Menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3, pelakon Tasha Shilla dan suaminya, Muhammad Atiq Idris telah diundang sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan topik bertajuk ‘Seksa Berpantang Demi Siapa?’ bersama penonton.
Berkongsi cerita secara virtual, Tasha atau nama lengkapnya Natasha Sheila Abdul Razak antara lain turut berkongsi pengalaman menjalani tempoh berpantang setelah selamat bergelar ibu pada 24 April lalu. Menurut Tasha, dia sering alami situasi perasaan dan emosi mudah sensitif terhadap kebanyakan perkara di sepanjang tempoh kehamilan serta ketika berpantang. "Saya berasa lebih sensitif, kalau ada apa-apa sahaja yang berlaku mesti saya akan rasa cepat tersentuh sebab ada naluri seorang ibu.
"Tambahan pula kalau bab anak, memang akan cepat sensitif sebab kita nak semua yang terbaik untuk anak kita. Perasaan sensitif tu masih ada walaupun dah bersalin, sikit-sikit rasa nak menangis,"katanya.
|
umbut replied at 12-7-2021 11:47 AM
Baguslah... Syukur dah kahwin dah ada anak... Nasib x kahwin ngan tomoi tatu dulu...
umbut replied at 12-7-2021 11:47 AM
Baguslah... Syukur dah kahwin dah ada anak... Nasib x kahwin ngan tomoi tatu dulu...
primarikey: Baca pasal dia mst tingat acik porem gelar dia "tetek senget" dulu...punca ape x ingat
ADVERTISEMENT