CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10,000 sukarelawan tarik diri dari Sukan Olimpik

5-6-2021 12:29 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2123| Komen: 10

Description: TOKYO: Ribuan sukarelawan telah menarik diri daripada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung beberapa minggu sahaja lagi, sekali gus menimbulkan kebimbangan Jepun mungkin tidak bersedia menjad ...


TOKYO: Ribuan sukarelawan telah menarik diri daripada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung beberapa minggu sahaja lagi, sekali gus menimbulkan kebimbangan Jepun mungkin tidak bersedia menjadi tuan rumah.

Dianggarkan 10,000 daripada 80,000 sukarelawan berdaftar yang akan bertugas dalam acara balapan telah menarik diri setakat Rabu lalu.

Ketua Eksekutif Jawatankuasa Penganjur, Toshiro Muto, bagaimanapun yakin penarikan diri sukarelawan tidak akan mempengaruhi perjalananan acara sukan yang sepatutnya berlangsung tahun lalu itu.

Biarpun tidak menjelaskan puncanya, namun ia dipercayai berkaitan dengan pandemik COVID-19 yang masih menular.

Tinjauan mendapati sebahagian besar masyarakat Jepun tidak menyokong penganjuran Olimpik, apatah agi ketika hospital dibanjiri pesakit COVID-19 dan sebahagian besar rakyatnya juga masih belum menerima vaksin.


Jepun setakat ini telah melaporkan lebih 752,000 kes koronavirus dan lebih daripada 13,000 kematian, menurut data Johns Hopkins University.

Pelaksanaan vaksin Jepun juga jauh lebih lambat daripada yang dijangkakan. Walaupun terdapat cukup bekalan untuk 126 juta penduduk, namun masalah kekurangan tenaga profesional perubatan menjadi halangan.

Jawatankuasa Penganjur sebelum ini memutuskan penangguhan Olimpik adalah tidak mungkin, walaupun terdapat kebimbangan mengenai prospek gelombang keempat jangkitan COVID-19.

Sukan Olimpik Tokyo dijangka membuka tirai pada 23 Julai.



Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsPercy 5-6-2021 01:33 AM
Takut yer ramai kena covid time olympic. Hospital kat Jepun kne ready utk terima pesakit la cmtu
Quote Jolabu 5-6-2021 08:51 AM
Tapi sekarang sukan kurang hype dia,yalah dah main tak ada penonton,cuma nak  kabar Indonesia mendunia dlm speed climbing,rasa kalau acara tu masuk olimpik, cerah nak dapat pingat emas,elok je Indonesia tu bertudung menang lwn peserta China di tempat sendiri pula tu,susah negara lain buat MCM tu
Quote stingerbaik 5-6-2021 09:11 AM
sejarah bakal dicipta..malaysia bakal dapat emasnya yg pertama dan bakal menerima kepulangan atlit atlik ketanah air bersama klusters olimpik....

tahniah in advance
Quote Firenzza 5-6-2021 09:18 AM
Di mana semangat kamikaze rakyat jepun? Adakah jepun skrg dh terpengaruh kpop dan tiktok terus jd lembik
Quote Noraniza_Iblis 5-6-2021 03:39 PM
kesian jgk dkt jepun..
dh invest berbillion2 last year..
last2 covid.. biase yg bid utk jd tuan rumah ni..
sbb nk dpt pulangan dr segi pelancongan..visitor luar yg support sukan olimpik ni..
tp dh covid ni.. kesian ...
Quote supernaturalee 5-6-2021 04:47 PM
Despite penyertaan kurang
Xde penonton
80k jgk ye sukarelawan yg diperlukan

Klu full spect berapa plk sukarelawan yg diperlukan agknya


Quote RatuDunia94 8-6-2021 08:59 PM
X boleh ke olimpik ni buat secara berperingkat. Maksunya bulan Januari buat sukan renang sahaja. Bulan feb buat sukan gymnastik pula. Bulan mac buat sukan olahraga pula. Bulan april sukan badminton dan tennis.. Begitulah sampai semua sukan habis dieprtandingkan. Kan lebih selamat. Xde la semua atlit nknkena berkumpul serentak.
Quote stingerforever 8-6-2021 09:02 PM
RatuDunia94 replied at 8-6-2021 08:59 PM
X boleh ke olimpik ni buat secara berperingkat. Maksunya bulan Januari buat sukan renang sahaja. Bul ...

Kau ingat macam pasar malam minggu pertama bulan jan ampang...minggu kedua keramat minggu ketiga cheras?

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote RatuDunia94 8-6-2021 09:03 PM
stingerforever replied at 8-6-2021 09:02 PM
Kau ingat macam pasar malam minggu pertama bulan jan ampang...minggu kedua keramat minggu ketiga c ...

Why not. Drpd x boleh langsung kan
Quote stingerforever 8-6-2021 09:07 PM
RatuDunia94 replied at 8-6-2021 09:03 PM
Why not. Drpd x boleh langsung kan

LOGISTIK and RESOURCES......

Go figure......

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.242444 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top