Lima anggota sebuah keluarga di Indonesia lemas apabila jeti tempat mereka merakam swafoto runtuh beberapa minggu selepas kemalangan maut serupa berlaku. Menurut AFP, Keluarga besar terdiri daripada 14 anggota itu berada di Tasik Kandi, Sumatera Barat dan berkumpul di atas binaan kayu tersebut untuk bergambar, namun berat keseluruhan mereka menyebabkan jeti itu runtuh, kata polis.
Seorang remaja berumur 17 tahun merupakan antara lima mangsa yang lemas, manakala semua anggota keluarga lain terselamat dalam nahas tersebut semalam. “Mereka merakam swafoto di atas jeti apabila kemalangan berlaku,” kata ketua polis tempatan, Junaidi Nur. Katanya, pengawal keselamatan tiada tempat itu kerana kejadian berlaku selepas jeti ditutup.
“Usaha menyelamat kemudian menemui mayat mangsa, manakala siasatan sedang dilakukan,” kata Junaidi. Pada bulan ini, sembilan pelancong lemas apabila bot lebih muatan yang dinaiki terbalik apabila mereka cuba merakam swafoto. Kejadian berlaku di sebuah ketika pusat takungan air di Pulau Jawa. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT