CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Program Hiburan Perlu Supaya Rakyat Kurang Tertekan." - AC Mizal, Ya Ke?

1-6-2021 12:46 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8001| Komen: 76|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Memandangkan kita berada di dalam Sekatan Pergerakan Penuh Fasa Pertama (PKP 3.0), ramai yang terkesan dengan impak tersebut. Begitu juga dengan kalangan artis yang tersekat aktiviti mereka.


Memandangkan kita berada di dalam Sekatan Pergerakan Penuh Fasa Pertama (PKP 3.0), ramai yang terkesan dengan impak tersebut. Begitu juga dengan kalangan artis yang tersekat aktiviti mereka.

Bagaimanapun, dengan program baharu yang dilakukan oleh stesen penyiaran televisyen seperti All Together Malaysia (ATMY) ini, ia dikatakan berkongsi rezeki antara artis dan kru yang terlibat.



Pengacara, AC Mizal yang juga Kapten Juri ATMY mendakwa ianya satu cara membuka pintu rezeki artis dan juga menceriakan rakyat Malaysia dalam tempoh PKP 3.0 ini.

"Ada dua hal yang bagus iaitu pertama, penglibatan daripada semua artis dan tenaga kerja, yang kedua kita tetap perlukan hiburan untuk terus positif."


Foto :MH

Menurut AC lagi, dengan norma baru yang tidak sama dengan dahulu sedikit sebanyak memberikan tekanan, jadi di sini lah perlunya hiburan untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga.

"Kalau kita asyik mendengar berita negatif, boleh murung dan sukar menjalani hidup secara normal dan program ini membantu mereka yang berada di rumah."


Foto :Youtube

Seramai 50 juri tetap dan 250 peserta yang terlibat dalam ATMY musim pertama ini. Antara artis yang terlibat ialah Syamel, Erni Zakri, Mark Adam, Noryn Aziz, Erra Fazira, Zizan Razak, Khai Bahar, Siti Nordiana dan ramai lagi artis lain.


Foto : IG

Betul juga kata AC Mizal tadi yang bab memberi peluang rezeki kepada karyawan Malaysia. Siapakah yang ternantikan program sebegini lalu melupakan seketika masalah negara? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aderaderker 1-6-2021 12:48 PM
Rakyat lagi tertekan dengan lawak bodo dabel meaning body sheming korang kut?

So yesterdecade..
Quote msel 1-6-2021 12:49 PM
Menyanyi lagi? Tak abis2 program nyanyi.
Quote emera 1-6-2021 12:53 PM
Aku sgt tertekan tgk rancangan hiburan terutama yg dibintangi artis2 bodoh mcm kau. Baik aku tgk AXN, CI
Quote akuchenta 1-6-2021 12:54 PM
Prog menyanyi pun nanti ada la lawak bodoh body shaming dr acmizal tu!
Quote lavieenrose 1-6-2021 12:55 PM
Bila tengok, lagi tertekan ada la
Quote wirazam 1-6-2021 12:57 PM
Patutnya buat the masked singer musim kedua
Quote timohnotecah 1-6-2021 12:59 PM
Edited by timohnotecah at 1-6-2021 01:01 PM

Ya manusia perlukan hiburan..yang acah acah kecam hiburan konon maksiat pahtu belakang2 tengok porno......tapi bukan lah hiburan lawak bodoh atau program nyanyian tak de gred. Buang karan jah...tolong hasilkan hiburan yang berkualiti sket...bulehhh??
Quote miss_perfect 1-6-2021 01:01 PM
Nope... aku hiburkan diri dgn membaca buku
Quote Piramida 1-6-2021 01:04 PM
Program hiburan dia ni.. ai tak hadap nak tengok.
Geli .. dan memualkan... isi merepek2.  
Quote LadyCarefree 1-6-2021 01:08 PM
aderaderker: Rakyat lagi tertekan dengan lawak bodo dabel meaning body sheming korang kut? So yesterdecade..


Exactly. Xyah ada semua ni bodo bodo belaka.
Quote Ferr_Remy 1-6-2021 01:16 PM
Siyes aku lg trtekan dgr sore mamat bingit ni. Tgk muka pun aku stress.
Quote sambaldurian 1-6-2021 01:20 PM
lg tertekan dorg bertekak adala, yg juri ramai2 tu ke, tu buat waktu pkp lift sekejap kn. seriau pulak nengok ramai2 juri. netflix pun x tertengok.
Quote ezacbee 1-6-2021 01:26 PM
Memang aku xkan tengok. Asyik program menyanyi je. Aku cuma nak tengok game show. Roda impian ke, family ceria ke.. cam dulu best baru terhibur.
Quote dudaberhias 1-6-2021 01:30 PM
Lagi tertekan kalau tengok program low class, lepastu plot story megah holding di ulang2 dengan pelakon2 yang tak herlokkkk...

Tutuppp TV, sambung tengok Netflix
Quote URUHA 1-6-2021 01:32 PM
Edited by URUHA at 1-6-2021 01:34 PM

Meols lebih tertekan tengok rancangan hiburan yg bodoh2 kat tv tu. Lawak semuanya hambar & syok sendiri In fact meols lebih terhibur baca komen2 ummah porem Bukan setakat terhibur je, siap dpt mcm2 info lagi
Quote dudaberhias 1-6-2021 01:33 PM
wirazam replied at 1-6-2021 12:57 PM
Patutnya buat the masked singer musim kedua

Masked singer iols setuju kaka, berkualiti sangat 1st season walaupun prop & costume belum setaraf negara jiran. Tapi tolong lah halau Raja Azura dari jadi juri, dia tu memang di upah untuk teka Peserta2 yang tak masuk akal kan? Mujur la dia tak teka Ebby Yus dengan Wan Maimunah serta Tauke Jambu.
Quote bungarose 1-6-2021 01:34 PM
Ko dapat data dari maner tu? Dengan kematian covid yang meninggi, aku tak terfikir pun nak berhibur dengan retis2
Quote seri_melati 1-6-2021 01:35 PM
sorri iol xberminat lg2 kalau ada ac. xkelakar lepas tu syok sendiri, bukan boleh jana income tambahan kami pun masa lockdown ni bila tgk hiburan, xberfaedah kecuali hiburan macam roda impian, who want to be a millionaire etc
Quote ketupatnasi 1-6-2021 01:40 PM
program hiburan apoo..bingit! content kalau xlucah mmg xsah. semua berteromba nak bercakap macam kambing lepas kandang. bertempik melolong xde arah. sama jah daripada go shop, meletop, melodi sampai ke teka penyanyih tuh. bingit!

hiburan mungkin perlu untuk kurangkan tekanan, tapi tengok u lagi tertekan sis!! tengok program memancing pon bagus.

btw...PKP ni kaka khatam Masterchef n Buried in The Backyard jahhh

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.197085 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top