa. Tambah Cef Wan, sikap 'tidak kisah' seperti itulah menjatuhkan nilai kawasan perumahan. Bagai sudah menjadi tugasnya pula apabila dia yang sering membersihkan kawasan rumah terbiar itu. "Tak fahamlah dengan orang yang tak menjaga hati jiran. Jangan ingat semua manusia yang orang kata 'berada' ini ada class lah," ujarnya. Bak kata Cef Wan, ramai orang nak beli rumah tak mampu hari ini. Yang ada berlebih tu tak reti nak menjaga harta mereka dengan baik pula. - CARI
|
lavendernovella replied at 22-7-2021 07:43 PM
Kalau cep ni duduk kat kawasan pprt , macam mana lah agaknya reaksi dia yer...
msdummy.2018 replied at 22-7-2021 07:50 PM
Aku takut korang xdaya nk bc update insta dia 2min skali tuh.. tp btol dia ckp...mmg rmi jerk ...
ADVERTISEMENT