CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mila Jirin Komen Video Wanita Didakwa Persenda Islam, Doa Moga Allah Terus Jaga Hati

1-6-2021 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2952| Komen: 7

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah video melibatkan seorang wanita yang didakwa telah mempersendakan agama Islam.

Wanita berkenaan yang juga merupakan pengasas jenama kosmetik itu dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berani memberitahu, tidak suka menunaikan solat dan pada tahun 2021, tiada lagi orang yang bersembahyang.


Foto: IG

Kenyataan tersebut nyata mengundang reaksi ramai termasuklah penyanyi dan usahawan, Mila Jirin.

Jelas Mila, dia berasa amat sedih sebaik sahaja melihat video tersebut lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan secara terbuka tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapinya dikemudian hari.



“Luluh hati dengar seorang saudara islam mengungkapkan kata kata secara lisan dan terang terangan “Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun tak reti’.

“Walaupun baru mengenali beliau atas isu diatas, hati terus berdetik laju mohon Allah hadirkan hidayah dan kembalikan beliau kejalan yang lurus,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Persis Mutiara ini menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Mila turut menitipkan doa semoga wanita tersebut diberikan hidayah untuk kembali semula ke jalan Allah SWT.



Katanya lagi, sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki dan nikmat yang telah Allah berikan meskipun tak terhitung dosa yang telah kita lakukan.

“Kita semua pendosa, Allah tutup aib kita, Allah tetap limpahkan kasih sayang dengan memberikan rezeki dan pelbagai nikmat, kenapa kita sendiri yang bangga menceritakan aib tanpa rasa bersalah…

“Moga Allah terus jaga hati kita agar tidak berbolak balik. Lindungi kami Allah,” ujarnya lagi.



Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut senada dengan Mila selain turut menitipkan doakan semoga wanita berkenaan diberikan kesedaran dan ruang untuk bertaubat. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rara77 1-6-2021 09:09 AM
byk lagi artis lain yg sendui cuols boleh up bosan doh minah ni
berapa dia bayar
satu majlis kahwin ke {:run{:run{:run
Quote Nenasketum 1-6-2021 11:12 AM
Kita kena kisah kan ke personal opinion retis/seleb yang otak penuh angin dan taka ada experience langsung dengan dunia sebenar. Kehidupan diorang ni penuh dengan angan2!
Quote ReginaGeorge 1-6-2021 12:55 PM
Agakanya brp byk la birah jirin bayar satu slot news forum?  Kesian.. Sanggup buat apa saja asal masuk forum {:love
Quote timohnotecah 1-6-2021 01:07 PM
Edited by timohnotecah at 1-6-2021 01:10 PM

Halah halah gigih ko dik.....Aku dengar video pumpuan tu pun kena edit...orang buat dajal kat dia. Jaga iman kau sudah dik....tak payah banding dengan orang lain. Btw si mila ni boleh dikategori kan sebagai retis lagi ke?
Quote biozipstar 1-6-2021 09:55 PM
rajin nau nak komen apa jadi di sekeliling mu milah...
Quote Itzy 9-8-2021 08:50 AM
Antara artis yg aku suka tengok ialah si mila. Dia sunyi dr kontroversi yg ntah hapa2. Berubah jd wanita muslim yg patuh agama. Good job Mila!
Quote Whitepinkrider 9-8-2021 09:41 AM
Itzy replied at 9-8-2021 08:50 AM
Antara artis yg aku suka tengok ialah si mila. Dia sunyi dr kontroversi yg ntah hapa2. Berubah jd wa ...

yup.. aku pn suka dia. clean je jd artis. lps tu bisnes pn okay aman2 je. even covid ni still try hard nak tolong staff semua.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.055557 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top