Isteri mana tidak bangga melihat kesungguhan suami mendalami ilmu bacaan Al-Quran. Begitulah perasaan Nur Risteena terhadap suaminya, Isa Khan yang bersemangat mengikuti kelas mengaji online.
Kelihatan aktres itu bangga betul melihat suaminya masuk kelas seawal pagi usai Subuh. "Saat ramai masih tidur sesudah subuh, suami saya pilih untuk mengaji Al-quran sambil video call dengan ustaz untuk pastikan bacaan yang dibaca itu betul," tulisnya di Instagram. Selain berkongsi video kelas mengaji Isa, Risteena memaklumkan suaminya semangat bangun awal untuk menunaikan solat sunat.
"Nak kumpul pahala di bulan Zulhijjah ni katanya. Puasa taknak tinggal 10 hari. Inilah suami saya. So proud to share this because I’m blessed to have you as my husband," ujarnya yang turut memaklumkan bahawa Isa akan menyambut ulang tahun kelahirannya esok. Di ruangan komen, Isa berhadap dikurniakan iman dan taqwa untuk memimpin isterinya ke syurga Allah SWT. Semoga pasangan ini berbahagia dan Isa dapat memimpin Risteena ke Jannah. - CARI
|
kakakpositifker replied at 14-7-2021 04:55 PM
Alhamdulillah, semoga ditetapkan iman,
tbh, ramai je kawan akak NAMPAK LUARAN DIA macam tak baik ...
dewimalam78: Naluri semulajadi kita nak kan suami islamik. Sejuk hati tgk suami solat dan baca quran. Walaupun sedikit2, tp kena hargai effort seseorg.
ADVERTISEMENT