Aktivis terkenal Syed Azmi berkongsi kisah seorang wanita yang tertekan dengan sikap suaminya yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan isteri orang. Lebih menyedihkan, hal tersebut bukan pertama kali berlaku dalam rumah tangga mereka.
Menurut Syed Azmi, kes pertama berlaku apabila si suami sanggup menawarkan diri menjadi ‘kekasih’ kepada seorang wanita. Oleh kerana si isteri mengenali wanita itu, peluang dan kemaafan diberikan kepada suami tercinta. Namun, rumah tangga mereka kembali goyah apabila si suami sering menghantar kiriman WhatsApp kepada wanita yang merupakan isteri orang. Geram dengan perbuatan suami, wanita tersebut mengamuk dan nekad untuk bercerai. Tambahnya, si suami enggan berpisah dan memohon diberi peluang sekali lagi. Buntu memikirkan mengenai masalah yang berlaku, si isteri menghubungi Syed Azmi bagi mendapatkan pandangan.
Ujar Syed Azmi, mana-mana individu tidak boleh mengatakan kes tersebut ringan atau berat. Ini kerana, ianya bergantung kepada diri individu yang diuji itu. Malah, dia turut bertanya kepada si isteri sama ada sanggup atau tidak dengan pilihan yang bakal dipilih. Sekiranya sanggup, wanita tersebut perlu tetap dengan pendiriannya dan menerima semua yang berlaku selepas ini. Sumber: OhBulan
|
Kurex replied at 24-6-2021 01:05 PM
Dah jadi kaunselor rumah tangga ke dia ni
eyansss replied at 24-6-2021 03:10 PM
tak tapi diorang ni selalu luahkan kat syed azmi... dan azmi post mintak pendapat orang supaya tu ...
Kurex replied at 24-6-2021 03:39 PM
Ingatkan dah jadi kaunselor rumah tangga.. gitu iols nak luahkan tak dalat vaksin lagi, tapi ayat ...
ADVERTISEMENT