CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1488|Reply: 4

Lima Beranak Lemas Jeti Runtuh Ketika Swafoto

[Copy link]
Post time 28-5-2021 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Lima anggota sebuah keluarga di Indonesia lemas apabila jeti tempat mereka merakam swafoto runtuh beberapa minggu selepas kemalangan maut serupa berlaku.


Menurut AFP, Keluarga besar terdiri daripada 14 anggota itu berada di Tasik Kandi, Sumatera Barat dan  berkumpul di atas binaan kayu tersebut untuk bergambar, namun berat keseluruhan mereka menyebabkan jeti itu runtuh, kata polis.




PEMANDANGAN dari udara hari ini menunjukkan jeti yang runtuh di Tasik Kandi, Padang dalam wilayah Sumatera Barat. - AFP





Seorang remaja berumur 17 tahun merupakan antara lima mangsa yang lemas, manakala semua anggota keluarga lain terselamat dalam nahas tersebut semalam.


“Mereka merakam swafoto di atas jeti apabila kemalangan berlaku,” kata ketua polis tempatan, Junaidi Nur.


Katanya, pengawal keselamatan tiada tempat itu kerana kejadian berlaku selepas jeti ditutup.


“Usaha menyelamat kemudian menemui mayat mangsa, manakala siasatan sedang dilakukan,” kata Junaidi.


Pada bulan ini, sembilan pelancong lemas apabila bot lebih muatan yang dinaiki  terbalik apabila mereka cuba merakam swafoto.


Kejadian berlaku di sebuah ketika pusat takungan air di Pulau Jawa.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana taknya, bila selfie / wefie, semua senyum sambil tahan napas, ada yg kempis kan perut biar nampak kurus, lagilah menekan menambahkan berat di jeti.
Agichewww meols spekulasi
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2021 05:56 PM | Show all posts
Tempat macam tu kadang ada binaannya yang dah uzur kalau dah beramai2 disitu mana tak mengundang bencana
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Malang tak berbau
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kun fayakun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.059849 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list