CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berbelit, SOP Mana Satu Nak Kena Ikut Ni?

3-6-2021 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3047| Komen: 15

Pemandu teksi membangkitkan persoalan dan kekeliruan berhubung prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh (total lockdown) berhubung jumlah kapasiti penumpang kenderaan awam.

Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi Kereta Sewa Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Semalaysia (GTSM), Kamaruddin Hussain menjelaskan, mengikut SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) teksi hanya dibenarkan membawa dua penumpang termasuk pemandu.


Kredit foto: BH Online

Katanya, berbeza pula dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah dalam sidang akhbar yang memaklumkan mereka dibenarkan membawa tiga penumpang iaitu seorang pemandu teksi dan dua pelanggan.

“Keadaan ini benar-benar mewujudkan suasana haru-biru dan menimbulkan kekeliruan di seluruh negara.

“Saya sendiri menerima banyak panggilan daripada pemandu dan persatuan yang bertanyakan tentang perkara ini. Sehubungan dengan itu kami ingin merayu kepada kerajaan, tolonglah beritahu kami SOP mana yang harus kami ikut dan patuhi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kementerian Pengangkutan sebelum ini dalam satu kenyataan memaklumkan bagi teksi dan e-hailing, hanya dua orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau e-hailing dalam satu masa tanpa mengira kapasiti dan penumpang hendaklah duduk di tempat duduk belakang.

Selain itu, tiga orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing dalam satu masa bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera) atau bagi tujuan kecemasan.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, pihaknya merayu kepada Ketua Polis Negara supaya mengeluarkan arahan yang jelas kepada semua anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) memandangkan timbul pelbagai kekeliruan sejak PKP 1.0 dilaksanakan sehingga kini.

“Kami menerima ribuan aduan dari ahli-ahli kami di seluruh negara termasuk di Sabah dan di Sarawak sejak PKP 1.0 dimana berlakunya banyak kekeliruan di SJR apabila anggota polis yang bertugas seolah-olah anggota polis tidak tahu SOP sebenar yang dikeluarkan oleh MKN.

“Walaupun tidak semua, tetapi keadaan ini amat membingungkan,” katanya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 3-6-2021 05:48 PM
buat salinan sop tu..sebesar alam...simpan dlm keta...ikut sop tu...kalo polis tahan...kalo polis ckp beza ngn sop mkn tu...ko kuarkan salinan tu..bg depa tngok....
Quote stingerbaik 3-6-2021 05:52 PM
Takpa nanti dah habis lockdown akan ada kenyataan baru...

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote LadyCarefree 3-6-2021 06:11 PM
Stop calling this total lockdown. Lockdown pun tak.
Quote tipahketipung 3-6-2021 06:18 PM
Takde siapa naik teksi dah sekarang. Tu zaman public phone zaman akak naik BMX la wei bercinto.
Quote riyadhK 3-6-2021 07:06 PM
LadyCarefree replied at 3-6-2021 06:11 PM
Stop calling this total lockdown. Lockdown pun tak.

Sooooo truuueeee sis
Quote ChildrenOfBodom 3-6-2021 07:07 PM
wujud lagi rupanya taksi
Quote pyropura 3-6-2021 07:13 PM
Yg.penting KERAjaan Melayu isele tanpa Dap lar. Ikut saja lah. Tak bersukur lar
Quote pyropura 3-6-2021 07:13 PM
Yg.penting KERAjaan Melayu isele tanpa Dap lar. Ikut saja lah. Tak bersukur lar
Quote pyropura 3-6-2021 07:13 PM
Yg.penting KERAjaan Melayu isele tanpa Dap lar. Ikut saja lah. Tak bersukur lar
Quote kotakominami 3-6-2021 07:16 PM
Diorang ni takde grup wasap ke?
Quote tokchik 3-6-2021 07:27 PM
Tu bab teksi DN e hailing
Aku ni yg berkerja
Asyik dicanangkn

Mesti Ada SURAT MITI 3.0

AKU ULANG SEKALI LAGI. SURAT MITI 3.0

Kementerian yg geng dgn miti hnya 17 kementerian.

Yg lain MCM kementerian pengangkutan, Ada SOP sendri.. under SMILE.

KEMENTERIAN PERTANIAN...DEPA KELUARKN SURAT MEREKA.

TADI AKU BARU DPT PNJELASAN DPD MITI

APA SURAT YG DIKELUARKAN MENERUSI KEMENTERIAN/JABATAN BERKAITAN SHAH DIGUNA PAKAI.


HARAP2 PETUGAS SJR TELAH DIPERJELASKAN DAN UDAH CLEAR DGN PERATURAN.

JNGN KAU TNYA....MITI MANA....MITI....MITI KAU MANA
Quote merrissa 3-6-2021 09:02 PM
Skuau: buat salinan sop tu..sebesar alam...simpan dlm keta...ikut sop tu...kalo polis tahan...kalo polis ckp beza ngn sop mkn tu...ko kuarkan salinan tu..bg  ...


Tau takpe, mengada betul, ada polis sampai melebih2 plak ceknya

Ak bg yg mkn ckp tu baca haaaaaaa siap highlight color kuning
Quote drivethru 3-6-2021 09:29 PM
Waktu operasi pun mengelirukan. Grab ckp boleh operasi pukul 6pagi hingga 12malam. SOP plak 8am - 8pm. Macam pukimak jer semua ni.
Quote Afifi82 3-6-2021 10:02 PM
Lockdown la sgt. Almost semua company ko dah bagi kelulusan bukak kan.
Quote Cik_jantung 4-6-2021 07:05 AM
Selain PKP 1 dulu..semua sop kelaut.  Even yg cakap dalam tv pun tak standard.. gagal.

Itulah level pemimpin kita.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.127238 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top