CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

9 Bulan Je, Khalid Jamlus Terpaksa Gulung Tikar

29-6-2021 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17578| Komen: 107

Kuala Lumpur: Selepas sembilan bulan beroperasi, akhirnya bekas pemain kebangsaan, Khalid Jamlus terpaksa menutup perniagaannya di Lepak Court, Batu 7, Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.


Khalid yang mengusahakan gerai daging salai masak lemak tidak dapat meneruskan perniagaan itu yang dipercayai disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi kesan ekoran ketiadaan pelanggan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, dia mengakui terpaksa menutup kedainya itu selepas ini.


Foto: FB

"Tikar yang kami bentang, tikar tu jugak kami terpaksa gulung," tulisnya di akaun rasmi Khalid Jamlus.

Selain daging salai yang sinonim dengan keluarganya, Khalid turut menyediakan menu seperti set siakap dan ayam goreng kampung.


Sebelum ini Khalid dilanda kontroversi berkaitan masalah kewangan sehingga terpaksa menjual segala koleksi peribadi seperti jersi, medal dan kasut emas miliknya.

Foto: FB

Paling mencuri tumpuan peminat sudah pastinya kasut emas yang mahu dijualnya di mana pada September lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membelinya pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Kasut emas itu dimiliki Khalid selepas meledak 17 gol ketika bersama Perak pada 2002. -CARI

Sumber: Harian Metro

2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 28-6-2021 09:26 PM
klu salah bod x ssuai mohon movekan tq
Quote TuntungReturn 28-6-2021 09:30 PM
dia ada nama. daging salai tu jual online dh ok. org ada nama mesti laku dia jual.
Quote xpdckelate 28-6-2021 09:33 PM
Raline replied at 28-6-2021 09:26 PM
klu salah bod x ssuai mohon movekan tq

tak salah masih berkisar tentang isu semasa
Quote uori 28-6-2021 09:35 PM
TuntungReturn replied at 28-6-2021 09:30 PM
dia ada nama. daging salai tu jual online dh ok. org ada nama mesti laku dia jual.

betul tu, dan kalo sedap, memang senang laku. banyak je contoh yang ada kan
Quote Raline 28-6-2021 09:52 PM
xpdckelate replied at 28-6-2021 09:33 PM
tak salah masih berkisar tentang isu semasa

perggg nti claim teh ais
Quote makita 28-6-2021 09:53 PM
Niaga gerai boleh gulung tikar ke? Gerai xde dinding sebulan berapa je sewanya.
Quote Orix 28-6-2021 09:55 PM
aiyoh. bukak la kt tempat strategik. nama dh ada. kalo bukak kt tgah2 KL tu even PKP xleh dine in, kalo ada food delivery esp foodpanda or grabfood confirm laku
Quote xpdckelate 28-6-2021 09:56 PM
Raline replied at 28-6-2021 09:52 PM
perggg nti claim teh ais

teh ais madu ye
Quote monreyes 28-6-2021 09:56 PM
knp x jual daging salai mentah tu pulak.. ramai yg buat
Quote Herlina 28-6-2021 09:57 PM
TuntungReturn replied at 28-6-2021 09:30 PM
dia ada nama. daging salai tu jual online dh ok. org ada nama mesti laku dia jual.

Betul tu dan penggemar daging salai ni pun bukan seorang dua.
Kalau ada yg jemu pun, mesti ada org lain yang suka.

Quote mclaren 28-6-2021 09:58 PM
Kenapalah di up kan gambar tu. Buka kedai dalam pandemik lepas tu bergambar dengan pelanggan tanpa mask dan tak berjarak.

Patut simpan je la pic tu. Atau lebih baik pakailah mask kan boleh berjangkit.
Quote kelapaparut 28-6-2021 10:00 PM
nak mniaga ape pulak pemain bola kite ni, main bola ni mase mude sihat hot hot mcm tu laku la, bile tua ramai yg gelandangan hidup merempat, bjimat la simpan duit, kalu ade name gunekanlah utk bniaga jd influncer ke duta produk ke buat youtube mcm sugu pavithra ke ape2 lah
Quote dudaberhias 28-6-2021 10:00 PM
9 bulan maknanya dia baru bukan tahun lepas zaman pandemik...
tolong la fikir 2-3 kali nak buka bisnes lagi2 sektor yang terjejas akibat pkp...

orang waktu ni semua nak simpan cash dik... nak buka bisnes time2 pandemik ni memang tak di sarankan langsung...
Quote timah03 28-6-2021 10:02 PM
Guna lah foodpanda...
Kat Kajang ni, ramai gerai hidup sbb guna foodpanda... Banyak order pula tu... Roti canai sampai beli 30keping....
Quote brownstone 28-6-2021 10:02 PM
Zaman pandemik ade ke yg berbelanja utk mkn premium cam daging salai...????

Muntri pasola pon mkn megi 2 minit "segera".
Quote SalenaGomez 28-6-2021 10:02 PM
Kalau based rege kat banner tu n area kawasan dia menjual tu, boleh tahan mahal…harga x masuk nasi lagi

Kalau jual kat KL rege tu maybe ok
Quote lazim 28-6-2021 10:03 PM
TuntungReturn replied at 28-6-2021 09:30 PM
dia ada nama. daging salai tu jual online dh ok. org ada nama mesti laku dia jual.

Khalid ni eksyen zmn star dulu..  Eh menantu ang zack kn..  Xdptvtempias kekayaan pak mntua ke
Quote bakingsoda 28-6-2021 10:07 PM
bunyi mcm alasan malas je, atau marketing nak org pujuk jual online pastu berduyun2 datang support beli. padahal jual makanan benda yg laku tak kira masa.
Quote drivethru 28-6-2021 10:21 PM
Masalah pkp satu hal. Tapi aku rasa, dia ni lebih kepada pemalas. Sebelum ni pun, dia mmg pemalas. Malas buat marketing, malas berusaha. Dia ingat dgn bukak gerai daging salai, boleh cepat kaya kalau xde usaha, sekadar guna nama yg kaki perempuan zaman kegemilangan dia dulu. Mereput lah ko lepas ni.

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.110312 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top