CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bapa Tampar, Tengking Anak Sampai Timbul Urat Leher -Doktor Tak Tergamak Tengok Adegan Di Kliniknya!

22-4-2021 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5943| Komen: 21

Kalau sudah namanya kanak-kanak, pasti gelagat dan tingkah laku mereka sukar dikawal lebih-lebih lagi ketika berada dalam fasa suka meneroka perkara yang berada di sekelilingnya.


Mungkin adakalanya kesabaran ibu bapa akan teruji namun perlu diingat, ada pendekatan dan kaedah yang wajar digunakan untuk mendidik mereka.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang doktor berkongsi senario yang berlaku di hadapan matanya sendiri apabila si bapa menggunakan cara yang tidak sesuai ketika menangani kelakuan anaknya yang terlebih aktif.




"Ada seorang bapa ni datang bawa anak sulung dia ke klinik kerana tak berapa sihat. Anak dia yang bongsu ikut sekali. Semasa si sulung sedang diperiksa, si bongsu ni sentuh barang dalam bilik konsultasi.

"Si bapa pun larang. Namun, si bongsu ni tetap main-main, sampailah ada barang yang dia sentuh tu jatuh ke lantai. Budak tu jadi panik. Si bapa tu pula tiba-tiba naik berang. Tengking si bongsu tu sampai timbul urat di leher.


"Saya beritahu si bapa tak perlulah marah sampai begitu barang yang jatuh tu pun bukan barang yang sensitif atau berharga sangat," cerita Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dalam posting tersebut.


Kredit foto: mStar


Bagaimanapun menurutnya, lelaki tersebut enggan menghiraukan kata-katanya sebaliknya mahu terus 'mengajar' anak bongsunya itu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Dia tarik tangan anak dia. Lepas tu tampar-tampar tangan anak dia. Kuat juga. Menangis budak tu. Tak tergamak saya tengok. Sampaikan saya terpaksa bersuara.

"Saya kata kalau nak marah anak, mohon jangan di hadapan orang. Tak elok begitu. 'Siap kau balik nanti!', kata dia seolah-olah belum selesai lagi urusan dengan anaknya itu," tulis Dr Kamarul.


Kredit foto: mStar

Menurut doktor ini, dia sendiri hairan mengapa sesetengah ibu atau bapa bersikap terlalu 'keras' sehingga tidak segan 'mengajar' anak mereka di hadapan orang lain.

Jelas Dr Kamarul Ariffin, walau apa pun tujuan ibu bapa berkenaan sama ada benar-benar mahu mendidik atau sekadar mahu menunjukkan kononnnya mereka tegas, pendekatan sedemikian secara tidak langsung memberi impak kepada diri kanak-kanak berkenaan.

"Anak, walaupun dia masih kecil, mereka tetap ada harga diri dan maruah. Dia tak suka direndah-rendahkan di hadapan orang. Ada dua perkara boleh berlaku jika kita selalu memarahi mereka di khalayak umum.

"Pertama, dia akan rasa nilai diri dia rendah. Dia akan hilang keyakinan diri. Sentiasa takut dihakimi orang. Paling sedih, dia akan rasa ibu bapa ni bukan jenis akan lindungi dia jika dia kesusahan.

"Kedua, dia akan rasa perbuatan kita tu sesuatu yang normal. Di masa akan datang dia akan buat pada adik beradik dia, pada kawan-kawan dia, dan suatu masa nanti, tak mustahil mungkin dia akan buat pada kita semula," katanya.


Kredit foto: mStar


Justeru katanya, jika berdepan dengan situasi seperti ini, ibu bapa tidak dilarang sama sekali untuk memarahi atau menghukum anak mereka, namun perlu dilakukan secara beradab.

"Nak marah anak, marahlah. Memang bagus untuk kita tegur kalau dia buat salah. Cuma pastikan kita marah itu dalam keadaan niat utamanya untuk mendidik. Bukan untuk lepas geram, bukan untuk jaga air muka kita, bukan untuk puaskan hati orang sekeliling.

"Biarlah berkadar dengan kesalahannya. Percayalah, jika kita jaga aib anak-anak kita dengan baik, maka insyaAllah anak-anak pun akan jaga aib kita dengan baik," katanya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote songhara1226 22-4-2021 12:41 PM
Samalah dengan parent yang bila org puji anak dia behave, tapi duk mengata jugak anak dia tu kat sini je behave, kat rumah perangai mcm haperr....

Seolah2 nmpk mcm nak merendah diri dengan pujian tetapi x sedar duk buka aib anak sendiri.....
Quote uda 22-4-2021 12:48 PM
Tapi anank2 ni pandai ambil kesempatan juga. Masa org datanglah dia tunjuk perangai. Dia tau yg parents dia takkan marah punya.

Contohnya dah makan or baru lepas makan, masa org dtg ni, dia pun nak join sama, minta mcm2, seolah2 parents tak beri makan sebelum ni.

So nak buat mcm mana.
Quote Kurex 22-4-2021 12:51 PM
Ada kenal orang macam ni nak tunjuk garang & konon pandai jaga anak sudahnya sampai sekarang anak kosserrr nak tengok dia
Quote mawar_mustika 22-4-2021 01:03 PM
uda replied at 22-4-2021 12:48 PM
Tapi anank2 ni pandai ambil kesempatan juga. Masa org datanglah dia tunjuk perangai. Dia tau yg pare ...

anak saudara i camnilh...kalau dpn org uish mulalh nk buat perangai sbb tau mak ayah xkan marahkn dpn org....kadang2 i tgk adik ipar i bila dh nk marah sgt die p je tepi anak die mmg kene cubit lh anak die..pastu mcm nk terkeluar duk jenggil biji mata tp dpn org tetap senyum kadang2 i yg tgk pun blh jd kurang sabar dgn bdk2 camni...

Quote nolya 22-4-2021 01:50 PM
Menyemak dari sudut ilmu parenting, di mane salahnya ye? Adakah kegagalan ibu bapa atau dah memang anaknya jenis begitu?  Susah dn tak mudah nak didik anak2 ni.... Zaman dulu, makpak tenung mata je dah faham, anak skr?  Petua bagaimanakah agaknya yg elok  diamalkan  bagi  menjinakkan anak2 ni.  Cakap lembut tak jalan,  nak kena angkat suara baru patuh agaknya.  Nak dirotan, zmn skr dah tak boleh rotan lagi.  Habis mcmane?
Quote gideoncross 22-4-2021 01:59 PM
Blum ready nak dpt anak lh tu, dh trlepas buat, kluar smpai dua, mna x nya tension. Anyways, mak bapak yg trlmpau mmarahi anak2 kat tmpt public mmg mmalukn, cringing & awkward. Klau trnmpk mmg cpat2 iol bredar dri tmpt tu.
Quote mama_neko 22-4-2021 02:59 PM
uda replied at 22-4-2021 12:48 PM
Tapi anank2 ni pandai ambil kesempatan juga. Masa org datanglah dia tunjuk perangai. Dia tau yg pare ...

mcm anak aku la tu... mai ada org naik setakuk perangai.. tunjuk perangai tak elok.. aku kesah apa, depan org bagi cubitan.. takdak warning takdak jegilan, terus cubit, senyap terus.. mmg tak makan saman kalau kata jangan ka apa.. dulu aku cover la jugak, kat rumah baru nak tegur, tapi tak makan saman..
Quote Adrif 22-4-2021 04:02 PM
"Ada seorang bapa ni datang bawa anak sulung dia ke klinik kerana tak berapa sihat. Anak dia yang bongsu ikut sekali. Semasa si sulung sedang diperiksa, si bongsu ni sentuh barang dalam bilik konsultasi.

"Si bapa pun larang. Namun, si bongsu ni tetap main-main, sampailah ada barang yang dia sentuh tu jatuh ke lantai. Budak tu jadi panik. Si bapa tu pula tiba-tiba naik berang. Tengking si bongsu tu sampai timbul urat di leher.


welp, nyata anak bongsunya tu agak nakal, dan curious

dan ternyata juga dengan jelas, bapanya garang.

on the other hand, bapanya tegas ya. dia dah warning awal-awal.
and anak dia tak dengar cakap.
bapa dia tegas, tapi mungkin cara menegur nya salah, sebab di hadapan khalayak ramai.

bapak dia nak tunjuk, every action ada consequences.

still, bapak dia ada cuba control anak dia from the start.
bapak dia marah anak dia bila buat silap.
he's trying.

better yang ni, daripada mak ayah lepaskan anak membuas di mana-mana.

gosh, aku paling tak tahan, masa sakit, pegi klinik, di ruang menunggu tu,
mak ayah bawak anak kasut tot tet tot tet, bising nak mampus. kita dah la sakit kepala, badan lemah nak pengsan. bingit kasut anak dia tu menyiksakan.
aaa hello, ada sebab kat klinik dan hospital tak leh bising-bising yea. orang sakit ramai.

ni dia lepaskan anak dia lari-lari, tepuk semua orang kat seat lain.
mak pak duduk main phone. kalau aku sihat, lama dah aku tengking dua2 ekor tu.
Quote dua_chzy 22-4-2021 09:16 PM
Doktor ni bujang ke dah kawen?
Quote tomiko_haza 23-4-2021 09:19 AM
orang kata kalau anak2 kita nakal ke jahat ke, cakap jugak dia baik, sebutkan pasal kebaikan dia wlpun dia mmg nakal bkn cerita psl keburukan dia kat orang, keburukan dia tu kita simpan je..insyallah dia akan baik..sbb cakap tu kan satu doa

sbgi parents memang kene kuat mental nak2 zaman sekarng ni, budak2 zaman skang terlalu fragile . tegur salah tak tegur salah..hermmm
Quote hasniey 23-4-2021 10:44 AM
Adrif replied at 22-4-2021 04:02 PM
welp, nyata anak bongsunya tu agak nakal, dan curious

dan ternyata juga dengan jelas, bapanya ...

Mcm abg ipar aku.dia main lps je anak dia.lari2 bising2 kt public yg dia main hp.kita ni bukan la over ke apa kan.budak kan cpt bosan.tu agaknya dia nak main semua benda.kita layan la dia.pujuk2 nnt ok la ..ai selalu kalau g tmpat kene tunggu lama ke apa.ai bwk anak sedara ai pusing2.xkisah la pusing lobby tu bpe kali pon.kalau nak suh dok diam 30min mmg x laa...lain la kalau di bagi hp.
Buat anak pndai.nak layan anak malas
Quote exclusive_vvip 23-4-2021 12:47 PM
halah,halah Dr Kamarul ni...bende gini pun nak buat up...normal la ada makpak marah anak buas..lagipun bapaknya tampar tangan je kot...kang kalu makpak biar je anak buas, ko up kat socmed jugak..ntah napa, i rasa mcm exaggerate jer citer Dr Kamarul ni..
Quote Sham143 24-4-2021 06:36 AM
For sure.. Bapa yg jenis mentaliti rendah ni..
Quote namemysoul 24-4-2021 07:28 AM
Muka dier nie.....hmmph cam penah tgk tp di mn ya
Quote Supersirap 24-4-2021 01:15 PM
Nak marah anak berpada-pada lah
Quote anakmak 24-4-2021 04:42 PM
Edited by anakmak at 24-4-2021 04:44 PM

Dlm masa aku besarkan anak2
X pernah sesekali aku cakap
Hah buat perangai buat perangai
Dan seriously
Walau berlakikan biawak idup dan bekerja sendiri
Dan anak2 pun sentiasa aku kelek bersama
X pernah lagi rasa anak2 tu buat perangai

Mungkin sbb aku tau yg anak2 mmg kerja dia mengexplore
Jadi
Ke mana jaaa aku pegi
Mmg akan bawak brg2 mainan dan buku masing2
Mungkin beza jarak setahun dan 2 taun sorang
Lelaki pulak semua
Jadi diaorg boleh tag team

Dan aku amat pelik
Bila tengok parents zaman sekarang
Bawak anak2 kecik keluar rumah x bawak apa2 permainan atau buku, hatta mknn ngan air pun x reti nak standby kot2 terpaksa tunggu lama kot2 anak2 tetiba lapar ke
Yg tau hulur gadjet

Anak2 aku start bergadget masa umur 4 taun
Rumah lain citer la
First game gadget yg aku bg game boy then psp last iPad
Sebabkan rules yg aku buat
Anak2 hanya boleh main bila aku benarkan ja
X bermakna bawak keluar boleh main
Boleh main jika anak2 behave
Kalau x behave teruskan lah bermain dgn patung2 apa aja lah yg diaorg bawak atau contenglah buku2 sketch yg bawak sekali tu
Kecuali kalau aku terpaksa tinggalkan diaorg bertiga utk buat urusan ke kaunter atau x nak distraction drpd dia org sekejap then aku akan gula2kan dgn iPad
Ramai yg tegur sbb anak2 aku behave dlm zone diaorg
Logicla kalau dah nama anak2 kecik mmg kerja diaorg bermain so bg mainan settle lah problem
Cuma kena kelek beg besar la nak isi macam2 nasib baik si adek duduk kat stroller so boleh tumpang sangkut

Lagi satu mungkin aku jenis x banyak cakap ngan anak2
Aku x reti nak gurau2 ngan diaorg masa diaorg kecik2
X reti buat lawak x reti bercerita
Yg aku tau aku akan panggil dan cakap meh sini ibu nak peluk abg, adek...
Yg keluar drpd mulut selalunya arahan yg straight forward dan juga soklan2 untuk analisis sesuatu kejadian

Last gajet yg aku bagi adalah telefon bila masing2 dah cecah 16 tahun
Dan dah 2 kali jugak aku suruh diaorg pecahkan Hp yg diaorg beli sendiri hasil simpan duit belanja sbb x ikut rules dalam rumah
Disebabkan kewangan yg stabil
Anak2 aku selalu nya jarang mintak2 semua benda
Tp yg diaorg mintak paling lambat dapat
Tu lah hp
Sbb aku tau hp dizaman ni
Kalau org tua boleh gila
Apatah lagi budak2
Tu yg aku bertahan bagi sampai umur 16

Now memasing dah 19 18 n 16
Walaupun Mak aku gelar aku singa betina tapi utk anak2 lelaki aku semoga anak2 ibu jadi lelaki yg bertanggungjawab utk semua perkara yg benar2 dipertanggungjawabkan ke atas kalian
Quote umbut 24-4-2021 04:47 PM
Benciiiiii aku org yg x tau malu suka marah pukul dan maki anak depan org ramai. Belum kat rumah lagi.. Ko tgu anak ko besar.. Jgn nak sedih bila anak x hormat ko. X layak jadi bapak. X guna
Quote helicornia 24-4-2021 05:12 PM
Adrif: welp, nyata anak bongsunya tu agak nakal, dan curiousdan ternyata juga dengan jelas, bapanya garang.on the other hand, bapanya tegas ya. dia dah warni ...

sama la pendapat ko dgn pendapat aku. mmg nampak bapak tu garang, tp dia dh warning n anak tetap degil.agaknya tu yg trigger kemarahan. berbeza dgn mak bapak lain buat tk nampak anak membuas. dtg rumah org sampai tunggang langgang rumah org,mati ikan org dlm akuarium tp parents rilek je.kita yg tengok rasa naik darah
Quote Itzy 24-4-2021 06:40 PM
Aku pernah tengok seorang bapa manusia marah anak dia depan orang ramai di pejabat pos dan aku pernah saksi adengan suami bangsa arab tampar isteri di makkah. Nasib aku berhenti dan tengok adengan mereka tanpa berkelip, lepas tu lelaki tu berhenti dan ajak isteri dia berambus dari situ, agaknya kalau aku tak berhenti tengok mesti si isteri dah kena tampar bertalu2. Entah la apa salah si anak sampai si bapa mengamuk naik angin depan orang ramai, anak tiri gamaknya dan apa pula dosa besar si isteri, mudahnya pak arab tu naik tangan depan orang awam.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.077101 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top