CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Beli Rumah Lagi Bagus,"-Zizan Razak Menyesal Beli Ferrari

22-7-2021 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12529| Komen: 74

Description: “Beli kereta mewah awal-awal dulu.”
“Beli kereta mewah awal-awal dulu.”

Demikian kata pelakon dan pelawak Zizan Razak yang mendedahkan penyesalan terbesar sepanjang kehidupannya iaitu membeli kereta mewah, Ferrari pada usia muda.


Ibarat kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, pemilik nama lengkap Muhammad Razizan Abdul Razak itu memaklumkan, apa yang lebih penting sebenarnya adalah memiliki aset hartanah.


Foto: IG

“Ada sesetengah orang datang kepada saya (minta pendapat) sama ada nak beli GT-R atau Mustang, saya jawab ‘no’.

“Nasihat saya tak payah beli namun pada masa sama, kalau ikut (kemampuan) dia, tak adil kalau dia tak beli sebab itu mungkin target atau impian. Mungkin bagus mungkin tidak. Bagi saya, tak bagus untuk masa depan seseorang.


“Beli rumah, that’s like the best thing ever (Itu benda paling bagus),” katanya.



Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkongsi perihal rawak itu dalam satu siaran langsung (live) Instagram bersama Joe Flizzow, Fakkah Fuzz dan usahawan, Pak Din malam tadi.

Ujar Zizan, memiliki kediaman sendiri adalah satu pelaburan yang bijak berbanding tergesa-gesa membeli kereta mewah sewaktu berada di zaman puncak populariti.




“Rumah untuk hujung hari sementara kereta sekejap lagi GTR, selepas itu GTO dan mungkin GTB. Macam-macam jenis yang akan keluar (ketawa)

“Melabur kerana apabila kita tutup mata, duit tetap berjalan. Duit bekerja untuk kita,” katanya.

Terdahulu, sekitar tahun 2015, Zizan dilaporkan memiliki sebuah kereta mewah Ferrari model F430 berwarna kuning dianggarkan berharga RM1.5 juta selepas sahabatnya, kawannya, Tauke yang juga merupakan seorang pelawak berkongsi sekeping foto dalam Instagram. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketupatnasi 22-7-2021 11:29 AM
dek emmah flip hair sambil senyum sinis.
maring org khabo gini takmboh dengor.
lagi mung kate ke semek sorang neh wat semok hidup mung je awang wehh..sampai clash claim takde jodoh.
Quote arffa 22-7-2021 11:37 AM
sebab tu aku pakai viva zizan oi, janji tak menyewa dan rumah unruk disewakan pun ada
Quote exclusive_vvip 22-7-2021 11:39 AM
nasihat yg bagus..tapi kena tambah sikit, utk artis2 ni,kalu boleh bagi la abih bayar umah secepat mungkin(especially yg dpt payment lebat),jgn dok bayar bulan2  20-30 tahun mcm org makan gaji..
Quote mdhelmi 22-7-2021 11:48 AM
kalo aku prefer beli tanah buat rumah
Quote Skuau 22-7-2021 11:53 AM
ok apa beli keta mewah....boleh bawa mana2...semua orng boleh 'tengok'.
Quote Mulotkoyak 22-7-2021 11:54 AM
Just nak ckp je laaa.. Kete sport yg kaler kuning dlu yg dia pakai tu kawan aku yg bg yeee. Atas dasar bisness. Bkn dr duit die pun. Xcy tny die...
Quote pearl.silver 22-7-2021 11:57 AM
Sbb tu pentingnya pandai dlm education.
Quote hashashes 22-7-2021 12:09 PM
Pasal kete ni la dah zizan ni clash ngan em kan
Quote akuHavocczz 22-7-2021 12:25 PM
Laaaaa ingat dia ni one of artis malaysia yg kaya.. tak eh??
Quote ElizabedahTan 22-7-2021 12:28 PM
jadik besi burok ke bro.
Quote nononcrux 22-7-2021 12:47 PM
sebab dia pk mak dia ade rumah ke mcm mne.. hmm
Quote bellaa 22-7-2021 01:16 PM
nampaknya meols yg marhein ni lebih bijak & bernaseb baek dari zizang retis tersohor.
meols beli soho sebulan sebelum nikah ritu.

at least ada la property sendiri dari berkongsi dgn shuben.
Quote mizzmimi 22-7-2021 01:53 PM
Lom ade rumah ke jijang.. Dulu siap ade production house kan dia ne? Ke talent mngt?

Gaduh ngan exmanager sampai naik court tu ape citer ek?
Quote sleepandream 22-7-2021 01:54 PM
iols ada kenal sorang ni kuat main mesin... dia cakap semua duit dia dapat main mesin tu dia buat beli kereta mewah.... satu sen pun tak belanja untuk makan pakai katanya...
Quote thomas25 22-7-2021 01:59 PM
dah takde duit nak maintain lifestyle, dan dan la kata menyesal hmm
Quote naina 22-7-2021 02:01 PM
Tapi mesti Zizan pon dah beli rumah kan..sure 2,3 bji..Okla tuu
Quote tunangku 22-7-2021 02:06 PM
mizzmimi replied at 22-7-2021 01:53 PM
Lom ade rumah ke jijang.. Dulu siap ade production house kan dia ne? Ke talent mngt?

Gaduh ngan  ...

Dia dah ada rumah sendiri
Patut nya beli tanah+rmh lg banyak kot maksud dia..
Quote Kakopi 22-7-2021 02:18 PM
Edited by Kakopi at 22-7-2021 02:19 PM

moga bahagia dengan pilihan
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 03:57 PM
kalau aku banyak rezeki macam kau, memang rumah yang aku aim dulu. nak gak merasa deko rumah sendiri. terutama jenis loft ala2 korea tu. ahhh idamannnn!

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.059549 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top