CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Indonesia Guna Mykad Daftar MySejahtera

22-7-2021 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4216| Komen: 24

Description: GEORGE TOWN – Seorang wanita warga Indonesia didenda RM14,000 di Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas didapati bersalah memiliki dan menggunakan kad pengenalan (MyKad) palsu baru-baru ini.
GEORGE TOWN – Seorang wanita warga Indonesia didenda RM14,000 di Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas didapati bersalah memiliki dan menggunakan kad pengenalan (MyKad) palsu baru-baru ini.


Tertuduh, Zhiehara Toding, 22, sebelum itu membuat pengakuan bersalah bagi kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret R. Manomani.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan aplikasi MySejahtera atas identiti orang lain menerusi satu kad pengenalan bernama Norsyarifah Muhsin sebagai dokumen pengenalan diri.

Foto: Kosmo

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di  daerah Timur Laut di sini di antara 24 Jun hingga 12 Julai lalu.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja memiliki kad pengenalan palsu atas nama Ziehara Boisi sebagai pengenalan dirinya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di 1-17-04, Desa Pinang 2, Lebuh Sungai Pinang di sini di antara pukul 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang pada 17 Julai lalu.

Bagi kedua-dia kesalahan itu, dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah menjatuhi hukuman denda RM6,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayarnya bagi pertuduhan pertama, manakala RM8,000 bagi pertuduhan kedua.

Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Azry Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Pengarah JPN negeri, Nur Zulfa Ibrahim ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, kes tersebut merupakan di antara 11 kes yang dituduh di mahkamah sepanjang tahun ini membabitkan kesalahan MyKad palsu.

Ujarnya, jumlah itu meningkat berbanding hanya sembilan pertuduhan membabitkan kes sama sepanjang tahun lalu.

“Sepanjang tahun lalu sehingga Jun tahun ini juga, seramai 25 individu ditahan bersabit kesalahan MyKad palsu menerusi 21 operasi yang dijalankan.

“Daripada jumlah itu, 16 yang ditahan merupakan warga asing, manakala sembilan lagi adalah rakyat tempatan yang antaranya melibatkan kesalahan seperti pendaftaran palsu untuk sijil kematian,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 22-7-2021 02:04 PM
banyak rasuah negara Malaysia

murahan

pendatang haram buat ikut suka

celaka nakharom bughittttttttttt
Quote Beribear 22-7-2021 02:05 PM
Dia pati ke? Hantar jelah balik negara asal. Senang2 je eh dpt mykad palsu. Tolong lah amalkan integrity jgn sesuka bg hak negara kita dekat org luar
Quote pichee 22-7-2021 02:12 PM
Sape la dalang penjualan identiti ni
Quote Skuau 22-7-2021 02:25 PM
Edited by Skuau at 22-7-2021 02:27 PM

Bahana memberi kerakyatan kpd warga asing  taun 70-an,80-an dan sekarang mungkin anak2 mereka ada yg bekerja dlm sektor perkidmatan awam...bagaimana kalau mereka inilah disebalik 'kerosakkan' sektor pekhidmatan awan dan jabatan kjaan(yg lain2)yg berlaku sekarang ni???
Quote mbhcsf 22-7-2021 02:28 PM
hmm....wahai  Malaysians sesiapa yg  tak dapat temujanji by 1st August ni you all pi ye, sebab i think  malaysians should be prioritsied first lah , lagipun tax payers kan.
Quote mbhcsf 22-7-2021 02:29 PM
nampak tak ketirisan security pendaftaran kad pengenalan salah guna i bahaya kan? u see stolen identity.

Quote MontanaHannah 22-7-2021 02:34 PM
Skuau replied at 22-7-2021 02:25 PM
Bahana memberi kerakyatan kpd warga asing  taun 70-an,80-an dan sekarang mungkin anak2 mereka ada yg ...



Betul apa ko kata tu
Quote Belibis 22-7-2021 02:40 PM
Aikk..yang kes kat kelantan denda murah .
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 02:52 PM
hantar jelaa balik, apa masalahnya? susah betullll! negara sebelah je pun.
haa ko takkan dapat privilege ni kat negara sendiri, memang tak nak balik wehhhhhh bila dah merasa malaya
Quote 3480 22-7-2021 02:55 PM
Denda n hantar balik leluhur
Tukang bg ic pon sama
Jga sgt geng leluhur elok p dok sana skali
Jail pon ok
Quote Gianna111 22-7-2021 02:58 PM
pichee replied at 22-7-2021 02:12 PM
Sape la dalang penjualan identiti ni

orang JPN itu sendiri sis. Dulu ada kenal indo beli IC untuk anak dia RM10k.saya tanya sapa dalang. dia bgtau la kerja kantor JPN.
Quote Skuau 22-7-2021 03:03 PM
nakkomenjugak replied at 22-7-2021 02:52 PM
hantar jelaa balik, apa masalahnya? susah betullll! negara sebelah je pun.
haa ko takkan dapat priv ...

aku pernh cadangkan selepas dihukum...PATI hanya dibenar tinggal dan 'MAKAN FREE' kat depot tu..selama 7 hari..pastu kedutaan mereka kena amik dan dihantar pulang...andai kedutaan tak kutip drng...maka selepas 7 hari 'makan free'...hari ke-8 dan seterusnya...tahanan ni cuma dibagi minum air paip jer....kalo nk makan jugak....kena beli sendiri(majikan,saudara,kedutaan usahakan).
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 03:16 PM
Skuau replied at 22-7-2021 03:03 PM
aku pernh cadangkan selepas dihukum...PATI hanya dibenar tinggal dan 'MAKAN FREE' kat depot tu..se ...

aku cold blooded sikit la dari ko. dari dia sampai yang bagi ic tu denda bla3, pastu dah berambus balik yendon, dengan yang jual ic tu sekali, delete nama dia dari jpn, ha duduk laaa ko kat yendon sana. nak perangai macam syial sangat jadik tukang jual negara, haaaa dengan2 kau pergi berambus sana. melutut 7 hari 7 malam pun, no excuses.
nasib dia tak hidup zaman dulu. bukan dia je, satu keturunan dia kena hukum
Quote nononcrux 22-7-2021 05:12 PM
Skuau replied at 22-7-2021 02:25 PM
Bahana memberi kerakyatan kpd warga asing  taun 70-an,80-an dan sekarang mungkin anak2 mereka ada yg ...

setuju... mereka ni la yang dalang
Quote Artemesiaa 22-7-2021 06:26 PM
Kalau dinegara lain pasti dah diarah balik
Quote gigahertz 22-7-2021 08:45 PM
mbhcsf replied at 22-7-2021 06:29 AM
nampak tak ketirisan security pendaftaran kad pengenalan salah guna i bahaya kan? u see stolen ident ...

ni kes kedua kan ?
tapi yang ni nampak cantk sikit.
Quote slyfynx 22-7-2021 09:20 PM
mbhcsf replied at 22-7-2021 02:28 PM
hmm....wahai  Malaysians sesiapa yg  tak dapat temujanji by 1st August ni you all pi ye, sebab i thi ...

Kami mmg anak tiri.
Daftar awal konon.
Haram x dpt pape.
Retis jgk yang diutamakan
Quote n3ar 22-7-2021 09:35 PM
ingat tak dulu kalau tak salah aku, ada pengarah ke apa JPN pulau pinang kena tahan sebab kes lambakan IC palsu ke cmne ntah...

yang ni hasil rasuah jual IC tu la kot? kes tu pun aku taktahu jadi apa , senyap jer
Quote cheezel 22-7-2021 09:41 PM
gigahertz replied at 22-7-2021 08:45 PM
ni kes kedua kan ?
tapi yang ni nampak cantk sikit.

la kes kedua dah ke.. igtkan kes haritu. senang malaysia dijual beli. celaka staff jpn. xde org dlm mmg xleh buat benda ni

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.138621 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top