Pelakon bertubuh sasa, Ammar Alfian, 34 mengumumkan yang dia kini melakukan kerja perkhidmatan mengangkat barang di dalam tempoh 'total lockdown' ini. Menerusi laman instagramnya, Ammar menulis yang rabu, 2 Jun adalah hari pertama dia memulakan tugasan. Menurutnya lagi, pekerjaan sebegini pernah dilakukan di Melbourne, Australia iaitu sebagai pengangkat barang untuk minimovers di sana. "Hari pertama bertugas sebagai Go Getter. Saya sukakan kerja berat dan ianya sesuai dengan saya terutamanya ketika dalam total lockdown ini." Ammar turut mempelawa mereka yang memerlukan khidmatnya agar mencarinya di aplikasi tersebut. Selain itu, pelakon Paskal ini juga berhasrat menyalurkan sedikit keuntungannya kepada tabung Palestin. "25% keuntungan, saya akan salurkan pada mana-mana tabung Palestin." Di ruangan komen, para pengikutnya memuji kerajinannya membuat kerja berat sekaligus menyumbang kepada rakyat Palestin. Jadi, siapa yang nak angkat barang sekarang, bolehlah dapatkan khidmat Ammar ini ya. - CARI |
LadyCarefree replied at 4-6-2021 02:34 AM
Tunggang palestin tu perlu ke?
Minami2013 replied at 4-6-2021 10:42 AM
Kannn.. sekarang teknik marketing mesti kena bgtau profit derma palestin, tabung bla bla.. dah ken ...
Themilo replied at 4-6-2021 10:22 AM
aummmmmm... @Kurex pasti menggelenyar
LadyCarefree replied at 4-6-2021 10:34 AM
Tunggang palestin tu perlu ke?
ReginaGeorge replied at 4-6-2021 02:27 PM
Ok la ni, dapat jugak duit buat beli dinner. Lepas jugaklah.. Daripada artis yang ada vellfire tapi ...
maxim replied at 4-6-2021 10:23 AM
rugi die on job lambat. kalau tak bleh diva aa hire die ni aritu time nak pindah ke new vazzz kondo ...
maxim: rugi die on job lambat. kalau tak bleh diva aa hire die ni aritu time nak pindah ke new vazzz kondo astana azwana worth 1 million facing klcc
ADVERTISEMENT