Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan luahan rasanya terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini. Kongsi Aliff menerusi kapsyen panjang lebar di Instagram, dia mengakui kian bosan untuk duduk di rumah kerana ia secara tak langsung boleh menjejaskan komitmen bisnesnya yang melibatkan beratus-ratus kakitangan. Dia pada masa sama turut simpati dengan pelbagai kisah yang menimpa sesetengah individu ketika ini. Bagaimanapun meninjau ke ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian pengasas kosmetik yang pernah melahirkan beberapa single lagu itu.
Antaranya, ada yang berseloroh bertanya sama ada video tarian yang dimuatnaik adalah kesan sampingan dos suntikan vaksin dan sebagainya. Paling menarik perhatian, ada juga yang kagum memlihat ruang bilik airnya yang ‘mega’ dan luas! Sumber: Media Hiburan
|
I.K.A888990 replied at 30-6-2021 05:37 PM
isteri dia ni pn bole kira agak ting tong juga la kan sampai sanggup setia dgn si alip ni..hmmmm
djzara81 replied at 30-6-2021 04:50 PM
Aku lagi kesian org yg berkurung dok menyewa bilik or rumah kecil. Pi mai pi mai dlm tu gak. TokRi p ...
ADVERTISEMENT