CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Perut Semakin Membesar, Sesuatu Timbul Di Pangkal Ari-Ari

14-7-2021 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8552| Komen: 56

Kota Bharu: Keadaan perut semakin membesar seperti sarat mengandung menimbulkan kerisauan kepada Nur Nisah Husin selain berat badan menurun kepada 35 kilogram (kg) berbanding 53 kg, sebelum ini.


Nur Nisah, 51, berkata dia menyedari perutnya membengkak pada awal tahun lalu, namun menganggap ia hanya gastrik dan tanggapan itu juga disahkan oleh doktor termasuk tukang urut.


Foto: Harian Metro

"Bagaimanapun bermula April lalu, keadaan perut saya semakin membesar, tetapi tidak berasa sakit cuma sesekali rasa tegang dan seakan sesuatu timbul di pangkal ari-ari.

"Sepanjang sebulan sejak perubahan mendadak itu, saya hanya terlantar dan tiada selera makan, jika bangkit sekalipun hanya untuk solat sahaja," katanya ketika ditemui di Kampung Pantai Mek Mas, di sini, semalam.


Terdahulu, Nur Nisah menerima kunjungan Cempaka Merah Asnaf Society diwakili Che Norhayati Mohamed untuk menyampaikan sumbangan zakat dan barangan dapur.

Nur Nisah berkata, dia turut berjumpa dengan bidan kampung berhubung keadaan perutnya, tetapi diberitahu mungkin disebabkan peranakan bengkak dan angin medu.

"Bulan hadapan saya ada temujanji di hospital untuk menjalani rawatan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan berharap tiada apa-apa yang serius," kata ibu kepada tiga anak itu.



Menurutnya, dia kini mengharapkan suami A Rahman Salikan, 51, dan tiga anaknya untuk melakukan kerja rumah kerana keadaannya dirinya tidak berdaya.

Katanya, keluarganya juga diuji apabila anak kedua Muhammad Mikael Mizbani, 17, yang menghidap kanser tulang menyebabkan kaki kanannya dipotong sehingga ke paras pangkal paha pada Mei tahun lalu.

Sementara itu, Muhammad Mikael berkata, dia yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bimbang kerana tidak membuat persediaan.

Menurutnya, ini kerana dia langsung tidak dapat bersekolah pada tahun lalu, manakala hanya beberapa hari sahaja sempat menjejakkan kaki ke sekolah, tahun ini.

"Saya bercita-cita menjadi atlet, tapi memandangkan melihat keadaan diri sudah pasti impian berkubur, namun saya akan tebus kejayaan menerusi akademik," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Nur Nisah di talian 019-7498560. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 14-7-2021 09:53 AM
Innalillah.  Ini macam ovarian cancer.  Pernah tengok my mom's friend perut membusung macam ni dah.  Dah meninggal pun.  Di harap akak ni dapat sembuh seperti sediakala.
Quote Minami2013 14-7-2021 09:54 AM
Teringat cerita zaman kecik2 dulu psl perempuan kena fitnah mengandung sekampung. Dia kerja kat sawah, rupanya perut kena masuk lintah yg beranak pinak dlm perut. Scary.

Harapnya dia tak de penyakit yg serius lah.
Quote Megikari 14-7-2021 10:05 AM
Nak kena tunggu bulan depan baru dpt jumpa doc. Kesian akak ni
Quote Suchi 14-7-2021 10:07 AM
Napa lama sangat TCA dia, jenuh la nak tanggung seksa lagi.
Susah la yek sepital skrg pun penuh sana sini, ada duit boleh la nak cek kat private.
Quote Suchi 14-7-2021 10:10 AM
Samerosie replied at 14-7-2021 09:53 AM
Innalillah.  Ini macam ovarian cancer.  Pernah tengok my mom's friend perut membusung macam ni dah.  ...

Fibroid pun besar juga kan? Akak ni dah 51 rasanya dah menopos kan.
Mulanya ingat dia kena busung or barah hati tp tgk mata tak kuning.
Quote kuzaime 14-7-2021 10:51 AM
harap2 akak ni cepat2lah ke hospital. Dalam masa sebulan aje perut naik besar macam tu.
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 10:51 AM
semoga cepat sembuh
Quote naina 14-7-2021 10:55 AM
Kesiannya..semoga cepat dapat rawatan dan cepat sembuhh
Quote Tinot7 14-7-2021 11:02 AM
Minami2013 replied at 14-7-2021 09:54 AM
Teringat cerita zaman kecik2 dulu psl perempuan kena fitnah mengandung sekampung. Dia kerja kat sawa ...

Nak masuk peyut, bkn ke kena makan dulu?
Ke lintah masuk tmpt lain?
Quote minahmanja 14-7-2021 11:21 AM
Minami2013 replied at 14-7-2021 09:54 AM
Teringat cerita zaman kecik2 dulu psl perempuan kena fitnah mengandung sekampung. Dia kerja kat sawa ...

iye betul.. apa tajuk citer ni beb.. nk try cari kat youtube
Quote nini_azmi 14-7-2021 11:22 AM
Minami2013 replied at 14-7-2021 09:54 AM
Teringat cerita zaman kecik2 dulu psl perempuan kena fitnah mengandung sekampung. Dia kerja kat sawa ...

Ya Allah sis. Sy mmg ingat cerita ni smpi skrg. Time tu sy sek ren kot
Quote minahmanja 14-7-2021 11:22 AM
Tinot7 replied at 14-7-2021 11:02 AM
Nak masuk peyut, bkn ke kena makan dulu?
Ke lintah masuk tmpt lain?

tk silap aku situasi dia mcm dduk kampung.. so lintah tu masuk dr kaki kot.. tepi sawah ke apa tah... lupa

Quote supermum 14-7-2021 11:28 AM
Tinot7 replied at 14-7-2021 11:02 AM
Nak masuk peyut, bkn ke kena makan dulu?
Ke lintah masuk tmpt lain?

Masuk dari dubur kot. eeeeee
Quote ellejo 14-7-2021 11:33 AM
dah jadi mcm tu tak boleh ke dipercepatkan?
Quote Minami2013 14-7-2021 11:52 AM
Tinot7 replied at 14-7-2021 03:02 AM
Nak masuk peyut, bkn ke kena makan dulu?
Ke lintah masuk tmpt lain?

Dari bawah lah. Sbb keje kat sawah. Tak pakai panties la agaknya kot.
Quote Samerosie 14-7-2021 11:57 AM
Suchi replied at 14-7-2021 10:10 AM
Fibroid pun besar juga kan? Akak ni dah 51 rasanya dah menopos kan.
Mulanya ingat dia kena busung ...

Tu lah.  Baca macam cancer runs in the family, anak dia pun kanser tulang?
Quote Minami2013 14-7-2021 12:02 PM
minahmanja replied at 14-7-2021 03:21 AM
iye betul.. apa tajuk citer ni beb.. nk try cari kat youtube

I pun tak pasti.. i google ada thread psl drama ni pernah dibincangkan.

https://malay.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=881380
Quote Minami2013 14-7-2021 12:03 PM
nini_azmi replied at 14-7-2021 03:22 AM
Ya Allah sis. Sy mmg ingat cerita ni smpi skrg. Time tu sy sek ren kot

Sama la. Sekolah rendah masa tu. Mmg lepas tu takut gila dgn binatang2 ala2 lintah termasuk pacat.
Quote Tinot7 14-7-2021 12:12 PM
minahmanja replied at 14-7-2021 11:22 AM
tk silap aku situasi dia mcm dduk kampung.. so lintah tu masuk dr kaki kot.. tepi sawah ke apa tah ...

Eeeiii.. masuk kaki pastu masuk darah ka?.. pastu terdampar kat mana2 dlm peyut tuh.. eeeiii

Tapi bkn lintah la.. mungkin cacing ka..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.196138 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top