CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ramainya Terkena Penyakit Ain, Iya Ke Diorang Ni?"

22-7-2021 12:02 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 18383| Komen: 66|Original author: Oleh: Cari-Azza






"Muka breakout sikit dah label kena penyakit ain."

Pernah dengar penyakit ain? Ianya dikaitkan dengan pandangan memuji atau hasad hingga menimbulkan kesan buruk kepada mereka yang menerima pujian tersebut.

Terbaharu, trending di platform Tik Tok, ramai remaja yang mengakui terkena penyakit ain ini.

Mereka menyatakan perubahan wajah dari wajah polos kepada wajah berjerawat dan menggerutu, gara-gara penyakit ain ini.

Ianya membuatkan ramai netizen di Twitter tidak puas hati kerana ianya dijadikan trend semata-mata. Lebih penting, ianya bukan ain seperti yang didakwa.



Bagi netizen yang lebih matang, mereka menganggap trend sebegini perlu dihentikan. Terlalu ramai yang terikut-ikut memuat naik gambar sebelum dan selepas ditumbuhi jerawat serius lalu melabelkannya sebagai ain.

Sedangkan ianya lebih kepada perubahan hormon, kalau betul kena ain, mampu kah membuat video perubahan wajah itu?

Foto: Twitter


Mereka yang pernah terkena atau yang menjaga pesakit ain menceritakan bahawa ianya bukan perkara biasa. Hidup boleh hancur kerana perbuatan tersebut kerana mereka yang terkena penyakit ain ini biasanya akan hilang sendiri tanpa khabar kerana mahu berubat. Jadi, kehilangannya bukan berhari, mungkin memakan masa berbulan atau bertahun baru sembuh.

Foto: Twitter
Foto: Tik Tok


Ternyata penyakit ain bukan sembarangan untuk didakwa. Tetapi mengapa ramai remaja berlumba-lumba mengaku terkenanya? Nak sangat ke? - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 22-7-2021 12:16 PM
Dia sama mcm ocd
Baru feeling2 pengemas sikit terus kata ada ocd

Pdhal klu dia tau ocd tu org masalah mental, dan real ocd tu sgt teruk bkn sekadar pengemas

Tp sbb xtau, mcm jd kebanggaan plak ngaku dia ocd.
Quote Eva_yy_Ellin 22-7-2021 12:24 PM
Bangganya dik mengaku kena penyakit ain.
Macam nak bagitahu satu dunia ada orang dengki dengan dia sampai dia boleh kena ain tu.
Penyakit ain tu bukan biasa-biasa, dik.
Silap haribulan, korang dah takkan dapat balik life yang dulu.
Quote akuHavocczz 22-7-2021 12:30 PM
Orang kalau kena ain kan... dia tak bagitahu orang.. sebab dia tahu dia ada vulnerability.. kalau kecoh bagi tahu orang ni bukan ain, ni caprice..
Quote CiliPadiSedap 22-7-2021 12:45 PM
tampar pakai selipar jepun je ubat penyakit budak tiktok
Quote Artemesiaa 22-7-2021 12:57 PM
Pakai tah apa2 produk jadi alahan pada kulit selalunya buat kulit jadi sampai macam tu
Quote makneng 22-7-2021 01:11 PM
Salah tafsir istilah penyakit ain ke mcm ni bbnu nih? Ingatkan penyakit ain tu berkait dgn hasad dengki dari hati. Pening ah
Quote KIM.K 22-7-2021 01:19 PM
pearl.silver replied at 22-7-2021 12:16 PM
Dia sama mcm ocd
Baru feeling2 pengemas sikit terus kata ada ocd

Ada budak ocd 14 tahun makpak hantar wad psikiatri. Tanya member aku misi apa simptom, katanya budak tu cerewet tak boleh share sudu, pinggan, gelas. Banyak je pegawai army geli sharing padahal zaman training 40 orang share satu berus gigi.
Quote chinta89 22-7-2021 01:30 PM
LAPAR SOHORRRRRRRRRRRRRRR

eh selalu btl caps lock nk edit malas adoi bila buat keja sambil berporem gini la.. sori mod.
Quote mizzmimi 22-7-2021 01:49 PM
Ntahnya.. Ntah2 tido pon still pakai bantal busuk sama umur dengan dia tak pernah basuh.. Bantal pun bawak bergolek atas karpet atas lantai sarung tak tukar tak basuh.. Or hormon.. Or pakai produk yang tak sesuai ngan kulit..

Walopon memang senang kene 'ain kalo suka sangat tayang muka selpie kat stageram
Quote bakingsoda 22-7-2021 01:54 PM
fefeeling didengki ke dekk, penyakit kulit (hasil produk sampah??) dibantainya claim penyakit ain
Quote azimodin 22-7-2021 02:03 PM
Ntah2 alergik or jerawat sebab hama. Macam aku la, raya haritu tetiba naik jerawat banyak giler penuh satu muka. Aku mmg beli skincare dekat drugstore je, so aku yakin semua barang ori. Lepas fikir2 baru aku teringat yg jerawat mula keluar lepas pakai cleansing oil yg ada AHA. AHA ni sejenis exfoliant, aku pulak beberapa hari lupa pakai suncream. Skin barrier rosak, jerawat senang naik. Lepas aku tukar cleansing oil & pakai sunblock, elok balik. Cuma kesan pigmentation tu makan masa la nak hilang
Quote awanysss 22-7-2021 02:18 PM
tak malu ke siot budak2 ni
kau igt cantik ke muka korang..
manjang mekap pastu filter, tiber nak kena penyakit ain..
hormone tahu tak dik? inflammation?

kalau org dulu2 okay la, kulit tak tercemar..
kau skrg dgn produk timbang kilo bagai..
ntah ntah break out sbb timbang kilo pastu salah ain..

muka aku nipun kalau angle betul mcm nora danishh,
kalau angle biasa iras2 rosnah mat aris je..
tak pulak nak claim ain tu
Quote HappyGumbira 22-7-2021 02:28 PM
camne dia boleh tau dia kena penyakit ain?penyakit ain ni bkn boleh detect cam demam batuk ye. iols pun puas berubat sana sini br tau kena penyakit ain. ye memang tak pulih sepenuhnya. dan xnmpak secara fizikal.

pastu ko dh  la konon kena penyakit ain lagi tempek gambo kat medsos

woii.. sesape kena penyakit ain mmg terus jauhkan diri dr medsos or terus mellow down dr medsos la. di medsos tu la ibu segala penyakit mata n hati
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 03:28 PM
HAHAHAHAHAHAHAHHA

ehhh hello dekkk! asal perasan sangat ni? muka kau terlampau basic untuk buat orang ada "ain" ke apa entah dengan kau! pergi tukar skincare, tukar cadar bed sheets bagai, basuh sekali dengan bantal tu, ain ain... kalau camtu hari2 retis kena ain, ni aku tengok retis korea tu mulus halus kudus jeee. tak breakout pun
Quote Meiizu 22-7-2021 03:39 PM
pykt ain ni sihir ke..sbut orang sihir jelah.
sejak sethn dua ni duk ain ain ..up gmbr baby tak leh, gmbr sendiri tak boleh
dulu tengok cite turki belah2 sana adalah., yg symbol tangkal mata 1
sama ke?

kes budak ni..adakah dia bodo tak tpikir nak pi klinik dari tertiberr ain bagai
Quote Ciktiekus 22-7-2021 04:33 PM
Tu bukan ain..tu peringatan dari DIA untuk ko tone down sikit menggedik kat medsos tu..
Quote Ciktiekus 22-7-2021 04:39 PM
KIM.K replied at 22-7-2021 01:19 PM
Ada budak ocd 14 tahun makpak hantar wad psikiatri. Tanya member aku misi apa simptom, katanya bud ...

Penah tgk dokumentari..sangatla seksa budak tu..nak jalan atas rumput pn xboleh..siap panjat dinding tepi umah..dah rawat baru okey sket..tu pn umo die dah remaja..
Quote salmon-suki 22-7-2021 05:13 PM
Y ni laa lalu kt ig ai tp ai kurg berminat..masuk benang ni nk baca komen poremer je .{:smile
Kt ig nuh byk org terlajak positip...bhahahahah{:smile{:smile{:smile
Quote salmon-suki 22-7-2021 05:16 PM
awanysss replied at 22-7-2021 02:18 PM
tak malu ke siot budak2 ni
kau igt cantik ke muka korang..
manjang mekap pastu filter, tiber nak k ...

Filter smpai kening pn nak hilang..hihihi..mcm ai selalu ckp laa,budak2 skrg sepesen jah.. kononnya neutral tp sorry lah,kecik2 dah pndai cucuk sana sini,nak2 vit C sbb nak putih,pstu bt sulam bedak nak dpt pipi pink pstu pakai braces walaupun gigi xde penyakit apa2..n pakai shawl belit leher..

Xde nilai eksotik and tak unik..ahaksssssss~

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.154789 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top