CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hafizh Syahrin Bengang Isteri Tak Boleh Ikut Ke Eropah, Ini Penjelasan Jabatan Imigresen Malaysia

4-6-2021 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17324| Komen: 162

Description: Kuala Lumpur: Hanya atlet Malaysia yang berpangkalan di luar negara dibenarkan membawa pasangan masing-masing sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh (SPP) dan perintah kawalan pergerakan (PKP) beri ...
Kuala Lumpur: Hanya atlet Malaysia yang berpangkalan di luar negara dibenarkan membawa pasangan masing-masing sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh (SPP) dan perintah kawalan pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.


Begitu penjelasan Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kekecewaan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang tidak berpuas hati jabatan itu tidak memberi pelepasan kepada isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf untuk menemaninya beraksi di luar negara.

Imigresen menerusi menerusi satu kenyataan balas memaklumkan mereka menjumpai beberapa kes penyalahgunaan kelulusan permohonan keluar negara melalui MyTravelPass (MTP) oleh warganegara Malaysia melalui semakan yang dijalankan di pintu masuk negara.Tegas imigresen menggunakan kelulusan itu untuk tujuan lain selain daripada kategori yang dibenarkan keluar negara a tidak dibenarkan.


Foto: Gempak


"Merujuk kepada hantaran tular di media sosial oleh seorang pelumba motosikal berkenaan permohonan isteri beliau untuk keluar negara sudah pun ditolak.

"Bagi tujuan melancong dan bercuti tidak dibenarkan keluar negara. Kelulusan diberikan kepada ahli sukan yang menetap dan berpangkalan di luar negara sahaja dibenarkan membawa pasangan.

"Contohnya, pelumba basikal dan pemain golf profesional. Ahli sukan menyertai kejohanan secara on and off dan tidak menetap di luar negara, tidak dibenarkan membawa pasangan semasa menyertai kejohanan," katanya.

"Hanya jurulatih dan kru profesional terbabit dibenarkan keluar bersama ahli sukan berkenaan," katanya.

Imigresen menerusi kenyataan yang dikeluarkan memahami terdapat dalam kalangan warganegara Malaysia menghadapi kesukaran untuk keluar negara atas faktor sekatan pergerakan penuh (SPP) dan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara.


Foto: via Gempak

Terdahulu Hafizh meluahkan rasa tidak puas hati apabila hasrat untuk menerbangkan isterinya ke Eropah berdepan kesukaran terutama membabitkan kelulusan daripada imigresen dan pihak berkaitan. Situasi terbabit menyebabkan pelumba terbabit sekali lagi meletup menerusi Instagramnya dengan meluahkan kekecewaan kerana tidak diberi kelonggaran walaupun mewakili negara.

Minggu lalu Hafizh yang diberi jolokan El Pescao cemerlang apabila menduduki tempat kesembilan Grand Prix Itali di Litar Mugello. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 4-6-2021 12:24 PM
Tk payah la jadi pelumba motor. Byk sgt songeh. Dok je berkepit dgn wife ko. Maslah org malaysia, ko sendiri pilih kawen beranak pinak org lain pula kena kesian kan ko
Quote depresio 4-6-2021 12:26 PM
Kenapa tak boleh bawak wife?
Kalau dia nak bayar semua sendiri?
Buatlah apa dokumen yg syarat yg perlu
Quote depresio 4-6-2021 12:27 PM
caprut replied at 4-6-2021 12:24 PM
Tk payah la jadi pelumba motor. Byk sgt songeh. Dok je berkepit dgn wife ko. Maslah org malaysia, ko ...

Pada aku tak de masalah pon asal jgn mintak duit gomen.
Quote haruslah 4-6-2021 12:31 PM
1. Lantik wife jd PA, kru teknikal (surat kan boleh buat)
2. Lantik wife wakil NGO utk bagi sumbangan kat euro
3. Cari kabel kayangan tolong. Kalau bukan sape2 sila diam2 jer.
4. Cari 'saudara' kat sana. Cakap wife cuti nak ziarah saudara mcm menteri yg cuti gi oberc tu
Quote LadyCarefree 4-6-2021 12:33 PM
caprut: Tk payah la jadi pelumba motor. Byk sgt songeh. Dok je berkepit dgn wife ko. Maslah org malaysia, ko sendiri pilih kawen beranak pinak org lain pula k ...


Agreed
Quote LadyCarefree 4-6-2021 12:34 PM
depresio: Kenapa tak boleh bawak wife?Kalau dia nak bayar semua sendiri? Buatlah apa dokumen yg syarat yg perlu


Ni pkp kobid. Xboleh keluar masuk sesuka hati. Rentas daerah pun xboleh inikan rentas negara. Lainlah ebit
Quote caprut 4-6-2021 12:34 PM
depresio replied at 4-6-2021 12:27 PM
Pada aku tak de masalah pon asal jgn mintak duit gomen.


So, kalau tk guna duit gomen then tk dapat bwak gak wife guna duit sendiri diam je. Bising2 antara geng je
Quote kerabuBiru 4-6-2021 12:35 PM
Semenjak darurat umum dah berapa juta warga asing warga mesia duk keluar masuk negara.... yg duk lepas masuk variant2 baru india laa afrika laa vietnam laa uk laaa..... sial laaa immi

Bini ko tuu duduk mesia saja laa.... nak ikut buat apa laki ko nak pergi kerja.... mengada2 dan menyusahkan laa pompuan ni
Quote LadyCarefree 4-6-2021 12:36 PM
Buat atlet tu, kalau takut, xyah pergi. Duk kt rumah dendiam. Kalau ko sakit atau mati, ada je yg uruskan la. Kalau bukan atlet pon akan ada je yg bantu. Apatah lg ko pergi official race kan.
Quote caprut 4-6-2021 12:37 PM
LadyCarefree replied at 4-6-2021 12:33 PM
Agreed

Aku nk tuggu pasanagn baru kawen masa covid ni merintih pula income tk ckup pastu ada anak.

Semua nk gov pikir kan. Bodoh piang
Quote MissYouSayang 4-6-2021 12:38 PM
Lcw tak byk songeh pun.bini ade ke tak ada  ke tetap perform & lit gitew.
Quote Babai 4-6-2021 12:38 PM
Banyak songeh! Belum apa2 dah perasan diri kayangan.
Quote lifeline 4-6-2021 12:38 PM
cara tulis  x profesional
sumpah sana sumpah sini mcm BBNU sgt tau

langsung rasa malas nk support dia bab xleh bawak bini ni

huhuhuh
Quote Firenzza 4-6-2021 12:40 PM
Nape x blh? Din altakuarantini slumber badak bawak bini pergi turki
Quote LadyCarefree 4-6-2021 12:43 PM
Nyampah pulak bila baca royanan heshe ni. Mcm hebat tahap no 1 dunia. Kalau takut sakit atau mati luar negara, apsal nak bini lak? Bini boleh buat apa? Takat merintih minta kerajaan tolong pastu merayu minta derma? Xyah pergi pon kt msia pon dia boleh buat tu.
Quote hidet 4-6-2021 12:47 PM
mcm tin masak masak tu dah dekat 2bulan kat UK..alasan hantar anak masuk U..maybe sebab sheols ada rumah sana,so sheols laki bini lepas..
kot tu..takboleh bawak bini , takyah la merempan..dah show the true color pulak
Quote ChildrenOfBodom 4-6-2021 12:57 PM
kau jadi mat rempit dahla bingai, pastu buleh bawak bini ke hulu kehiliaq macam bohsia
Quote TomyamPuteh 4-6-2021 12:59 PM
Sskjp yg pjj mcm ni la perangai. Melompat mlm Kera kena belacan bila org pjj x blh rentas negeri.
Quote Simunggu 4-6-2021 01:00 PM
takut air ITU keluar melimpah di telinga bah..

Lihat semua komen(162)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.049499 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top