CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rumah Bau Kemenyan, Ular Tedung Masuk,"- Dah 5 Tahun Keluarga Khatijah Tan Terkena Buatan Orang

12-7-2021 11:36 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 22303| Komen: 140|Original author: Oleh: Saiful

Dah lima tahun hidup Mikaeil Andre diselubungi kisah misteri dan pelbagai kejadian aneh.

Kata Mikail yang juga anak kepada Khatijah Tan ini, dia dan keluarga dah tak tahan kerana gangguan semakin kerap dan mengerikan.



Foto: IG

"Gangguan mistik yang dialami ini bukan baru berlaku, sebenarnya lama dah cuma kami tak expose je. Tapi kini semakin teruk... ia berlaku hari demi hari.

"Mula-mula cermin tingkap jenis sliding pecah, hari berikutnya pula anak saya pecahkan gelas... jadi ia seperti ada perkara tak elok.

"Tiga hari lepas tu ada ular tedung senduk besar masuk dalam rumah sampai meremang bulu roma bila kejadian tu berlaku," katanya kepada mStar.



Foto: mStar

Perkara itu juga turut dikongsikan melalui Facebook miliknya.

Di ruangan komen, peminat terkejut dengan pendedahan berkenaan.

Mikail kata dia sedar kehidupannya mula diganggu selepas pulang dari shooting lima tahun lepas.

Dia dan abangnya, pelakon Pierre Andre ada mendapatkan rawatan perubatan Islam.

"Saya dan abang pergi berubat, ustaz kata kami diganggu oleh benda halus dari set penggambaran tu.

"Baru-baru ni pula saya dan mak tengah makan dekat ruang tamu, lepas itu kami terhidu bau kemenyan. Apa yang pelik ialah hanya saya dan mak je yang bau, ayah pula tak hidu apa-apa.

Mikail dan Pierre, Foto: mStar

"Ustaz kata ada orang yang tak puas hati hantar sesuatu kepada keluarga saya, tapi tahu dia tuju kepada siapa."

Walau bagaimanapun Mikail tak mahu menuduh mana-mana pihak.

"Walaupun ustaz beritahu ini buatan orang tapi kami tak syak siapa-siapa pun sebab tak ada musuh dan tak pasti dari siapa.

"Apa yang boleh kami buat hanya ikhtiar dan banyakkan amalan wajib." -CARI

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 12-7-2021 11:50 AM
Dah bersedia nk masuk nerakakah org2 yg berani amalkn benda2 syirik cmni
Quote matbad 12-7-2021 11:52 AM
org kita dan mistik berpisah tiada
Quote exclusive_vvip 12-7-2021 11:55 AM
matbad replied at 12-7-2021 11:52 AM
org kita dan mistik berpisah tiada

bukan org kita je..org cina pun kuat jugak mak esah2 ni..iols tau la sbb penah keje ngan ramai cina..
Quote sukacactus 12-7-2021 11:57 AM
Smlm tgk kat youtube bros ni, ada pierre citer
Mulanya dr masa mak dia buka butik kat ipoh, ada yg dengki
Quote mehmet 12-7-2021 11:58 AM
Harj itu waktu pagi pun Ada bau kemenyan. Kuat blkg kereta. 3 hari bau. Apakah maksud ini ?

Jiran2 pun Ada yg terbau. Tanya Rumah mana.
Quote mehmet 12-7-2021 12:00 PM
primarikey replied at 12-7-2021 11:50 AM
Dah bersedia nk masuk nerakakah org2 yg berani amalkn benda2 syirik cmni

Dah ready itu yg seronok laknatullah orang.

Kalau Tak ready, Tak kan buat.
Quote mehmet 12-7-2021 12:01 PM
Aku petbav bau bakhoor Arab. Adakah ini style terbaru Bakar ?
Quote kucingitam 12-7-2021 12:06 PM
ini confirm berdarah campuran peranchis pun takde peghak macam mek yg satu tu.. ahaha ot sket.. btw, ape je lah nak dengki2 manusia ni ya...durjana betul..
Quote lyshafull 12-7-2021 12:20 PM
Org turki pun kuat santau2 ni dyrg lagi teruk sbb iolls tertgok cerita dabbe
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 12:22 PM
matilanakkkkk... asal sukses sikit adaaaaa je bangsad terkutuk nak anta setan. selayaknya bangsad gini pergi mati kat kandang babi biar bekubo kat perut babi tu.
Quote dino 12-7-2021 12:35 PM
lyshafull replied at 12-7-2021 12:20 PM
Org turki pun kuat santau2 ni dyrg lagi teruk sbb iolls tertgok cerita dabbe

turki lg ganas weh.. tgk movie diorg psl black magic
Quote dino 12-7-2021 12:36 PM
nakkomenjugak replied at 12-7-2021 12:22 PM
matilanakkkkk... asal sukses sikit adaaaaa je bangsad terkutuk nak anta setan. selayaknya bangsad gi ...

korg klau share apa2 kat fb pun org bkeh dengkk
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 12:49 PM
dino replied at 12-7-2021 12:36 PM
korg klau share apa2 kat fb pun org bkeh dengkk

sebab tu laa malas da nak main fb ig bagai. mungkin sebab hidup iols boring sangat kot takde benda nak dishare
Quote cha-cha 12-7-2021 12:52 PM
Yang pelakon laki sorang tu yang mcm ada bekas garis luka kat muka tu adik beradik dorang ni jugak ke? Dia byk berlakon bawak watak berat.
Quote naina 12-7-2021 12:54 PM
Oh Khatijah Tan ada suami
Ingat janda
Dan ingat Pierre andre anak tunggal
Quote dino 12-7-2021 01:05 PM
nakkomenjugak replied at 12-7-2021 12:49 PM
sebab tu laa malas da nak main fb ig bagai. mungkin sebab hidup iols boring sangat kot takde benda ...

share ngan family je haa
ni check in masuk hotel stp ruang tunjuk haha
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 01:06 PM
dino replied at 12-7-2021 01:05 PM
share ngan family je haa
ni check in masuk hotel stp ruang tunjuk haha

hihihihihihi tu mengundang sangat. "aku hadooo, kau hadooo???" kekdahnya  
Quote elnor_81 12-7-2021 01:12 PM
kucingitam replied at 12-7-2021 12:06 PM
ini confirm berdarah campuran peranchis pun takde peghak macam mek yg satu tu.. ahaha ot sket.. btw, ...

Dia mmg berdarah france ke?
Quote ellZack 12-7-2021 01:23 PM
elnor_81 replied at 12-7-2021 01:12 PM
Dia mmg berdarah france ke?

Kalau ikut Wikipedia Khatijah Tan, memang France suaminya.

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.099679 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top