CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Positif C19 Lepas Rider COD Barang Rumah Pelanggan Gelang Pink

1-6-2021 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5743| Komen: 25

Description: Wanita berkongsi di TikTok bahawa dia dan anak-anak dikuarantin selepas suami positif Covid-19 gara-gara kecuaian pihak lain.
Wanita berkongsi di TikTok bahawa dia dan anak-anak dikuarantin selepas suami positif Covid-19 gara-gara kecuaian pihak lain.

Berkongsi cerita dengan mStar, Shazwani Shakeri berkata dia dan empat anaknya kini menjalani kuarantin di rumah kerana menjadi kontak rapat manakala suaminya ditempatkan di sebuah pusat kuarantin di Kota Bharu, Kelantan.



Kredit foto: TikTok

"Alhamdulillah, ujian calitan pertama kami lima beranak negatif. Sekarang sedang menunggu untuk buat ujian calitan kedua pula. Moga-moga negatif juga," ujar wanita berusia 36 tahun ini.

Bercerita serba ringkas, Shazwani berkata, ia bermula selepas suaminya mengalami demam secara tiba-tiba sebelum keputusan ujian calitan mengesahkannya positif Covid-19.

"Suami saya bekerja dengan sebuah syarikat kurier, namun dia hanya bekerja di pejabat. Dipendekkan cerita, salah seorang rider didapati positif Covid-19 dan ia berpunca ketika dia menghantar barang ke rumah pelanggan yang sedang memakai gelang pink.


"Ceritanya, barang tersebut dihantar menerusi kaedah COD (Cash On Delivery), jadi berkemungkinan ia disebarkan melalui wang kertas.

"Rider tersebut pun tak mengetahui status kesihatan diri, jadi hadir bekerja macam biasa sehinggalah tiba-tiba tak sihat sebelum disahkan positif Covid-19," katanya.

Reda dengan apa yang berlaku, Shazwani bagaimanapun memanjatkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh menjalani kuarantin, dia dan empat anaknya sihat tanpa alami sebarang gejala.



"Saya kesian dekat suami sebab selepas dapat keputusan ujian calitan, dia terus 'ditahan' untuk dihantar ke pusat kuarantin. Sehelai sepinggang.

"Masa itu kelam kabut juga kami... terpaksa minta bantuan rakan untuk hantarkan pakaian dan keperluan suami di pusat kuarantin.

"Mungkin sebab terkejut juga, saya tak sihat beberapa hari ketika peringkat awal dikuarantin. Masa tu macam-macam nak kena uruskan sebab kita dah tak boleh keluar rumah.

"Mujurlah anak-anak berusia 11 dan 12 tahun boleh bantu serba sedikit. Alhamdulillah saya sihat kemudiannya. Syukur kerana suami tak teruk, namun dia alami gejala seperti sakit tekak, sakit sendi dan hilang deria bau serta rasa saja," ceritanya yang merupakan seorang bekas penyampai radio.

Namun lebih terharu, ramai kenalannya di aplikasi berkenaan menghulurkan bantuan dengan menghantarkan bekalan makanan kepada mereka sekeluarga.

"Pada mulanya saya tak cerita pun keadaan diri namun ada beberapa yang tegur sebab perasan keadaan saya macam tak seperti biasa. Alhamdulillah, Allah hadirkan insan yang baik-baik untuk menolong walaupun 'strangers'.

"Mengenai video tersebut, saya sekadar muat naik untuk menyebar kesedaran kepada masyarakat agar sama-sama bertanggungjawab memainkan peranan untuk putuskan rantaian.



"Setiap syarikat juga kena lebih cakna dan alert... terus ambil tindakan sewajarnya dengan segera jika terdapat kes positif. Sekarang ni bukan masanya kita nak tuding jari dah, tapi kena ambil peranan dan tanggungjawab masing-masing," ujarnya yang menjalankan bisnes pakaian muslimah ini.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 1-6-2021 12:15 PM
Semlm tersebar wasap ni

[29/05, 11:29 pm] My son, in Kuantan just passed away from covid. He was only 20 yrs old. He only had headache which he thought was migraine (3 hours) and took panandol but after 2 hours he died at home. No other symptoms at all but just headache. Fortunately my hubby and I had been vaccinated so not affeted at all. He is astudent and study only at home. Never go anywhere. He got it because he took a courier package. The courier guy  who stay in Batu 10 kuantan had covid . after my son death then forensic check only know he died from covid. Both of them wore mask. The courier guy is now in icu. Stage 4. Thats why now it has spread everywhere in Kuantan.
[29/05, 11:29 pm] Kalau terima barang Dr kurier jgn terus ambil jemur dulu ataugantung d pagar sb kita ta tahu kurier ada covid ke tak
HATI-HATI..........

Hati2 bila kurier hantar barang.. (cdg: biarkan 1jam+ dan basuh dettol)

Katanya jangkitan dr pekerja kurier
Lg teruk sudden death gitu xsempat tunjuk gejala pun..
Xtau la benar ke tidak..
Quote dua_chzy 1-6-2021 12:38 PM
Mesej di atas tersebar sampai ke Sabah juga semalam.
Quote sambaldurian 1-6-2021 12:51 PM
sng citer korg xyah bershopoee berlazada klu gitu, ak pun paranoid jgk, jemur panas dulu, bwk masuk sediakan wipes, bukak2 cuci2 dulu .
Quote lavieenrose 1-6-2021 12:59 PM
Beli barang online la time pkp ni, nak keluar tak boleh
Quote LadyCarefree 1-6-2021 01:00 PM
Cantiknya rumah yg gelang pink tu. Hehehoho
Quote LadyCarefree 1-6-2021 01:06 PM
sambaldurian: sng citer korg xyah bershopoee berlazada klu gitu, ak pun paranoid jgk, jemur panas dulu, bwk masuk sediakan wipes, bukak2 cuci2 dulu .


Jemur xbunuh virus. Seeloknya pakai gloves buang semua packaging dan gloves terus masuk beg sampah dan ikat.

Barang pula sanitize terus. Tangan basuh dgn sabun.

Tapi NZ masa lockdown memang courier dan postal semua tak jalan. Malaysia lockdown acah je ni.
Quote depresio 1-6-2021 01:08 PM
Maaa pkp 1 dulu org takut nak amik brg skrg org dah lupa
Quote mama_neko 1-6-2021 01:23 PM
konsep aku musim covid ni, aku biaq ja brother courier campak barang masuk pagar, kalau nk confirm IC, dr jauh ja.. hehehe.. jaga jarak... pastu aku spray sanitizer/dettol ja dulu..
Quote supermum 1-6-2021 01:48 PM
Aku selalu bukak terus packaging kat luar rumah, buang terus covernya. isi kandungan tuang depan pintu. Cuci tangan dulu baru pegang barang tu.
Quote Cece1234 1-6-2021 01:53 PM
mama_neko replied at 1-6-2021 01:23 PM
konsep aku musim covid ni, aku biaq ja brother courier campak barang masuk pagar, kalau nk confirm I ...

Haha sama..kalo org courier dtg mmg iols jerit dr dlm umah suro dia letak situ je..dorg pun lg ske kot cepat skit xyah tunggu i terkedek2 nak pakai baju kelawar ngan tudung bagai..
Quote gigahertz 1-6-2021 02:14 PM
dua_chzy replied at 1-6-2021 04:38 AM
Mesej di atas tersebar sampai ke Sabah juga semalam.

I rasa kan gelang pink ni ada beberapa tahap.ada tahap serius. ( dah batuk dah demam )
ada tahap minus ( Suhu badan tinggi )

kalau jenis berjangkit habis ni gelang pink ni
i rasa dia dah teruk mungkin dah terbatuk batuk
atau selsema.

ok soalan menakutkan :

Covid boleh tak tersebar melalui peluh , atau kesan lopak air ?
Quote nazzse 1-6-2021 02:30 PM
Edited by nazzse at 1-6-2021 06:32 AM
pearl.silver: Semlm tersebar wasap ni  My son, in Kuantan just passed away from covid. He was only 20 yrs old. He only had headache which he thought was migraine (3 ...

Nak tahu betul ke tak tgok dlm senarai kematian covid ada ke tak umur 20 tahun meninggal di Kuantan. Aku bab forward mesej kat ws ni kurang nak percaya. Banyak menipu drp betul.
Quote mama_neko 1-6-2021 03:47 PM
Cece1234 replied at 1-6-2021 01:53 PM
Haha sama..kalo org courier dtg mmg iols jerit dr dlm umah suro dia letak situ je..dorg pun lg ske ...

duduk celah pintu sambil jerit no belakang IC.. hahahahaha.. depa lagi suka, kita ni dah la terhegeh hegeh nak sarung itu ini...
Quote dua_chzy 1-6-2021 04:35 PM
gigahertz replied at 1-6-2021 02:14 PM
I rasa kan gelang pink ni ada beberapa tahap.ada tahap serius. ( dah batuk dah demam )
ada tahap  ...

Yang negatif pun hado ja gelang pink ni. So betul tatau ko ni positif ka negatif ka cemana bila pakai gelang pink.
Quote anony-mous 1-6-2021 06:43 PM
pearl.silver replied at 1-6-2021 12:15 PM
Semlm tersebar wasap ni

[29/05, 11:29 pm] My son, in Kuantan just passed away from covid. He was  ...

Mcm hasanah. Tp risau pulak kalau betul. Kkm pon diam je isu ni?
Quote anony-mous 1-6-2021 06:44 PM
nazzse replied at 1-6-2021 02:30 PM
Nak tahu betul ke tak tgok dlm senarai kematian covid ada ke tak umur 20 tahun meninggal di Kuanta ...

I selalu tgk sepintas lalu rasa mcm x ada 20an. Klau ada dah viral dah rasanya poster kkm yg ada senarai tu. I 80% xpercaya msg berantai mcm ni
Quote anony-mous 1-6-2021 06:45 PM
gigahertz replied at 1-6-2021 02:14 PM
I rasa kan gelang pink ni ada beberapa tahap.ada tahap serius. ( dah batuk dah demam )
ada tahap  ...

Bukan setakat peluh, now dah airborne (mengikut variant tertentu) sbb tu skrg suggest pakai 2 lapis mask
Quote MeghanK 1-6-2021 06:47 PM
anony-mous replied at 1-6-2021 06:44 PM
I selalu tgk sepintas lalu rasa mcm x ada 20an. Klau ada dah viral dah rasanya poster kkm yg ada s ...

2,3 hari ni iols memang belek senarai kematian tu..takde yang umo 20..taktau la kot iols terlepas pandang
Quote ciklahcuteII 1-6-2021 07:04 PM
gigahertz replied at 1-6-2021 02:14 PM
I rasa kan gelang pink ni ada beberapa tahap.ada tahap serius. ( dah batuk dah demam )
ada tahap  ...

lepas swab.mmg paksi gelang pink.. kena kurantin 6 hari.. negetif.. kena g utk potong gelang..
kalau positif, saya x tahu..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.047812 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top