"Jadi, sesiapa nak bagi kerja angkat barang, hantar barang, buang barang, jangan malu-malu, boleh cari saya kat Go Getter. Saya hentam di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya."
Pelakon bertubuh sasa, Ammar Alfian, 34 mengumumkan yang dia kini melakukan kerja perkhidmatan mengangkat barang di dalam tempoh 'total lockdown' ini.
Menerusi laman instagramnya, Ammar menulis yang rabu, 2 Jun adalah hari pertama dia memulakan tugasan.
Foto : ig
Menurutnya lagi, pekerjaan sebegini pernah dilakukan di Melbourne, Australia iaitu sebagai pengangkat barang untuk minimovers di sana.
"Hari pertama bertugas sebagai Go Getter. Saya sukakan kerja berat dan ianya sesuai dengan saya terutamanya ketika dalam total lockdown ini."
Foto : IG
Ammar turut mempelawa mereka yang memerlukan khidmatnya agar mencarinya di aplikasi tersebut. Selain itu, pelakon Paskal ini juga berhasrat menyalurkan sedikit keuntungannya kepada tabung Palestin.
"25% keuntungan, saya akan salurkan pada mana-mana tabung Palestin."
Foto : ig
Di ruangan komen, para pengikutnya memuji kerajinannya membuat kerja berat sekaligus menyumbang kepada rakyat Palestin.
Jadi, siapa yang nak angkat barang sekarang, bolehlah dapatkan khidmat Ammar ini ya. - CARI
|