"Muka breakout sikit dah label kena penyakit ain."
Pernah dengar penyakit ain? Ianya dikaitkan dengan pandangan memuji atau hasad hingga menimbulkan kesan buruk kepada mereka yang menerima pujian tersebut.
Terbaharu, trending di platform Tik Tok, ramai remaja yang mengakui terkena penyakit ain ini.
Mereka menyatakan perubahan wajah dari wajah polos kepada wajah berjerawat dan menggerutu, gara-gara penyakit ain ini.
Ianya membuatkan ramai netizen di Twitter tidak puas hati kerana ianya dijadikan trend semata-mata. Lebih penting, ianya bukan ain seperti yang didakwa.
Bagi netizen yang lebih matang, mereka menganggap trend sebegini perlu dihentikan. Terlalu ramai yang terikut-ikut memuat naik gambar sebelum dan selepas ditumbuhi jerawat serius lalu melabelkannya sebagai ain.
Sedangkan ianya lebih kepada perubahan hormon, kalau betul kena ain, mampu kah membuat video perubahan wajah itu?
Foto: Twitter
Mereka yang pernah terkena atau yang menjaga pesakit ain menceritakan bahawa ianya bukan perkara biasa. Hidup boleh hancur kerana perbuatan tersebut kerana mereka yang terkena penyakit ain ini biasanya akan hilang sendiri tanpa khabar kerana mahu berubat. Jadi, kehilangannya bukan berhari, mungkin memakan masa berbulan atau bertahun baru sembuh.
Foto: Twitter
Foto: Tik Tok
Ternyata penyakit ain bukan sembarangan untuk didakwa. Tetapi mengapa ramai remaja berlumba-lumba mengaku terkenanya? Nak sangat ke? - CARI
|