CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Mafia Dakwa Turki Bekal Senjata Kepada Kumpulan Pengganas Di Syria

1-6-2021 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3334| Komen: 36

Description: Ketua mafia Turki, Sedat Peker muncul dengan video terbaharu yang mendakwa pemimpin negara itu membekalkan senjata kepada kumpulan pengganas rangkaian al-Qaeda.
Ketua mafia Turki, Sedat Peker muncul dengan video terbaharu yang mendakwa pemimpin negara itu membekalkan senjata kepada kumpulan pengganas rangkaian al-Qaeda.

Lapor Arab News, Sedat mendakwa pemimpin Turki bersekongkol dengan pasukan keselamatan untuk menghantar senjata kepada kumpulan militan al-Nusra di Syria.



Kredit foto: Middle East Eye

Menerusi video kelapan itu, lelaki tersebut memaklumkan penyaluran senjata itu dibuat menerusi satu kumpulan keselamatan dinamakan SADAT yang dibentuk oleh penasihat Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Sedat yang kini hidup dalam buangan di Dubai menjelaskan, kerjasama tersebut membabitkan pegawai kerajaan Turki dan anggota militan al-Nusra.

Katanya, dia sering berpindah bagi mengelak ditahan pihak berkuasa Turki selepas meninggalkan negara itu pada tahun lalu.

Lelaki itu memberitahu dia sebelum ini didakwa menghantar bantuan ketenteraan kepada warga Turki di Syria dan berkongsikan pelan tersebut dengan kerajaan bagi memperoleh kebenaran.


“Trak senjata itu tidak dihantar kepada warga Turki, sebaliknya untuk al-Nusra dan kerajaan Turki meletakkan penghantaran tersebut di bawah nama saya walhal saya tidak melakukannya.

“SADAT yang melakukan penghantaran senjata itu,” katanya.

SADAT ditubuhkan pada 2012 oleh seorang bekas jeneral tentera dan 23 pegawai yang disingkirkan dari Angkatan Bersenjata Turki.

Agensi keselamatan itu didakwa berkait rapat dengan pentadbiran Turki dan memainkan peranan dalam merekrut serta memberi latihan kepada kumpulan militan ketika perang saudara di Syria dan Libya.


Sumber: Utusan Malaysia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 1-6-2021 11:48 AM
setiap negara willing invest cara turki sama ada supply senjata, skill, education or apa saja sebab tak nak terlibat conflict.

dalam perang teknik ni  di namakan - caras madu jusa C minus
Quote depresio 1-6-2021 11:54 AM
Mafia macam ko pi duk israelmesti dorg suka nak terima ko join idf yg asalnya mafia tu..
Quote AbukRokok 1-6-2021 12:41 PM
not a breaking news

mmg turki membantu pengganas dari Free Syrian Army, ISIS dan Al Qaeda (jabhat Al Nusrah)
Al Qaeda di Syria berpecah 3 kepada ISIS, Jabhat Al Nusrah dan tahrir Al Syam
Jabhat Al nusrah yang menyembelih budak pelarian palestin di luar Aleppo
budak pelarian palestin tu pula disyaki perisik pejuang palestin Liwa Al Quds
dan dari masa ke semasa bertempur dengan bekas sesama Al Qaeda Tahrir Al Syam untuk merebut dominan di wilayah Idlib
Quote KBW2 1-6-2021 12:45 PM
Memang betul ponnnnn
Quote edayildiz 1-6-2021 12:51 PM
yg tgh tu ke ketua mafia..hensem jgk..selalu kalau tgk drama turki ni..mafia dorg kertu
Quote ChildrenOfBodom 1-6-2021 01:06 PM
Erdogan's Ottoman  dream.  impian dia nk jadi hero dunia  iseley umpama zaman empayar khalifah uthmaniah dahulu
Quote gideoncross 1-6-2021 02:17 PM
edayildiz replied at 1-6-2021 12:51 PM
yg tgh tu ke ketua mafia..hensem jgk..selalu kalau tgk drama turki ni..mafia dorg kertu

Bos Mafia mmg thu mnjga pnampilan dorg.
Quote lavendernovella 1-6-2021 03:37 PM
edayildiz: yg tgh tu ke ketua mafia..hensem jgk..selalu kalau tgk drama turki ni..mafia dorg kertu


Ada jer yang elok haha..  by the way boleh tau citer apa tu?
Quote dess402 1-6-2021 03:41 PM
Berhati2 pahaman syiah . Sekarang indon pun dah banyak ..  esp battam . Tarikan kawen mutaah . Tukar2 bini .
Quote edayildiz 1-6-2021 03:48 PM
Edited by edayildiz at 1-6-2021 03:49 PM
lavendernovella replied at 1-6-2021 03:37 PM
Ada jer yang elok haha..  by the way boleh tau citer apa tu?


uols lyn ke cite turki
kacak kot tjuk dia ..citer psl mafia
Quote lavendernovella 1-6-2021 04:55 PM
edayildiz replied at 1-6-2021 03:48 PM
uols lyn ke cite turki
kacak kot tjuk dia ..citer psl mafia

Kacak tu mmg tak mau tgk , tua bebeno mafianyer... haha..  Ferhat Aslan tu mafia hensem , Kartal dalam Azize pun ok lah , cuma show dah cancel.

Nick u pun nama turki ni ... merhaba !
Quote lavendernovella 1-6-2021 04:56 PM
gideoncross replied at 1-6-2021 02:17 PM
Bos Mafia mmg thu mnjga pnampilan dorg.

Mafia2 mmg pakaian tiptop. Tak selekeh. Kemas. Wangi lagi ... hahah
Quote ciklahcuteII 1-6-2021 05:01 PM
ko pun mafia..
teringat satu drama turki yg penuh keganasan.. sesak nafas aku.. x aman idup..
Quote stingerbaik 1-6-2021 05:03 PM
Turkey kucing kucing jalanannya  gumukz gumukz.....macam garfield...
Quote edayildiz 1-6-2021 05:59 PM
lavendernovella replied at 1-6-2021 04:55 PM
Kacak tu mmg tak mau tgk , tua bebeno mafianyer... haha..  Ferhat Aslan tu mafia hensem , Kartal d ...

khen tua gileri lyn citer tu sbb mak i suka..
ferhat aslan tu mmg hnsem dlm cite tu siyaz biyaz ke apa nth citer bini dia doc tu kan..citer tu je la..citer lain kurus sgt..nmpak kertu..
aah nama i nama turki...gf serkan bolat
Quote lavendernovella 1-6-2021 06:19 PM
edayildiz replied at 1-6-2021 05:59 PM
khen tua gileri lyn citer tu sbb mak i suka..
ferhat aslan tu mmg hnsem dlm cite tu siyaz bi ...

Mesti tak tgk lagi citer merhamet dgn kordugum? Kan? Dalam tu tak kurus sgt.

Kerem tu hensem gak tapi tak minat.  Slanga dia mix american kan..  rasa macam lain jer bila dia cakap turki.

Last sekali tgk hande dalam Azize. Citer mafia gak.



Quote MontanaHannah 1-6-2021 06:27 PM
mafialah ,pengganaslah



yg yahudi jahat ko panggil pejuang

di Malaysia ada PETAI


muahahahahhahahhahahahahhaha
Quote Aiiskenot 2-6-2021 02:24 PM
Mafia pun helokkkk rautttt.. Mmg helok2 la turkiah ni kannnnn...yg tgh tu masa muda 20 tahun lepas camana la raut. Tibahh
Quote ctaz 2-6-2021 02:52 PM
ALA...ASAL BANTU PEJUANG KEMERDEKAAN JE SIBUK NAK KECAM....
BILA PEJUANG PALESTINE BERJUANG UNTUK BEBASKAN TANAH SENDIRI YG DIJAJAH OLEH YAHUDI LAKNAT....SIBUK KATA PENGANAS...

YAHUDI YG JAJAH TANAH PALESTINE BERPULUH2 TAHUN IDAK LAK NAK KECAM....


PUIIIIII LAAAA....

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.089992 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top