CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

3 Hari Tutup Telefon Sebab Elizad Kecewa Dihina Mandul

29-6-2021 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2794| Komen: 9

Selepas tiga hari mendiamkan diri berikutan isu dihina mandul, pelakon Siti Elizad akhirnya kembali dengan keadaan ceria berserta aura positif.

Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37, mengaku bukan mudah melupakan apa yang berlaku dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.


Kredit foto: IG


"Selepas tiga hari tanpa telefon, saya kembali dengan kehidupan yang positif. Ceria seperti selalu. Terima kasih kepada anda semua atas sokongan dan doa.

"Maaf untuk keluarga jauh dan dekat, kawan-kawan serta mereka yang saya tak jawab panggilan atau WhatsApp. Harap anda semua memahami, bukan mudah untuk saya dan keluarga melalui perkara ini.




"Sesuatu yang bukan mudah untuk maafkan dan melupakan. Rahmat di sebalik ujian," kata Elizad.



Pada Rabu lalu, Elizad membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akuan Facebook yang menghinanya kerana mempunyai masalah gangguan kesuburan.

Menurut Elizad dia cukup terkesan apabila dituduh sebagai mandul hanya kerana usahanya untuk mendapatkan zuriat belum dimakbulkan.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Bila Cupid Jatuh Cinta ini memberitahu dia tidak dapat menerima orang yang membenci seseorang tanpa sebab.



Sama seperti orang lain yang bekerja keras, Elizad berkata dia menjejak kaki ke dalam industri seni hanya untuk mencari rezeki.

"Tak boleh terima dengan orang yang sangat mudah tak suka orang tanpa sebab. Saya datang dalam industri ini sebab nak cari rezeki. Allah beri kelebihan kat sini.

"Tak kacau orang pun. Berlakon, buat hosting, jadi penyampai radio. Andai kata tak suka, tiada paksaan pun. Masing-masing ada pilihan. Boleh komen dan kritik, janganlah sampai menghina.

"Kita ini semua sama saja, tak ada beza. Saya pun macam orang lain, pergi kerja, balik kerja, cari rezeki, bekerja keras dari muda sebab nak gembirkan orang tua.




"Pergi pasar, lepak gerai, tak ada langsung rasa nak poyo-poyo. Bersihkan hati, berlapang dada... Allah berikan rezeki berganda-ganda. Have a good heart," ujarnya.

Untuk rekod, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pada November tahun lalu namun masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Pelakon drama bersiri Jalan Sesat Ke Syurga itu mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-6-2021 12:16 PM
Ke upah orang tu post mandul untuk naikkan nama balik?
Yg konon ada retis cerita orang bagi gambar ciknek pun iols macam susah nak caya, sebab hati naluri iols kuat mengatakan dia diupah / account ig retis tu sendiri.

Tapi kalau betul, memang tak patut...
Quote aammyy 29-6-2021 12:21 PM
Kurex replied at 29-6-2021 12:16 PM
Ke upah orang tu post mandul untuk naikkan nama balik?
Yg konon ada retis cerita orang bagi gambar  ...

Ingatkan setakat tinggalkan komen. Bila slide ke kiri, siap post mcm tu. Teruknya perangai.
Quote exclusive_vvip 29-6-2021 12:22 PM
gmbo dia baju putih tu, mcm zoey Rahman pulak
Quote exclusive_vvip 29-6-2021 12:34 PM
btw, semangat dah pulih ok lah tu..moga dikabulkan doa2 elizad..cuma iols harap,lepas2 ni elizad jgn terlampau pikir sgt ye psl anak tu..sbb iols yg dah 12 tahun x dpt anak ni,setakat ni xde lah tahap stress bebeno..my cuzen n colleagues yg berbelas tahun takde anak pun chill2 je...elizad ni, nampak mcm takut beno pada masa depan kalu xde anak, dia mcm asyik dok pikir nanti takde org nak jaga,takde org nak doakan...semua tu kita letak saja di tangan Allah..kalu x sanggup hadap kata2 orang, better jgn share apa2 proses nak anak ni..diam2 je buat ivf semua tu..kang org bg cadangan itu ini,dia jugak yg koyak..takpun turn off je comment kat socmed tu..btw, I x nafikanlah mmg ada mulut2 puaka yg x faham psl org susah dpt anak ni..harap elizad mampu kuatkan emosi
Quote Oroi8887 29-6-2021 01:32 PM
Kesiannya. Mmg sedih klu org cakap2 psl anak ni. Sabar la elizad. Semoga ada rezeki utk mu.
Quote dudaberhias 29-6-2021 01:38 PM
Edited by dudaberhias at 29-6-2021 01:42 PM

elizad sepatutnya tak payah kisah sangat la pasal orang kata mandul semua tu...
dekat malaysia ni memang macamtu... tak beranak atau takde anak je mandul...

lepastu baru kahwin 3 hari dah tanya bila nak ada anak...
dekat negara luar first world kemiskinan rendah tu ko nak ada anak ke tidak takde sape kesah...
kemiskinan pun tak seteruk malaysia di mana yang betul2 miskin selalunya yang anak berderet2.

tu semua sebab makhluk2 sekeliling yang sibuk tanya orang bila nak ada anak la tu... sampai menggangu emosi... last2 beranak sampai 9 eko... katanya sebab itu je hiburan yang ada... padahal masyrakat sekeliling pun memainkan peranan sebab memang dekat sini jenis sibuk nak orang lain ada anak... padahal bukan dia yang sponsor atau bagi duit pun untuk orang tu besarkan anak2... tapi gigih macam ko yang akan tanggung anak orang tu sampai ke besar..

tengok penyanyi hollywood macam justin bieber pun tak gigih nak ada anak lagi... takde sape heran pun...
Quote lattehazelnut 29-6-2021 03:31 PM
Xpayah amik pot la komen camtu..
Private insta.. buat hal sendiri..
Xyah pening2 dgn netizen..
Kalau setiap komen nak terasa susahlah..
kang org da xsimpati, jd meluat..
Quote MakcikLaksa 29-6-2021 05:11 PM
Mandul apanyaa.. Ijad ni pernah pregnant la aritu kejap. Tp xda rzeki dia keguguran. Mandul tu kalau xleh pergnant langsg. Tu pn xtau beza ke sblm nk ngata org

Quote chinta89 30-6-2021 12:19 AM
Sb ape? Sb mak pak dari zaman tok nenek mmg azali suka tanya psl anak suka sibuk psl zuriat bila org kawin lama sketttt tp blm pregnant. Sampai bebila perangai ni x berubah. Maka kita skg ajarilah diri dan anak supaya jgn terbawak lagi bercakap benda mcm nih. Kot  tgk
Tgk drama melayu, sikit psl mak mentua x suka menantu sb xde zuriat. Dlm setahun tu mesti ada la kezzah hazab mcm nih.. Sampai ajm yg sama je modalnya.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.041292 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top