CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Selangor Dukacita Tindakan Tanah Kubur Hanya Utamakan Jenazah Kariah, Pesakit Bukan Covid-19

4-6-2021 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1827| Komen: 2

Description: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan pihak pengurusan sesetengah tanah perkuburan yang mengenakan syarat-syarat yang tidak berlandaskan hukum bagi ...
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan pihak pengurusan sesetengah tanah perkuburan yang mengenakan syarat-syarat yang tidak berlandaskan hukum bagi urusan pengebumian.


Perkata itu disampaikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi mStar pada Khamis bagi mendapatkan maklum balas mengenai dakwaan ada sesetengah tanah kubur di negeri berkenaan hanya mengutamakan ahli kariah dan pesakit bukan Covid-19.


Foto: mStar

"Tuanku sangat tidak berkenan terutama sekali dalam keadaan sekarang (penularan Covid-19), masih ada yang nak tentukan syarat ahli kariah atau mesti penyakit biasa. Ini memang tak boleh," katanya.

Menurut Shahzihan tidak ada undang-undang yang mengatakan bahawa sesuatu tanah perkuburan itu perlu diutamakan kepada ahli kariah.

"Di mana mati dan bila kita mati itu rahsia. Dan syarat (pengurusan) jenazah adalah ianya mesti disegerakan," tambahnya.

Baru-baru ini, mStar melaporkan isu kelewatan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Lembah Klang yang berlaku disebabkan penetapan kuota yang terhad bagi urusan pengebumian jenazah pesakit covid-19.

Tidak ada undang-undang mengatakan tanah perkuburan perlu mengutamakan ahli kariah - gambar hiasan foto SPJM

Sesetengah tanah perkuburan juga didakwa memilih untuk mengutamakan ahli kariahnya hingga mengakibatkan jenazah pesakit Covid-19 hanya dapat dikebumikan selepas lebih 24 jam.

Bercakap kepada mStar, Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid mendakwa sesetengah tanah perkuburan mengehadkan hanya 10 jenazah untuk dikebumikan setiap hari di mana tiga daripadanya melibatkan kes Covid-19.

Selain itu pihaknya juga terpaksa akur dengan prosedur operasi standard (SOP) sewaktu tempoh lockdown yang hanya membenarkan urusan pengebumian dilakukan sehingga pukul 5 petang. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbaik 4-6-2021 09:37 AM
Ampung tuanku.....

Bilaka raja raja nak disemadikan dgn rakyat jelata supaya lebih dapat tahu kisah rakyat dibawah?

Bukanka kita semua equal dimataNYA..

Ampung tuanku....
Quote belacan_gurl 4-6-2021 12:03 PM
Mcm citer tanah kubur yg arwah azian irdawati berlakon tu je rasa...tanah kubur hanya utk kariah ...hehehehhe walaupun simati banyak bagi sumbangan...pastu tok imam pun releks balik tfgl arwah m.rajoli cari tmpt nak kuburkan si mati...haa gittew je jalan cerita dia

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.047944 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top