Marah betul Neera Azizi dengan seorang produser yang dikatakan belum melunaskan gaji lakonannya sejak dua bulan lalu. Pelakon itu meluahkan rasa berang di Instastory dengan sikap berdiam diri produser berkenaan apabila tidak memberi respons terhadap pertanyaan yang diajukan pelakon lain mengenai tunggakan bayaran. “Ramai tanya… tapi rasanya semua orang tahu sebab tag line dia “Memang Awesome”. Macam inilah bos, eh salah, Datuk. Kalau rasa tak ada duit nak bayar apa kata jual saja beg tangan isteri. Saya perasan setiap kali datang set penggambaran, bertukar-tukar beg. “Kalau jual semua beg itu, dah boleh bayar semua gaji artis. Kesian juga tengok krew-krew tunggu bayaran,” dakwanya dipetik Utusan. Siapa produser 'kaya' yang dimaksudkannya itu? - CARI
|
Ferr_Remy replied at 1-6-2021 01:20 PM
Siapa? Si bingit ke?
Nenasketum: Kalau ikut citer Utusan, dia ni berlakon citer Kiblat yang hilang. Pengarah/produser laki Zila Bakarin. Tapi kalau nak ngata pemilik awesome TB nih, a ...
hinata_holic replied at 2-6-2021 12:51 AM
Husbaby datin tinted ke?
ADVERTISEMENT