CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jangan Buang Masa Kaji Vaksin Lama-lama' - Tun M

3-6-2021 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3408| Komen: 16

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa Putrajaya segera menggunakan vaksin yang sudah digunakan di negara maju tanpa perlu membuang masa mengkaji terlalu lama untuk meluluskannya.


Tun Mahathir berkata, usaha untuk menggandakan kadar vaksinasi kepada masyarakat perlu dipergiat untuk membebaskan negara daripada jangkitan Covid-19.


Kredit foto: The Edge Markets

Tak perlu kita nak buat ujian lain supaya kita dapat tentukan soal itu soal ini, tegas Tun Mahthir sambil menyambung, kalau ia (vaksin) boleh digunakan di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain, guna sajalah.

“Kita dapati tiada satu pun laporan kes kematian di UK ketika ini kerana mereka berjaya menjalankan kempen yang begitu agresif untuk menyuntik seberapa ramai rakyatnya. Belum 80% pun sudah ada kesan,” katanya dalam rakaman video.

Ketika ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) hanya meluluskan tiga jenis vaksin iaitu Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca.


Bagaimanapun, vaksin Sputnik V, CanSino dan Johnson & Johnson yang sudah digunakan secara meluas di negara serantau masih menjalani penilaian oleh NPRA.

Bekas Perdana Menteri itu yang juga Ahli Parlimen Langkawi membidas pengumuman “total lockdown” oleh kerajaan kerana jalan raya masih lagi sesak walaupun perintah kawalan pergerakan itu dilaksanakan semalam, 1 Jun.

“Nampaknya tak ‘total’ pun. Ramai orang boleh pergi kerja, banyak kereta lalu-lalang atas jalan. Bermakna ada pengecualian untuk orang itu orang ini.

“Kita dapati mereka (kerajaan) umum ‘lockdown’, janganlah cakap ‘total’, cakap sajalah ‘partial (sebahagian)’, beritahu perkara sebenar,” katanya. 


Sumber: FMT/Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nono86 3-6-2021 05:12 PM
Hmm, bila dah tak jadi pemimpin baru la bernas kata2 doktor ni.. Agaknya kalau doktor2 ni masih PM dan TPM kita, adakah senario kovid di malaysia akan berbeza berbanding sekarang? Tapi yang pasti, banyak pusat kuarantin boleh dibuka, walaupun diceruk hutan sekalipun, sekiranya terdapat kandang lembu di situ.
Quote Skuau 3-6-2021 05:22 PM
nono86 replied at 3-6-2021 05:12 PM
Hmm, bila dah tak jadi pemimpin baru la bernas kata2 doktor ni.. Agaknya kalau doktor2 ni masih PM d ...

jgn 'mudah lupa'...depa ni cam sesumpah..jap jd ahli politik...satgi jadi pemimpin...idea depa pon 1untuk diri,politik,kuasa,anak,cucu,kroni.Dan 1 lagi untuk,rakyat,negara,agama dan bangsa...depa boleh jer 'bertukar'..ikut tempat,keadaan dan keperluan.
Quote tipahketipung 3-6-2021 05:43 PM
Sembang mmg senang. Relaks ler vaksin bukan kitab suchi…. Huhuhu
Quote AbukRokok 3-6-2021 06:57 PM
grandmaster scheme of things
Quote chipsmoremore 3-6-2021 06:59 PM
Biasanya kalo jadi pembangkang je idea diorg  bernas... bila dah jd gov automatik x cer***{:run
Quote totokreturn. 3-6-2021 07:05 PM
sembang kepala kari boleh la, waktu memerintah hampeh,
Quote pyropura 3-6-2021 07:11 PM
Sama macam aku cakap dulu, Npra perasan macam bagus je padahal FDA, EMA, UK regulator semua tu lagi ramai pakar perubatan & lebih hebat teknologi perubatan mereka. Sana kan gedung dan pusat segala penciptaan ubat. Ambil data dari depa aje lah. Kalaupun nak kaji sikit effect yg.ada kaitan dgn.ethnic tertentu (kalau ada).
Quote ResellerMaxis 3-6-2021 07:17 PM
nono86 replied at 3-6-2021 05:12 PM
Hmm, bila dah tak jadi pemimpin baru la bernas kata2 doktor ni.. Agaknya kalau doktor2 ni masih PM d ...

Masa jadi pm pun memang idea ph bernas. Kebanyakan kita memang racist dalam menilai ph. Yang dipertikai kes adib, ltte, ruu 355. Semua perkara racist.
Quote umbut 3-6-2021 07:56 PM
Takpa.. Yg nak mengkaji... Kaji jgn x kaji... apa ntah yg dikaji.. Yg lain jom cucuk
Quote fatinandreanna 4-6-2021 03:10 AM
pyropura replied at 3-6-2021 07:11 PM
Sama macam aku cakap dulu, Npra perasan macam bagus je padahal FDA, EMA, UK regulator semua tu lagi  ...

Saya setuju dgn pendapat kaka.
Quote Kerexxx 4-6-2021 03:28 AM
chipsmoremore replied at 3-6-2021 06:59 PM
Biasanya kalo jadi pembangkang je idea diorg  bernas... bila dah jd gov automatik x cer***{:run

Nasib baik ada kita utk audit dan menilai mereka agar kembali ke jalan yg benar ngehehehe
Quote zaianim 4-6-2021 07:29 AM
Masih teringat masa zaman PH memerintah dulu.. masa awal2 covid melanda.. Tun M ini lah yg bersama menteri pelancongan masa tu yg suruh buka semula Masjid Putra kpd pelancong China yg sebelum tu tak dibenarkan melawat.. kesian kat staf masjid terpaksa lah mengikut arahan.
Quote kluangman 4-6-2021 09:37 AM
Atas faktor genetik, pemakanan dan sebagainya kena juga NPRA kaji dan luluskan pengunaan vaksin di Malaysia.

Satu lagi masa jadi kerajaan dulu, memang hampeh keputusan Tun M.

https://www.astroawani.com/berit ... laysia-tun-m-229055

Mustahil bagi kerajaan untuk kuarantin kesemua pelancong China di Malaysia buat masa ini kerana jumlahnya yang terlampau tinggi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, tegas Perdana Menteri, jika golongan pelancong ini mengalami gejala, walaupun sedikit, mereka akan terus dikuarantin dan diperiksa bagi memastikan sama ada mereka terjangkit dengan wabak koronavirus atau tidak.

“Pelancong dari China ada masanya meningkat sehingga dua million (juta). Kita nak simpan di mana? Letak dalam kandang lembu? Takkan macam tu... tetapi ada simptom sikit pun kita akan kuarantin mereka,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Klang (KCCCI), di sini hari ini.

Mengenai pelancong yang datang terus dari Wuhan, tempat bermulanya wabak itu, Perdana Menteri berkata, buat masa kini sukar untuk mengenal pasti kesemua mereka kerana masih bergerak dalam negara ini.
Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada kerajaan China kerana mengambil langkah drastik dengan menutup sementara beberapa bandar utama negara itu dalam usaha mengekang penyebaran koronavirus ke luar.

“Ia merupakan satu tindakan yang cukup drastik, dan sekali gus menunjukkan kesungguhan kerajaan China untuk mengawal penyakit itu,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Perdana Menteri berharap pada masa akan datang, dunia dapat menyaksikan sistem yang boleh mengasingkan kelompok individu yang besar dalam masa yang lebih pantas, di samping penghasilan vaksin yang lebih berkesan untuk penyakit seperti ini.
Quote ^CUN_GILA~. 4-6-2021 12:01 PM
IMG_20210604_115922.jpg
Quote kakigebang 9-7-2021 10:20 AM
aku lg percaya tun handle covid dari abah cow, jemin senang2 je pangkah abah cow dgn pakngsh cow...tgk tun ikat usd dulu, mula2 mmg teruk2 lama2 stable ..kslau tun kata tutup kilsng, sku percaya takde mentsri yg brani ikut pintu blkg
Quote ElizabedahTan 14-7-2021 09:53 PM
Mmmmmmm….

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050618 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top