CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Makan Di Restoran Terus Lari, Helah 4 Wanita Kantoi

4-6-2021 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2376| Komen: 5

Description: Helah sekumpulan wanita di Amerika Syarikat untuk makan percuma gagal apabila mereka terpaksa kembali semula ke premis tersebut kerana tertinggal kunci kereta, lapor portal berita Metro UK kelmarin.
Helah sekumpulan wanita di Amerika Syarikat untuk makan percuma gagal apabila mereka terpaksa kembali semula ke premis tersebut kerana tertinggal kunci kereta, lapor portal berita Metro UK kelmarin.


Kumpulan wanita itu enggan menjelaskan bayaran makanan yang dipesan dan  bertindak meninggalkan restoran tersebut.

Dalam kejadian itu yang dirakam dan dimuat naik dalam aplikasi  TikTok dan Twitter, seorang pelayan restoran kemudian meminta keempat-empat wanita tersebut membayar bil makanan mereka.


Foto: TikTok

Mereka turut diperli oleh pengunjung lain ketika kembali ke tempat duduk dan diminta untuk menjelaskan bil masing-masing.

Dalam klip video itu juga, kedengaran seseorang berkata, kumpulan  wanita itu terpaksa kembali ke restoran tersebut selepas salah seorang daripada mereka telah tertinggal kunci kereta.

Keempat-empat mereka kemudian dilihat mengeluarkan dompet untuk membuat pembayaran.

Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian itu tidak dapat dipastikan. -CARI

Sumber: Kosmo/Agensi

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 4-6-2021 10:22 AM
Dulu kat sini pun ada, ada couple tu lepas makan tup2 hilang.
{:laugh
Quote mama_neko 4-6-2021 10:41 AM
acik2 ghetto ka? satgi kalau restaurant buat report, depa main isu racist lak.. especially kalau restaurant manager tu kokesen..
Quote Timortimur 4-6-2021 10:53 AM
BLM ke ni?
Kan kalau org bising2 kata racist plk
Quote matbad 4-6-2021 09:56 PM
puak yg menumpang kat negara org tp rasa mcm negara sndri mmg suka main isu racist kan hahaha
Quote shernazz 4-6-2021 10:38 PM
Laki tu cam will.i.am plak..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.049767 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top