CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Sarah Hamil, Ibu Shuib Pula Yang Alami Alahan

22-4-2021 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3048| Komen: 9

Pelawak dan usahawan Shuib terkejut apabila ibunya memaklumkan turut mengalami alahan ketika isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah hamil anak keempat ketika ini.

Shuib berkata, ibunya ada membuat panggilan dan marah-marah selain mengadu badannya lemah serta tidak lalu untuk makan.


Foto: IG

"Ada satu hari ibu saya telefon. Dengan nada marah-marah dia pesan jangan susahkannya. Rupa-rupanya ibu beritahu dia selalu muntah-muntah dan tidak ada selera makan.

"Saya terkejut apabila dia turut mengalami alahan teruk ketika Sarah baru hamil. Lama juga, lebih kurang sebulan ibu mengalami alahan itu.


"Ada satu lagi insiden lucu apabila ibu diberikan alat ujian kehamilan apabila pergi mendapatkan rawatan. Ibu saya marah doktor kerana dia sudah berusia 57 tahun dan sudah menopos!," kata Shuib ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Indigital Music di 10grams di Puchong baru-baru ini.



Sementara itu, Sarah berkata, dia tidak menyangka ibu mentuanya melalui alahan seteruk itu.

"Ketika kehamilan terdahulu, saya memang tidak boleh makan sebab mesti akan muntah. Ketika itu, saya hanya boleh makan buah oren. Peliknya, ibu mentua saya juga alami perkara yang sama dan dia hanya boleh makan oren.



"Namun, alahan itu sudah kembali kepada saya, tapi tidaklah seteruk dulu. Kali ini saya boleh bekerja dan rajin untuk berbuat sesuatu," katanya.

Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan kini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matjerk 22-4-2021 12:32 PM
Cuma nak cakap mak shuib n shuib tu lain benor wajahnya..x de iras2 langsung....
Quote songhara1226 22-4-2021 12:44 PM
Malas nak kecam ibu mengandung, tpi kenapa wartawan dan TT kena up berita ni??? Penting ke info ni kepada fan sarah sekali pon???
Quote Buritan 22-4-2021 12:52 PM
songhara1226 replied at 22-4-2021 12:44 PM
Malas nak kecam ibu mengandung, tpi kenapa wartawan dan TT kena up berita ni??? Penting ke info ni k ...

Biarlahh ape salahnya.. kangg lgsgg takde berita.. kiranyaa cam aku laa berita abuk pun takde.. ujung ujung up ajelaaa kycing gomok aku tuu.. jdlaaa org puji comelinyaaa.. gomoknyasa..
Quote puanbintang 22-4-2021 02:50 PM
video 1st tu sampai nak terkeluar anak tekak si sarah ketawa..
Quote slyfynx 22-4-2021 07:43 PM
Wahai laki bini x ade rupa....
We don't give a flipping F
Quote LadyCarefree 23-4-2021 12:30 AM
Iyo iyo je
Quote Zaien 23-4-2021 01:42 AM
Yolaaaaa.. ekau sorg yg tgh ngandong skang
Quote jargon 23-4-2021 03:10 AM
Nampak mcm rumah dia dekat parkhomes puchong je..kondo duplex..

Oh btw mak soeb nak merasa ala2 muda jgk kot waktu preggy..tringat dulu mak soeb ni pakai skinny jeans dgn sneakers posing dpn kete hadiah dr soeb...euwww sgt orgtua nak dressup mcm tu...
Quote missbigrockstar 23-4-2021 03:31 PM
Over benor mak mentua kau

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.150794 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top