CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elvina Malu Nak Terkam Shaheizy Sam

22-7-2021 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3138| Komen: 12

Description: Kali pertama diperkenalkan di layar perak menerusi filem Zombitopia, pelakon Datin Elvina Mohamad mengaku dirinya dihambat rasa gementar.
Kali pertama diperkenalkan di layar perak menerusi filem Zombitopia, pelakon Datin Elvina Mohamad mengaku dirinya dihambat rasa gementar.

Bukan kerana perlu menempuh pengalaman baharu di lokasi, menurut Elvina, perasaan itu timbul apabila digandingkan dengan pelakon gred A seperti Shaheizy Sam, Bront Palarae dan Sharifah Amani.



Foto: IG

Sebagai aktres yang masih hijau ketika itu, pastinya terbit rasa rendah diri dan sangsi dengan kebolehan diri. Hatinya tertanya apakah mampu memberi terbaik dalam naskhah arahan Woo Ming Jin itu.

Walaupun bertarung dengan perasaan sendiri, Elvina atau nama sebenar, Norzalina Mohamad mengaku, segala keraguan yang timbul lenyap apabila setiap pelakon memberi kerjasama dan semangat kepada dirinya.




"Penggambaran filem Zombitopia dilakukan lima tahun lalu. Pada masa itu, saya baru menceburkan diri dalam bidang lakonan... Pengalaman pun tak banyak.

"Apabila dikelilingi pelakon hebat, sudah tentu saya rendah diri dan sedikit kekok. Dalam filem ini, saya banyak bersama Sam. Ada babak dalam filem itu memerlukan saya menerkamnya.

"Ketika itu, saya malu dan teragak-agak melakukannya. Namun, Sam banyak beri tunjuk ajar dan membuatkan saya selesa," kata Elvina kepada BH Online.



Berkongsi cabaran yang dihadapi, pelakon drama rantaian Takdir Yang Tertulis ini mengaku karakter bernama Zooey menguji kemampuannya.

"Zooey adalah separuh zombi separuh manusia. Bayangkan, saya perlu tukar emosi untuk disesuaikan dengan watak mayat hidup itu. Bukan mudah melakukannya lebih-lebih lagi untuk pelakon baharu seperti saya.

"Selain itu, babak saya banyak membabitkan imej janaan berkomputer (CGI). Jadi, ada ketika, saya kena bayangkan sesuatu yang tidak nampak.

"Pernah berlaku, ketika saya membayangkan babak dikejar dinasor, saya terlanggar kamera yang berada di depan hingga gusi koyak," kata pelakon berusia 26 tahun ini.


Zombitopia terbitan Greenlight Pictures & Lomo Pictures sudah menemui penonton di saluran penstriman pada 2 Julai lalu.

Dalam perkembangan lain, Elvina memberitahu, ketika ini, aktiviti lakonannya terpaksa dihentikan seketika berikutan pelaksanaan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN). Ini membuatkan jadual seninya kucar-kacir.

"Saya dapat tawaran berlakon filem. Sepatutnya, saya masuk lokasi, bulan lalu. Namun, disebabkan PPN, penggambaran terpaksa ditangguhkan.

"Selain itu, saya terbabit dalam projek drama bersiri untuk Netflix dan drama slot Samarinda. Apabila semua tertangguh, saya kena rombak jadual.




"Saya difahamkan, selepas PKP tamat, produksi untuk tiga projek saya ini akan bermula serentak.

"Ini membuatkan saya dalam dilema. Tidak mahu saya terkejar-kejar. Jika mengikut perancangan awal, perkara seperti ini tidak akan berlaku.

"Jika keadaan memaksa, mungkin saya terpaksa buat pilihan projek mana yang hendak dipilih. Saya tidak mahu percanggahan jadual itu menyusahkan banyak pihak," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 22-7-2021 01:14 PM
Laki ko sepesen dengan laki teletubis..{:cryrun
Quote Daftpunk_shine 22-7-2021 01:52 PM
Belibis replied at 22-7-2021 01:14 PM
Laki ko sepesen dengan laki teletubis..{:cryrun

Sapa teletubies?
Quote kakakpositifker 22-7-2021 02:15 PM
dia ni lawa
Quote Belibis 22-7-2021 02:38 PM
Daftpunk_shine replied at 22-7-2021 01:52 PM
Sapa teletubies?

Datin yang satu family kena kobid tu la..
Quote mendeluk 22-7-2021 02:46 PM
kakakpositifker replied at 22-7-2021 02:15 PM
dia ni lawa

Cantik kan dia.
Cara dia nampak elegant jek. Tapi taktaw lah kalau banyak kontroversi ke apa.
Tapi serious cantik mcm tak sesuai pulak
dgn husband tu haha
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 03:21 PM
gusi koyak untuk filem sampah? yihhhh not worth it
Quote anggeriklatifah 22-7-2021 07:46 PM
Dia ni cantik cam puteri raja..sebb slim tinggi putih rambut panjang hitammm
Sebb ada drh Thai Kan...pelakon Thai pun memg ala2 cam dia gak
Quote Cece1234 22-7-2021 11:58 PM
Lawa dia ni..
Quote HuoJingJue 25-7-2021 07:17 AM
hak ni zombi yg ada perasaan tu..kah kah kah
Quote dudaberhias 25-7-2021 07:20 AM
Dia nak kata dia tak taste dekat cendawan gendut2 la tu. Sebabtu takut nak terkam. Kalau syatilla elok jah sampai katil patah pun dia sanggup. Kampung punya taste.
Quote CtMaryam123 25-7-2021 07:45 AM
dudaberhias replied at 25-7-2021 07:20 AM
Dia nak kata dia tak taste dekat cendawan gendut2 la tu. Sebabtu takut nak terkam. Kalau syatilla el ...

hahahaha komen ko terhibur iols nok
Quote rukia2 25-7-2021 08:07 AM
dah ada peng'gred'an ke retis kt msia ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.081445 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top