CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bawa Tangki Oksigen Ke Pejabat Dipaksa Bekerja

4-6-2021 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3467| Komen: 8

Description: Seorang lelaki mencetuskan kekecohan apabila mendakwa cutinya ditolak dan dipaksa hadir ke pejabat ketika masih perlu bernafas menggunakan tangki oksigen walaupun sudah disahkan bebas daripada Covid-1 ...
Seorang lelaki mencetuskan kekecohan apabila mendakwa cutinya ditolak dan dipaksa hadir ke pejabat ketika masih perlu bernafas menggunakan tangki oksigen walaupun sudah disahkan bebas daripada Covid-19.


Oddity Central memetik Livehindustan melaporkan kisah Arvind Kumar yang juga pengurus di Bank Kebangsaan Punjab (PNB) di Bokaro, Jharkand, India mendapat perhatian selepas gambar dan videonya tular di media sosial.



Menerusi rakaman video yang tular, kedengaran suara lelaki pertengahan umur itu meluahkan kekecewaan apabila cutinya ditolak oleh pegawai dan terpaksa datang kerja walaupun ketika bertarung dengan penyakit yang mengancam nyawa.

Turut ada bersama dalam video kontroversi itu adalah isteri dan anak Arvind yang cuba menenangkannya.

"Doktor ada beritahu yang saya memerlukan tiga bulan untuk pulih sepenuhnya kerana jangkitan sudah merebak pada bahagian paru-paru. Mengapa hak saya itu dicabuli?" katanya.


Difahamkan, kekecohan itu dilaporkan berlaku pada Selasa lalu.

Sementara itu, PNB Bokaro dalam satu kenyataannya mendakwa Arvind Kumar sengaja mencetuskan drama untuk memfitnah pihak pengurusan bank.

Katanya, Arvind sebenarnya sudah menghantar surat peletakan jawatan, tetapi ditolak kerana jabatan sedang menyiasatnya berhubung pinjaman aset tidak berbayar (NPA).

"Satu kesalahan jika dia mendakwa pegawai atasan mengarahkannya hadir ke tempat kerja walaupun sudah bebas daripada Covid-19," katanya.

"Ini kerana cuti bergaji layak diberikan kepada semua kakitangan yang dijangkiti virus demi kepentingan mereka dan pekerja lain yang berisiko.

"Oleh itu, adalah tidak berasas untuk mengatakan dia terpaksa melaporkan diri untuk bertugas," katanya.

Dalam pada itu, keluarga Arvind bertegas menyatakan pihak pengurusan bank mengancam akan memotong gaji jika tidak masuk bekerja.

Ia memaksanya hadir dengan alat bantuan pernafasan tanpa tidak menyebut mengenai sebarang siasatan terhadapnya di bank.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syaz_lina 4-6-2021 11:44 AM
Drama tamil rupanya..ada kes putarbelit, cepat2 nak letak jawatan.
Quote sfrnna 4-6-2021 12:28 PM
Ini la contoh terbaik “cakap macam k3Iing”
Quote LadyCarefree 4-6-2021 12:39 PM
Apa susah? Beli je spirometer bak cadangan Belastop. Satu dunia boleh serta merta bebas kobid.
Quote ReginaGeorge 4-6-2021 07:45 PM
Nak elak disiasat kot atau cuba melengahkan masa? {:hooray
Quote Olumis 31-7-2021 02:57 AM
Rupanya ada udang sebalik mee
Quote TOPwind 31-7-2021 05:57 AM
sfrnna replied at 4-6-2021 12:28 PM
Ini la contoh terbaik “cakap macam k3Iing”

ilmu ini ramai dimiliki oleh bontok kuali disini.
memang kenalah dgn warnanya arang hangus
Quote sukacactus 31-7-2021 07:41 AM
Auta rupanya!
Baca tajuk mula nak kesian
Quote Cik_jantung 31-7-2021 09:51 AM
Haha lawakla kesah dorang ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.057095 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top