CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Simpanan Atau Mencair - Buat Apa Dengan Duit Moratorium?

6-7-2021 01:53 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4180| Komen: 20|Original author: Oleh: Natrahn



Pandemik COVID-19 serta pelaksaaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak lebih setahun lalu sememangnya memberi tekanan kewangan kepada rakyat.

Selaras dengan ini, kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) menyahut permintaan rakyat untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman, atau moratorium, kepada lebih ramai pihak.

Kredit Foto - Facebook Azizul Azli Ahmad

Cadangan pemberian moratorium itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan aktif dibincangkan di media sosial dalam mengulas soal releven atau tidak.


Namun, menurut pengguna Facebook iaitu Azizul Azli Ahmad selaku individu yang kerap membincangkan soal kewangan tampil berkongsi lima tip berguna dalam memanfaatkan duit moratorium yang dipohon. 

1. Buat simpanan Dana Kecemasan 

Kredit foto - rileklah.com

Jika kita ada hutang tertentu, ansuran hutang itu boleh dijadikan simpanan kecemasan serta boleh juga untuk belian barang keperluan asas. 

Namun, jika masih ada gaji, sila lah guna duit gaji untuk membeli barang keperluan asas kerana sebaiknya dana kecemasan ini digunakan apabila kecemasan sahaja!

2. Boleh bayar baki hutang kad Kredit

Kredit foto - DUITKERTAS

Sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit, sebaiknya duit duit Moratorium dimanfaatkan untuk melangsaikan hutang ini secara berperingkat. 

Ini kerana kadar faedah kad kredit sangat tinggi sekirat 12-15%. 

3. Ambil kembali emas yang dipajak di Ah-Rahnu

Kredit foto - Kosmo

Untuk info, kadar yang dikenakan oleh Ah-Rahnu biasanya sebanyak 7.85% bagi tempoh 6 bulan. Ia akan menjadi 15.7% sekiranya tempoh simpanan mencecah sehingga setahun. 

Jadi, adalah lebih baik ambil simpanan emas anda di mana-mana pajak gadai sebelum ini dan simpan sendiri di rumah kita.

4. Selesaikan mana-mana hutang yang mampu

Kredit foto - Vocket

Sekiranya anda sudah mempunyai dana kecemasan, gaji dan tempat kerja yang stabil, duit Moratorium ini boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang yang mempunyai jumlah baki yang paling kecil menggunakan teknik snow ball.

5. Laburkan kembali

Kredit foto - Perwarisan Perniagaan

Kaedah ini hanya sesuai dilaksanakan sekiranya anda mempunyai ilmu mengenai pelaburan yang bakal anda ceburi. 

Pastikan anda kuasai pelaburan tersebut baru melabur, jangan baru dengar semalam terus nak labur disitu.

Kredit foto - Labur Santai

ika anda bijak mengatur kewangan, moratorium turut memberi peluang kepada masyarakat untuk menyimpan dan mengurangkan beban hutang mereka.

Jadi, tepuk dada tanya selera bagaimana cara kita menggunakan wang dalam tempoh moratorium.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 6-7-2021 01:54 PM
Nak tanya...moratorium kali ni perlu apply ke atau automatik macam yang dulu?
Quote nakkomenjugak 6-7-2021 02:49 PM
Kena bayar interest jugak ke camne tu?
Quote isseliparjepun 6-7-2021 03:10 PM
imransulaiman replied at 6-7-2021 01:54 PM
Nak tanya...moratorium kali ni perlu apply ke atau automatik macam yang dulu?

Tak silap kena apply untuk yang personal loan, start 7hb. Kalau Bank Islam dulu dia bagi mesej tanya kita nak mora ke tak. Kalau nak, reply mesej tu and automatik dia applied.
Quote imransulaiman 6-7-2021 03:26 PM
isseliparjepun replied at 6-7-2021 03:10 PM
Tak silap kena apply untuk yang personal loan, start 7hb. Kalau Bank Islam dulu dia bagi mesej tan ...

Oooo nanti dia hantar mesej macam dulu tu.. Makaseh
Quote sarahmirza 6-7-2021 03:31 PM
isseliparjepun replied at 6-7-2021 03:10 PM
Tak silap kena apply untuk yang personal loan, start 7hb. Kalau Bank Islam dulu dia bagi mesej tan ...

Kalau nak continue bayar macam biasa je la kan? Tak payah inform bank
Quote isseliparjepun 6-7-2021 06:18 PM
sarahmirza replied at 6-7-2021 03:31 PM
Kalau nak continue bayar macam biasa je la kan? Tak payah inform bank

Ha a kalau nak continue bayar tak perlu apply rasanya. Sebab dia tak automatik kan.
Quote lurve82 7-7-2021 07:25 AM
Xtahu lg nk mohon ke tak…
Quote mawar_mustika 7-7-2021 09:48 AM
hr tu opismate i ada tanya bank...dr penerangan die mcm rugi je....for me kalau sape yg xterkesan gj still jln sebaiknye xperlu ambk pun
Quote ninjago 8-7-2021 10:23 AM
mora kali nie kena apply. dia akan kasi option 6 months, 50% reduce for 6 months, atau nak 3 months je. dia akan luluskan tanpa syarat. tapi kena sign agreement baru. tapi kena ingat, 6months mora bukan interest-free. interest akan compound samada kat final instalment atau, dia adjust terus kat bulan2 lepas mora period. kira instalment amount lepas nie akan naik sikit.
Quote hashashes 8-7-2021 11:55 AM
Kalau gaji ko tak kena potong still jalan mcm biasa bulan2, bayo je lah macam biasa. Mora kali ni bukan macam mora 1.0 hari tu. Kali ni punya ada accrued interest
Quote hashashes 8-7-2021 11:56 AM
Yang mora 1.0 hari tu memang untung, boleh buat savings nasib baik aku takde hutang credit card bagai
Quote anony-mous 8-7-2021 03:37 PM
ninjago replied at 8-7-2021 10:23 AM
mora kali nie kena apply. dia akan kasi option 6 months, 50% reduce for 6 months, atau nak 3 months  ...

Klau mcm ni bukan mora auto mcm pkp1.0 . Bodoh betul. Harini je almost 9k cases. Gi mati la menteri2 ni tau mkn duit haram je
Quote ninjago 8-7-2021 04:57 PM
anony-mous replied at 8-7-2021 02:37 PM
Klau mcm ni bukan mora auto mcm pkp1.0 . Bodoh betul. Harini je almost 9k cases. Gi mati la menter ...

kira temporary relief je at a cost kan.
Quote supernaturalee 9-7-2021 10:40 PM
Mcm nk ambik je
Utk point no 1

Ye, scroll blik kt ats utk tau ape point no 1

Quote Mikaella 16-7-2021 02:02 PM
Dapat mora 555 tapi bukannya extra pun sebab gaji dipotong 30% so sama je - seri
Quote fezy 18-7-2021 12:50 AM
aku ambik sbb no 1.
pastu nak setelkan cc yg buat installment suma tu, n call bank nak reduce cc limit.

doakan aku berjaya jd bijak manage duit
Quote exuwan 27-7-2021 10:56 AM
Ambil mora, tak tahu lepas 6 bulan ada kerja lagi ke tak.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.080962 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top