CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Minta Ibu Bapa Vaksin, Jangan Percaya WhatsApp Video Yang Tak Betul" - Awal Ashaari Bangga Ayah Dah Lengkap Dos

4-6-2021 11:17 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 2694| Komen: 7|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "He is turning 82 next month! ni kira hadiah harijadi yang paling best untuk Abah."





"He is turning 82 next month! ni kira hadiah harijadi yang paling best untuk Abah."

Betapa gembiranya, hos popular, Awal Ashaari apabila ayahnya telah melengkapkan dua dos vaksin Pfizer.

Di laman instagramnya, Awal menjelaskan yang ia umpama hadiah hari jadi ayahnya yang ke 82 nanti dari kerajaan Malaysia.

Dalam hantaran  sama, Awal turut memberi galakan kepada pengikutnya supaya tidak ragu-ragu mengajak ibu bapa mereka mendapatkan vaksin.


Foto :IG

Bagi Awal, lebih baik bertemu pakar perubatan terlebih dahulu bertanyakan apa sahaja berbanding percaya kepada sumber tidak tepat dari Whatsapp.

"Awal cadangkan cuba consult Doctor atau yang pakar, jangan baca whatsapp group atau tengok video video yang orang dok forward kat group tu semua. ntah betul ke tak pun kita tak tau."

Foto : IG

Menurutnya lagi, ayahnya tidak mengalami komplikasi atau kesan sampingan dari suntikan tersebut. Jadi, ibu bapa pengikutnya juga tidak harus ragu-ragu.

Ianya rentetan rakan-rakan Awal sendiri yang kehilangan ibu bapa akibat Covid 19 kerana belum divaksinkan.

"Saya ada kawan yang hilang mak bapak sebab Covid, sebab belum vaksin. So, either way pun ada risikonya."


Foto : IG

Rakan artis, Siti Nurhaliza turut mengucapkan agar ayah Awal, Haji Ashaari terus sihat walafiat.


Jadi, bagi mereka yang masih ragu-ragu, tunjukkan bukti ramai warga mas sudah berjaya melalui vaksin ini. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Missrarara 4-6-2021 12:05 PM
Quote nazzse 4-6-2021 12:10 PM
senang kerja wartawan cari.ambil gosip drp ig je.
Tak payah susah2 iv
Quote biozipstar 4-6-2021 02:57 PM
alhamdulillah abahnya dah 82.. untungnya lama abah hidup boleh menatap dia
Quote Cari-Azza 4-6-2021 03:19 PM
nazzse replied at 4-6-2021 12:10 PM
senang kerja wartawan cari.ambil gosip drp ig je.
Tak payah susah2 iv



Hi Nazzse,

Sejak bila wartawan cari interview artis sendiri? Dari dulu kan memang sumbernya media sosial artis itu sendiri uols.

Kalau nak kata kerja mudah, semua wartawan di portal macam Mstar, Gempak, Media Hiburan dan portal lain pun sejenis malas juga lah sebab ceduk jer dari jer ig sumbernya (tapi memang ada yang interview sebab dorang dijemput gi event ke)


Zaman berubah, so kita kena lah ikut perkembangan semasa gitue, dulu2 artis takda IG, nak apa2 memang kena interview baru lah peminat tau, tapi sekarang kan semua dihujung jari, gitue.

Sekadar menjelaskan saja

Quote Cari-Azza 4-6-2021 03:21 PM
biozipstar replied at 4-6-2021 02:57 PM
alhamdulillah abahnya dah 82.. untungnya lama abah hidup boleh menatap dia



Tu lah Alhamdulillah,


Tak semua orang ada privillege macam tu kan, Abah saya meninggal umur 69, ma umur 63, sob sob. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka berdua


Quote nazzse 4-6-2021 03:35 PM
Cari-Azza replied at 4-6-2021 07:19 AM
Hi Nazzse,

Sejak bila wartawan cari interview artis sendiri? Dari dulu kan memang sumbernya ...

Sentap kenapa sis.

Iv melalui phone call,zoom pun boleh. Dah klu boleh cedok melalui socmed forumer biasa pun boleh buat. Bila forumer ambil isu then bukanthread lebih awal drp uols  boleh plak merge jadikan wartawan cari punya thread.
At least forumer buka thread foc, uols tu berbayar. So kena extra effort la kan.

Sekadar menjelaskan kekeliruan.
Quote Cari-Azza 4-6-2021 04:11 PM
nazzse replied at 4-6-2021 03:35 PM
Sentap kenapa sis.

Iv melalui phone call,zoom pun boleh. Dah klu boleh cedok melalui socmed for ...


Dak aih,

takda sentap apa. Cuma menerangkan yang kami memang takda akses dengan artis pun berbanding wartawan di portal media hiburan misalnya, dorang ada link sebab itu sumber dari azali lagi.


Yang kata cedok tu diolah ayatnya, yang forumner buat tu sekadar tempek dari ig sebijik2, so lain kekdahnya


Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.056120 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top