CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Hamil Dibelasah Suami Mungkin Hilang Ingatan

1-6-2021 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11605| Komen: 100

Description: Selepas dirawat selama 27 hari akibat cedera parah dipukul suaminya, pegawai sebuah jabatan kerajaan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga di Sungai Udang, Melaka, kelmarin.
Selepas dirawat selama 27 hari akibat cedera parah dipukul suaminya, pegawai sebuah jabatan kerajaan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga di Sungai Udang, Melaka, kelmarin.

Adik mangsa, Fazariah, 38, berkata, kakaknya yang berusia 43 tahun masih belum sedarkan diri, namun keadaannya stabil.


“Alhamdulillah kakak sudah stabil tetapi masih koma dan sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.


Jahidah hanya mampu terlantar di katil dan berkemungkinan akan lupa ingatan selepas cedera pada bahagian kepala setelah disyaki dipukul suaminya bulan lalu.

“Selepas mendapat kebenaran Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, kami membawanya pulang ke Sungai Udang semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Fazariah berkata, keluarga-nya reda dengan ketentuan Ilahi selepas pasukan perubatan memaklumkan kakaknya berkemungkinan hilang ingatan selain peluang untuk pulih seperti biasa adalah tipis.


Katanya, usia kandungan mangsa kini memasuki 11 minggu dan dalam keadaan baik.

“Sekarang kakak hanya mampu terbaring, sedih kami lihat dia mengandung dalam keadaan sakit, dia minum susu ramuan khas.

“Kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar kakak kembali sembuh selain si pelaku ditangkap dan dihukum,” katanya.


Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 1-6-2021 11:40 AM
Ehh iols termiss baca psl laki syaitonnirojim ni..apa kisahnya?
Quote Boomibulat 1-6-2021 11:41 AM
Tak dpt tangkap lg ke lakinya yg setan itu..
Quote Nenolen 1-6-2021 11:44 AM
Hmmm...takziah buat mangsa dan family...utk adik2 porum yg lain tolong elakkan konsep asalkan berlaki okay...disclaimer statement ini tiada kaitan dgn mangsa...
Quote Boomibulat 1-6-2021 11:44 AM
tikusmontok replied at 1-6-2021 11:40 AM
Ehh iols termiss baca psl laki syaitonnirojim ni..apa kisahnya?

https://mforum1.cari.com.my/foru ... amp;fromuid=2378666
Quote Babai 1-6-2021 11:47 AM
Jantan celaka tu mana? Tak jumpa2 lagi ke?
Quote Buritan 1-6-2021 11:48 AM
tikusmontok replied at 1-6-2021 11:40 AM
Ehh iols termiss baca psl laki syaitonnirojim ni..apa kisahnya?

Emm kawin lg dgn bewak.. bewak ade bini lain plk tuu.. mangse bini no 2.. bewak dah lari mana tah
Quote Buritan 1-6-2021 11:51 AM
Plslaa pompuan.. rugilaa.. cantik cantik pandai pandai tp pilih bewak.. pilih negro.. pilih laki org.. adoii.. aku tak tolak poligami semua ni.. kalo lelaki yg nak kawin mcm bf mawar kawinlaa.. byk duit.. kek.donia ni pilih psgn yg ade doit wpun muka mcm budu tak pe
Quote DayangKirana 1-6-2021 11:54 AM
dasar laki durjana..
poor baby and the mother.. hope it wont affect her baby's growth..
Quote krustykrab 1-6-2021 11:54 AM
Buritan replied at 1-6-2021 11:51 AM
Plslaa pompuan.. rugilaa.. cantik cantik pandai pandai tp pilih bewak.. pilih negro.. pilih laki org ...

Bf mawar byk duit?
Bukan bini ke2 beli merc guna duit sendiri ke?
Quote Buritan 1-6-2021 11:57 AM
krustykrab replied at 1-6-2021 11:54 AM
Bf mawar byk duit?
Bukan bini ke2 beli merc guna duit sendiri ke?

Ontahlaa plk.. byklaa kot duit dah jd menteli.. mesti duit penuh kat celah lemari.. celah kusi.. sepah sepah duit.. semua celah ade duit
Quote depresio 1-6-2021 12:05 PM
Aku bukan tak kesian
Tapi ada segelintir dorg ni asl berlaki je
Nasihat apa pon tak mo dengar
Lepas tu kutuk org yg xde laki atau cerai berai

Lelaki kaki pukul bukannya sekali buat terus nazak
Tapi biasanya dah banyak kali

So laki korg kalau sekali naik tangan
Baik korg bagi warning
Kena lagi lepas tu  terus cerai la
Tak yah tunggu
Quote manehnya 1-6-2021 12:16 PM
Silap nya sbb silap pilih suami...

Dah la suami org..

Mngkin kah suaminya tu marah sbb bini 1 tgh mngandung pastu bini no 2 pun ngandung jugak, triggered sbb x mampu nak beli susu pampes?
Quote manehnya 1-6-2021 12:17 PM
Buritan: Emm kawin lg dgn bewak.. bewak ade bini lain plk tuu.. mangse bini no 2.. bewak dah lari mana tah

Kan... Yg heran tu bewak bleh x dpt dikesan pada zaman kovid ni
P mana pun kena scan masuk, polos bleh hilang jejak bewak sekor ni
Quote fatinandreanna 1-6-2021 12:20 PM
manehnya replied at 1-6-2021 12:17 PM
Kan... Yg heran tu bewak bleh x dpt dikesan pada zaman kovid ni
P mana pun kena scan masuk, polos ...

Pakai buku manual kot
Quote sukacactus 1-6-2021 12:22 PM
Kat thread lama aku harap kandungan mangsa ni gugur, sebab xnak dia terkait lg dgn suami durjana tu
Nampaknya masih on kandungannya
Quote naina 1-6-2021 12:28 PM
Ohh selamat ya kandungannya. Kuat rahim dia walau maknya setengah nyawa kena bantai. Jahat gila. Orang tu elok sihat tibe kat tangan ko jadi lunyai. Semoga kemaluan jantan tu mereput di makan ulat. Jahattttt
Quote beloomberk 1-6-2021 12:31 PM
Hebat jantan ni menyorok,smpai skrg x jmpa2 lg.
Quote miracle_forever 1-6-2021 12:44 PM
hari tu bkn kes kat jb ke? sama dgn yg melaka ni ke
Quote Drmu 1-6-2021 12:45 PM
Xska cerai jla laki ni pun. Jgnla smpai pkul gini. Kesian kat dik yg kne pukul tu. Akk hnya mampu berdoa utk dik cpt smbuh. sakit kne pkul, skit mngandung lagi. Allahu. Prngai lakinya pun..mmg xblh trima.

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.167362 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top