Bekas pelajar Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka tidak malu mendedahkan kisah silamnya di TikTok. Muhammad Izzad Daniel Abdullah, 22, yang mesra disapa Izzad aktif berkongsi pengalamannya menjadi penghuni di sekolah tersebut dan mendapat pujian netizen kerana tidak malu mendedahkan kisah silamnya. Anak kedua daripada empat beradik itu menjadi penghuni di Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun atas kesalahan jenayah pecah rumah yang dilakukannya ketika berusia 17 tahun. “Waktu kena tangkap dengan polis tu memang tak boleh terimalah. Rasa macam nak salahkan tuhan.
“Ibu bapa pun sedih sebab malu dengan orang kampung. Walaupun selalu ditegur dan marah, mereka masih sayangkan saya sebagai anak dan mahukan yang terbaik untuk saya. “Lama-lama lepas saya dah duduk di sekolah tu barulah saya nampak apa yang tuhan nak tunjuk, ” katanya kepada mStar. Apa yang membuatkannya berani untuk tampil dan berkongsi kisah silam adalah kerana mahu menyedarkan orang ramai bahawa bekas pesalah juvana sepertinya juga mampu berubah menjadi lebih baik. “Pada awal saya masuk dulu baru ada 700 penghuni. Tapi ada ketika bilangannya pernah mencecah hingga 2,000 penghuni. Sampai ada yang kena tidur di depan tandas dan tempat lalu lalang. "Netizen pun ramai yang ingin tahu bagaimana kehidupan saya sewaktu menjadi pelajar di sekolah itu. Jadi saya gunakan platform ini untuk kongsikan pengalaman dan dalam masa yang sama bagi kesedaran kepada mereka, ” ujarnya. Walaupun ramai yang melabelkan sekolah tersebut sebagai insititusi pendidikan khas untuk remaja nakal, namun ramai yang menjadi manusia berguna apabila dibebaskan. Contoh terbaik adalah Izzad kerana dia kini pelajar semester tiga Diploma Pengurusan Penerbangan di Kolej Antarabangsa Cybernatics, Taman Maluri, Kuala Lumpur. Pemuda ini juga turut menyertai Projek Reben Kuning bagi menyedarkan masyarakat mengenai perlunya memberi peluang kedua kepada bekas banduan dan bekas pelajar sekolah juvana. “Jika kegagalan yang kita cari, itulah yang kita akan jumpa pada masa hadapan. Tapi jika kejayaan yang kita cari, kita perlu terus berusaha. “Setiap manusia perlu berubah dan wajib diberikan peluang kedua untuk berubah supaya budak-budak yang nakal ni dapat mengubah diri menjadi lebih baik, ” katanya yang berasal dari Maran, Pahang. Sumber: mStar
|
dudaberhias replied at 10-2-2021 10:00 PM
Dont worry dik, masa depan panjang lagi... Sentiasa positif... Semua orang boleh berubah lagi2 aliff ...
umbut replied at 10-2-2021 10:24 PM
Yg hencem dimaafkan.. yg muka cam tenuk nooooo... tiada maaf bagimu..
dudaberhias replied at 10-2-2021 10:00 PM
Dont worry dik, masa depan panjang lagi... Sentiasa positif... Semua orang boleh berubah lagi2 aliff ...
Tinot7 replied at 11-2-2021 09:08 AM
Kipidap
Tapi camne umo kecik2 dah dpt bekal?
c===8 replied at 11-2-2021 09:14 AM
bekalan sentiasa ada, sediakan duit je
ADVERTISEMENT