CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sanggup Berhabis Duit Buat Muka Persis Efek ‘Filter’

24-6-2021 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3885| Komen: 20

Seorang lelaki sanggup membayar rawatan bernilai £130,000 (RM754,204) bagi mendapatkan efek wajah seperti fungsi ‘filter’ di platform media sosial, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Aneece Malik, 32, berkata, dia sering berasa tidak yakin dengan rupa parasnya dan kerap menggunakan fungsi filter pada Instagram setiap kali memuat naik video atau gambar.



Wajah Annece sebelum menjalani rawatan (kiri) dan selepas menjalani rawatan (kanan). @aneece111 / Caters News/Mirror

“Saya mempunyai akaun TikTok dan Instagram, namun berasa benci untuk memuat naik gambar sendiri kerana tidak suka dengan rupa paras sebelum ini.

“Jadi, saya sering menggunakan fungsi tapisan kulit atau ’filter’ seperti ‘Pillow face’ dan ‘snatched’ di Instagram sebelum memuat naik video di TikTok.

“Saya kemudiannya terfikir untuk mempunyai wajah yang sama seperti filter supaya ia kekal dan tidak lagi perlu berselindung di sebalik kesan suntingan palsu,” ujarnya.


Bagi mendapatkan wajah baharu, Aneece melakukan prosedur pengisi pipi, botoks, venir, pembuangan bulu secara laser dan bilah mikro sehingga menghasilkan satu wajah yang berbeza.

“Saya amat obses dengan wajah baharu ini dan ia perlu kelihatan sempurna.

“Beberapa perawat enggan menambah baik wajah saya kerana mereka berpendapat banyak prosedur rawatan telah dilakukan. Jadi, saya pergi ke klinik yang berbeza setiap bulan,” katanya. 


Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavendernovella 24-6-2021 12:12 PM
Dia kena belajar oter muka dari Toni Mahfud. Barulah meletop.
Quote Samerosie 24-6-2021 12:26 PM
Tak tau nak komen camne, tapi rasa sebelum dan selepas mmm tak tau lah nak komen apa.
Quote Adrif 24-6-2021 12:41 PM
dah tu takyah le memanjang nak selfie.. amik je la shot gambar dari jauh

macam kawan aku, semua gambar dia atas motor. entah bila nak jejak tanah, bahahaha
Quote Artemesiaa 24-6-2021 01:14 PM
Cantik pada dia belum tentu cantik dimata orang
Quote anony-mous 24-6-2021 01:19 PM
Ok la perabis sb elok sikit dri rupa asal. Nmpk muda
Quote Simunggu 24-6-2021 01:23 PM
ganjil manusia zaman sekarang...dulu dulu tak terfikir buat mcm ni
Quote Imkhai 24-6-2021 01:24 PM
Ok la jd mcm ni x la lari jauh dr muka asal
Quote dudaberhias 24-6-2021 01:26 PM
lavendernovella replied at 24-6-2021 12:12 PM
Dia kena belajar oter muka dari Toni Mahfud. Barulah meletop.

toni mahfud tu kelempuk sangat kaka... sesuai la dengan yang atas dalam artikel ni
Quote Kurex 24-6-2021 02:12 PM
Duit kau, lantak kau
Quote lurve82 24-6-2021 02:22 PM
Knp bibir mesti tebal?  Asal surgery je tebal tang bibir
Quote sukacactus 24-6-2021 02:27 PM
Takde la teruk sgt rupa sblm
Tp ikut suka dia la kan, muka dia
Jgn bw mudarat sudah la
Quote Mary_jane 24-6-2021 02:29 PM
Mesti selalu telek muka kat cermin. Hasilnya dapat lah bibir serupa angelina jolie.
Quote lavendernovella 24-6-2021 02:41 PM
dudaberhias replied at 24-6-2021 01:26 PM
toni mahfud tu kelempuk sangat kaka... sesuai la dengan yang atas dalam artikel ni

Si toni dah oter dapat jadi model brand2 mewah. Tapi toni ni pun macam dah terlebih oter. Ramai dah sound dia. First stage dia oter mmg meletop. Skg ni dah next2 oter makin pelik but still ada nilai komersial. Heol pun ada bakat sangat mabeles dalam melukis.
Quote lavendernovella 24-6-2021 02:49 PM
lurve82 replied at 24-6-2021 02:22 PM
Knp bibir mesti tebal?  Asal surgery je tebal tang bibir

Lelaki bibir nipis la lawa unless heol adalah jonathan rhys meyers
Quote lurve82 24-6-2021 02:50 PM
lavendernovella replied at 24-6-2021 02:49 PM
Lelaki bibir nipis la lawa unless heol adalah jonathan rhys meyers

Kannn....mamat ni bibir asal dh tebal..dia pegi tebal kan lg...maybe ummah closet kot...
Quote lavendernovella 24-6-2021 02:52 PM
lurve82 replied at 24-6-2021 02:50 PM
Kannn....mamat ni bibir asal dh tebal..dia pegi tebal kan lg...maybe ummah closet kot...

Bibir asal dah lawa dah. Nak kasik lawa kena oter hidung sikit jer dan rahang kasik tajam pakai suntik jer. Takyah bedah2. Dah bedah bukan boleh reverse. Buat menyesal rugi.
Quote lasagna 24-6-2021 02:58 PM
dudaberhias replied at 24-6-2021 01:26 PM
toni mahfud tu kelempuk sangat kaka... sesuai la dengan yang atas dalam artikel ni

kelempuk kaa? khendu lah jugak, tp xde rupa german pun dia ni sbrnya.
Quote I.K.A888990 24-6-2021 07:52 PM
pergh sanggup betul dia perhabis byk duit semata2 lawa gitu
Quote Cece1234 25-6-2021 01:00 AM
Peliknya muka..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.062765 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top