Peningkatan kes Covid-19 di Indonesia menyebabkan permintaan untuk ubat cacing meningkat dalam kalangan rakyat negara itu. Menurut laporan Suara.com semalam, penduduk republik itu percaya penggunaan ubat cacing dapat membantu mengubati Covid-19.
Ubat yang digunakan untuk menghalang jangkitan cacing parasit dalam tubuh manusia dan haiwan itu semakin mendapat permintaan di farmasi di seluruh negara. “Buat masa ini, stok ubat cacing habis. Sebelum ini, kami jarang menambah stok ubat tersebut kerana tidak ramai yang membelinya,” kata seorang ahli farmasi di Bandung, Heri Hermawan. Selain ubat cacing, Heri berkata, terdapat juga ubat-ubatan lain dan makanan tambahan yang menjadi permintaan orang ramai. “Antaranya adalah vitamin C dan D serta oksigen. “Kedua-dua stok vitamin masih ada, namun stok oksigen telah habis dan kami belum menerima bekalan baharu,” ujarnya.
Sumber: Kosmo!
|
salmon-suki replied at 4-7-2021 10:37 PM
"“Antaranya adalah vitamin C dan D serta oksigen.""
Oksigen tu,refer pd apa?
salmon-suki replied at 4-7-2021 10:37 PM
"“Antaranya adalah vitamin C dan D serta oksigen.""
Oksigen tu,refer pd apa?
Samerosie replied at 4-7-2021 10:42 PM
Maybe yg botol oxigen yg mcm kita tengok kat movie omputih orang tua duduk wheelchair lelah dok ...
harkktuih replied at 4-7-2021 11:13 PM
Medical oxygen tank kot.. Yg portable then boleh refill..
insulin replied at 4-7-2021 11:24 PM
Duta ubat cacing dalam forum Cari ini pasti merasa sangat bangga dengan berita ini.
dani-rox replied at 5-7-2021 12:28 AM
ni ubat cacing boleh kongsi dgn anjing dan kucen sekali kan
family pack gittew
nakkomenjugak replied at 5-7-2021 01:33 AM
satu kotak ke yang nak ditelannya?
ADVERTISEMENT