"He is turning 82 next month! ni kira hadiah harijadi yang paling best untuk Abah."
Betapa gembiranya, hos popular, Awal Ashaari apabila ayahnya telah melengkapkan dua dos vaksin Pfizer.
Di laman instagramnya, Awal menjelaskan yang ia umpama hadiah hari jadi ayahnya yang ke 82 nanti dari kerajaan Malaysia.
Dalam hantaran sama, Awal turut memberi galakan kepada pengikutnya supaya tidak ragu-ragu mengajak ibu bapa mereka mendapatkan vaksin.
Foto G
Bagi Awal, lebih baik bertemu pakar perubatan terlebih dahulu bertanyakan apa sahaja berbanding percaya kepada sumber tidak tepat dari Whatsapp.
"Awal cadangkan cuba consult Doctor atau yang pakar, jangan baca whatsapp group atau tengok video video yang orang dok forward kat group tu semua. ntah betul ke tak pun kita tak tau."
Foto : IG
Menurutnya lagi, ayahnya tidak mengalami komplikasi atau kesan sampingan dari suntikan tersebut. Jadi, ibu bapa pengikutnya juga tidak harus ragu-ragu.
Ianya rentetan rakan-rakan Awal sendiri yang kehilangan ibu bapa akibat Covid 19 kerana belum divaksinkan.
"Saya ada kawan yang hilang mak bapak sebab Covid, sebab belum vaksin. So, either way pun ada risikonya."
Foto : IG
Rakan artis, Siti Nurhaliza turut mengucapkan agar ayah Awal, Haji Ashaari terus sihat walafiat.
Jadi, bagi mereka yang masih ragu-ragu, tunjukkan bukti ramai warga mas sudah berjaya melalui vaksin ini. - CARI
|