CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Hadis 'Sultan Bayangan Allah', Ini Penjelasan Menteri Agama

4-6-2021 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5492| Komen: 47

Description: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta orang ramai tidak membuat dan mencipta spekulasi berhubung hadis berkaitan sultan merupakan bay ...
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta orang ramai tidak membuat dan mencipta spekulasi berhubung hadis berkaitan sultan merupakan bayangan ALLAH.


Menurutnya, bayangan ALLAH berdasarkan al-Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir adalah seperti tempat berteduh dan perumpamaan teduhan apabila pemerintah itu memerintah dengan adil.



Hadis yang telah dimuat naik oleh Jakim bermaksud sultan (pemerintahan) merupakan bayangan ALLAH di bumi, barangsiapa yang memuliakannya maka ALLAH memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka ALLAH akan menghinanya.

Jelas Zulkifli, sultan atau pemerintah merupakan tonggak utama dalam sesebuah negara, tanpa mereka keadaan akan menjadi huru-hara kerana tidak ada orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan.



Tambah beliau, perkataan bayangan ALLAH memerlukan kefahaman yang lebih mendalam.

Di samping itu, ia menunjukkan bahawa pemimpin atau pemerintah itu mempunyai kelebihan berbanding dengan yang lain.



“Hadis yang menyatakan bahawa pemerintah adalah bayangan ALLAH adalah dhaif dan makna hadis ini menunjukkan bahawa pemerintah mempunyai kedudukan yang istimewa berbanding rakyat yang berada di bawahnya,” ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 4-6-2021 01:12 PM
imam nawawi sanggup dipenjarakan demi rakyat demi cintakan agama dan akhirat. hadis dhaif juga yang dikeluarkan.


tq dr maza rakyat bersama doctor maza yang difitnah dituduh wahabi.  kalau doctor maza wahabi dia orang pertama sokong hudud di malaysia. sebab arab saudi wahabi  mmg penyokong hudud. tapi siapa penunggang agama sokong hudud ruu35? dah berkuasa ada kuasa senyap

moga Allah muliakan doctor maza dan mereka yang berkata benar
Quote kelana36 4-6-2021 02:17 PM
Imam imam besar 4 mazhab semua pernah kena penjara, siksa kerana menentang sultan/khalifah pada zaman mereka.

Macamana pulak kita boleh memuliakan orang yang tak memuliakan bayangan tuhan..?
Quote silencekiller 5-6-2021 11:00 AM
CiliPadiSedap replied at 4-6-2021 01:12 PM
imam nawawi sanggup dipenjarakan demi rakyat demi cintakan agama dan akhirat. hadis dhaif juga ...

imam nawawi ni tak menikah sampai ujung nyawa... imam besaq dalam mazhab syafie... tu pun ada ummah kununnn totok mazhab syafie tak kenal dia tapi dok syafie ke hulu ke hilir sambil melabel org lain munafik kaa kapir ka apa kaa jika tak sama pendapat dgn depa ... tu laa tanda jahil & jumud puak acah2 nak kembali pada Isle...

Dr Maza org pertama yg berani bersuara pasal kenapa hudud bukan priority untuk umat Isle di malaysia... waktu tu bukan main marah puak2 lobai ni sambil menuduh wahabi ke hulu ke hilir wpun Dr Maza dah explain panjang lebar..... bila tanya apa tu wahabi?? depa jawab tak baca qunut ka tak buat tahlil ka apa kaa sambil2 kununn depa lagi Isle dari ore lain..
Quote Babai 5-6-2021 11:04 AM
Slurpppppppp.
Quote Aliaskotonggo 5-6-2021 11:35 AM
cuma yg tak kenal wahabi dan wahabi takiyyah yang kata Maza bukan wahabi
Quote mclaren 5-6-2021 11:38 AM
KEYWORD: ADIL.

Kalau dok tindas alam semulajadi dan makhluk2 untuk kenyangkan perut penuhkan poket... adil ke tu?
Quote mclaren 5-6-2021 11:40 AM
Kalau Jose Mujica tu mati dalam Islam.. layaklah kot digelar bayangan Allah.
Quote CiliPadiSedap 5-6-2021 11:47 AM
[youtube]Xvo1BV1cSNU[/youtube]

penjelasan jelas padat
Quote Babai 5-6-2021 11:58 AM
Slurrrpppppp
Quote CiliPadiSedap 5-6-2021 12:01 PM
kelana36 replied at 4-6-2021 02:17 PM
Imam imam besar 4 mazhab semua pernah kena penjara, siksa kerana menentang sultan/khalifah pada zama ...

nabi musa lawan bayangan tuhan firaun tu kira macam mana?
Quote JohnyEnglish 5-6-2021 12:41 PM
CiliPadiSedap replied at 5-6-2021 11:57 AM
let say doctor maza wahabi, hujah lah dengan dia, tunjuk bukti dia wahabi. jgn lah kerana di ...

aku sokong dr maza.lantak la dia wahabi ka apa.jnji apa yg dia bawk btl2 ajaran nabi.
Quote silencekiller 5-6-2021 12:43 PM
CiliPadiSedap replied at 5-6-2021 11:57 AM
let say doctor maza wahabi, hujah lah dengan dia, tunjuk bukti dia wahabi. jgn lah kerana di ...

depa wahabi pun tak paham... acah2 dok takiyah ke hulu ke hilir... basic doktrin wahabi adalah extreme... jika menerima apa secara terbuka & ilmiah pun dituduh wahabi.. sah2 depa tak paham..

wahabi ni omputeh yg mula2 label bukan puak2 Isle pun yakni pada sesiapa yg ikot ajaran muhammad bin abd wahab ka apa kaa .. yg majoriti sembang kununn tak baca qunut .. padahal 3 mazhab utama lain tak baca pun..

Dulu2 Hamka pun dituduh wahabi siap kena banned oleh mejlis ugama Isle Johor..
Quote CiliPadiSedap 5-6-2021 12:48 PM
JohnyEnglish replied at 5-6-2021 12:41 PM
aku sokong dr maza.lantak la dia wahabi ka apa.jnji apa yg dia bawk btl2 ajaran nabi.

cm islam anjurkan jiran bantu family arwah, adat kita pula susahkan family arwah makan tahlil kenduri. kalau first malam nasi beriyani tak kurang, first malam penuh saf ramai datang, yang baca pun bukan main semangat tiba rumah orang miskin masak roti cicah kari je , tak ramai datang sebab menu tak best. kiranya pahala bacaan tu hanya untuk orang kaya mampu buat kenduri. orang miskin roti cicah kari takde pahala lah untuk arwah?


sedangkan ada 3 pekara je yang boleh bantu lepas kematian, sedekah jariah, ilmu manfaat, anak soleh. kenduri tahlil tu masuk kategori apa?

zaman nabi takde kenduri tahlil
Quote JohnyEnglish 5-6-2021 12:54 PM
CiliPadiSedap replied at 5-6-2021 12:48 PM
cm islam anjurkan jiran bantu family arwah, adat kita pula susahkan family arwah makan tahlil ...

kalu ikut agama btl2 sng ja.qunut x payah,tahlil org mati x pyh,talkin x pyh.bila org mati baca doa ja konpem semua sampai.takde double standard org semekin x dpt pahala sbb x mampu buat jamuan.
Quote CiliPadiSedap 5-6-2021 12:56 PM
Edited by CiliPadiSedap at 5-6-2021 12:59 PM
silencekiller replied at 5-6-2021 12:43 PM
depa wahabi pun tak paham... acah2 dok takiyah ke hulu ke hilir... basic doktrin wahabi adalah ext ...

entah apa extreme yang dituduh wahabi tu. balik2 kena bodohkan, balik2 hujah ulamak silam buat amalan2. bila yang dituduh wahabi hujah dengan hadis dan fakta dah di pusing corner lain. modal yang sama je jawapan nya.

ustaz yang suka bodoh2kan orang dituduh wahabi penyokong lebai pas takde dah bising isu hudud lepas pas jadi federal gov. senyap je pelik tapi benar.

contoh isu hadis ada doctor rozaimi kupas hadis nabi pergi ke madinah ( kalau kaka salah ingat sorry) , ada awan dan pokok payung berteduh.

[youtube]kBcHohpurpY[/youtube]

bila ada orang displin ilmu mudah boleh huraikan. kita boleh tanya dan hujah mereka mampu jawab. ni yang kita nak ustaz2 kita ada ilmu mantap.


Quote silencekiller 5-6-2021 01:03 PM
Ostad yg kununnn kenai sangat wahabi... padahal level ilmu tu yg cetek .. asalkan tak ikot apa depa percaya kaa amalan kaa .. tu laa wahabi... jenis syafie ke hulu ke hilir tapi bengap pasal 3 mazhab utama lain.. tu belom ada mazhab2 kecik lain ..  bab zakat kaa juai beli kaa dok ikot mazhab lain... depa tak gebang wahabi lakk...

[youtube]hrSE54hub44[/youtube]
Quote notM 5-6-2021 01:24 PM
Imam Nawawi tak belajar Sifat 20 ke?
Quote alesandra 5-6-2021 02:01 PM
Elehh dr maza tu time dia kena tekan pandai pulak menggelupur melalak sana sini.time dia senang pandai pulak dia membisu.aku masih x lupa ye dia ringan pungkoq melawat abahcow sblm kabinet pn hamjad ni dilantik .kecoh gak org kata  dia nak lobi jawatan menteri agama tu.org mcm ni xyah la ko nak hormat ,kagum sgt aihhh.
Quote dizekni 5-6-2021 02:38 PM
Institusi raja kekal utuh hampir ribuan tahun lamanya dalam tamadun Melayu

semakin kukuh mulai penerimaan Islam di alam Melayu

kerana majoriti Melayu faham peranan penting dan simbiosis antara ulama dan umara

Institusi kesultanan Melayu kekal berdaulat mendepani zaman selagi Islam jadi pedoman

InshaAllah.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055890 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top